ketika terhalang turun ke medan

Pejuang yang terhalang daripada berada di medan perjuangan masih tetap boleh bahkan perlu meneruskan perjuangan dari luar medan dengan apa-apa saja wasilah/cara/medium yang sesuai dan terbaik. Contoh moden ialah Onn Swee Kee jurulatih pasukan bola sepak Malaysia yang diarah meninggalkan bangku pegawai pasukan / bangku pemain simpanan kerana membantah keputusan pengadil dalam perlawanan kumpulan bola sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia yang meneruskan komunikasi dengan pembantu jurulatih melalui walkie-talkie untuk menyampaikan arahan-arahan tektikal. Pejuang yang berada di medan meneruskan kerja-kerja medannya. Pejuang yang tidak dapat berada di medan meneruskan kerja-kerja bukan medan seperti persiapan untuk acara akan datang, penganalisisan terhadap pencapaian lepas, mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, megumpulkan pelajaran berguna, merancang aktiviti dan pencapaian masa depan, melakukan kajian jalan ke hadapan dan sebagainya termasuklah penulisan dalam apa-apa saja bentuk merangkumi makluman acara, perkongsian berita, analisis kejadian, jangkaan hasil atau peristiwa, muhasabah, kritik membina, cadangan, kenyataan fakta, pembentangan perkara baru, pembetulan kefahaman, pengumpulan pengalaman, pengumpulan pendapat dan sebagainya. Banyak lagi kerja yang boleh dibuat. Kerja yang dah ada pun tidak terhabis buat. Cuma, kenalah dulukan kerja yang utama melebihi kerja sampingan. Jika tidak ada kerja, ciptakan kerja yang bermanfaat untuk diri dan ummah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: