Kesatuan Melayu Islam dan Pelampauan Bangsa (racist)

Sebagai seorang ahli kepada sesuatu bangsa, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu kepada anak-anak bangsanya. Sebagai seorang penganut kepada sesuatu agama, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu penganut-penganut agamanya. Sebagai seorang Cina, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu kepada anak-anak bangsa Cinanya. Takkanlah Melayu atau India pula yang perlu jadi Penyatu kepada anak-anak bangsa Cina. Kesatuan Cina adalah urusan kaum Cina tanpa menafikan hak kesatuan kaum-kaum lain termasuk Melayu dan India. Kesatuan kaum Cina adalah urusan kaum mereka. Kaum bukan Cina tidak perlu bahkan tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman kesatuan anak-anak bangsa Cina. Kesatuan kaum Cina adalah untuk memajukan anak-anak bangsa mereka dalam pendidikan, budaya, ekonomi dan sebagainya. Kesatuan Cina bukanlah untuk merosakkan kaum-kaum lain. Jadi, kesatuan Cina adalah hak kaum Cina dan kaum bukan Cina tidak ada hak untuk masuk campur urusan dalaman kaum Cina.

Demikianlah jika perkataan Cina itu ditukarkan kepada Melayu atau Iban atau Kadazan. Sebagai seorang Melayu, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu kepada anak-anak bangsa Melayunya. Takkanlah Cina atau India pula yang perlu jadi Penyatu kepada anak-anak bangsa Melayu. Kesatuan Melayu adalah urusan kaum Melayu tanpa menafikan hak kesatuan kaum-kaum lain termasuk Cina dan India. Kesatuan kaum Melayu adalah urusan kaum mereka. Kaum bukan Melayu tidak perlu bahkan tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman kesatuan anak-anak bangsa Melayu. Kesatuan kaum Melayu adalah untuk memajukan anak-anak bangsa mereka dalam pendidikan, budaya, ekonomi, agama, politik dan sebagainya. Kesatuan Melayu bukanlah untuk merosakkan kaum-kaum lain. Kesimpulan pertama: Kesatuan Melayu adalah hak orang-orang Melayu dan orang bukan Melayu tidak ada hak untuk masuk campur urusan dalaman orang-orang Melayu.

Demikianlah jika perkataan Cina atau Melayu itu ditukarkan kepada Islam atau Hindu atau Budha atau Kristian. Sebagai seorang Hindu, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu kepada penganut-penganut Hindu. Takkanlah penganut Islam atau Budha atau Kristian pula yang perlu jadi Penyatu kepada penganut-penganut Hindu. Kesatuan Hindu adalah urusan penganut-penganut Hindu tanpa menafikan hak kesatuan agama-agama lain termasuklah Islam, Budha dan Kristian. Kesatuan Hindu adalah urusan penganut-penganut Hindu. Penganut-penganut bukan Hindu tidak perlu bahkan tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman kesatuan Hindu. Kesatuan penganut-penganut Hindu adalah untuk memajukan penganut-penganut Hindu dalam ajaran Hindu. Kesatuan penganut-penganut Hindu bukanlah untuk merosakkan penganut-penganut agama bukan Hindu. Jadi, kesatuan Hindu adalah hak penganut-penganut Hindu dan penganut-penganut agama bukan Hindu tidak ada hak untuk masuk campur urusan dalaman penganut-penganut Hindu.

Demikianlah apabila perkataan Hindu ditukar kepada Islam. Sebagai seorang Islam, dialah yang paling berhak menjadi Penyatu kepada orang-orang Islam. Takkanlah orang Hindu atau Budha atau Kristian pula yang perlu jadi Penyatu kepada orang-orang Islam. Kesatuan Islam adalah urusan orang-orang Islam tanpa menafikan hak kesatuan agama-agama lain termasuklah Hindu, Budha atau Kristian. Kesatuan Islam adalah urusan orang-orang Islam. Orang bukan Islam tidak perlu bahkan tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman kesatuan orang-orang Islam. Kesatuan orang-orang Islam adalah untuk memajukan  orang-orang Islam dalam agama Islam. Kesatuan orang-orang Islam bukanlah untuk merosakkan orang-orang bukan Islam. Kesimpulan kedua: Jadi, kesatuan Islam adalah hak orang-orang Islam dan orang bukan Islam tidak ada hak untuk masuk campur urusan dalaman orang-orang Islam. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: