Tips Mendidik Anak (1)

Tip mendidik anak (1)

Ustaz Drs Sapawi Che Mat, perunding motivasi dan pendakwah berkongsi 12 tip mendidik anak melalui Majalah Anis Mac 2010:-
1 Kawal rancangan televisyen
2 Kawal pemakanan
3 Amalkan makan bersama
4 Masa berkualiti bersama anak-anak
5 Selalu peluk anak
6 Berdoa
7 Adakan Majlis perhimpunan keluarga
8 Amalkan sifat adil
9 Didik anak minta izin
10 Pantau anak-anak
11 Akhlak bersama isteri
12 Ceritakan pengorbanan ibu

Kawal rancangan televisyen – ibu bapa perlu jadi agen penapis kerana banyak program hari ini tidak bermoral.

Kawal pemakanan – pastikan halal lagi baik

Amalkan makan bersama – berbuat kerja secara bersama-sama (berjemaah) menyatukan hati dan menerbitkan kasih sayang

Masa berkualiti bersama anak-anak – Sesekali luang masa bermain bersama anak-anak, berlakon seperti keanak-anakan, bersenda gurau dengan anak-anak.

Bawa anak-anak ke tempat rekreasi, tidak semestinya tempat percutian mahal

Selalu peluk anak – Nabi memberitahu bahawa Allah tidak merahmati orang yang tidak merahmati insane yang kecil (kanak-kanak).

Berdoa – berdoa kepada anak setiap hari terutama semasa bersama mereka. Berdoa biar anak-anak dengar dalam bahasa yang mereka faham, sebut nama mereka dalam doa.

Adakan Majlis perhimpunan keluarga – sekali sekala dan tetap seperti sekali setahun. Berdoa untuk setiap anak dan keluarga masing-masing agar bahagia.

Amalkan sifat adil – Layani anak dengan adil tanpa kira kelebihan dan kekurangan.

Minta maaf pada anak jika kita tersilap.

Didik anak minta izin – dalam apa-apa urusan penting dan asas seperti izin keluar rumah hendak ke mana-mana.

Pantau anak-anak – terutama anak remaja.

Akhlak bersama isteri – jaga hubungan dan akhlak di depan  anak, jangan berkelahi depan mereka. Nanti mereka tiru dan tidak hormat ibu bapa.

Ceritakan pengorbanan ibu – Bapa tanamkan kesedaran tentang pengorbanan ibu dalam diri anak. Galakkan anak membalas jasa ibu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: