kesan penggunaan perkataan kepada keharmonian suami isteri

Para isteri! Awas dan berjaga-jagalah terhadap perkataan yang anda ucapkan kepada suami anda. Kecuaian dalam memilih kata-kata mempunyai risiko padah yang berbahaya. Ketergurisan hati suami disebabkan kata-kata anda boleh membuatkan segala kebaikan dan jasa anda kepadanya umpama tidak pernah ada, umpama mencurah air ke daun keladi, walaupun pada hakikatnya anda sangat banyak membuat kebaikan kepada suami anda. Sekali hati terguris, secara tiba-tiba, segala kerajinan anda mengemas rumah, segala kesedapan masakan anda, segala kerapian anda menjaga pendidikan anak-anak dan segala jasa anda lenyap begitu saja dari pandangan penghargaan seorang suami. Yang ada hanya kebencian yang membuak-buak. Antara kata-kata yang sangat mengguris hati, mencabar ego dan menyebabkan suami anda berasa bersalah ialah apabila anda menunjukkan riak wajah atau menyatakan ketidakpuashatian terhadap apa-apa yang suami anda sediakan kepada anda. Contohnya, anda mengomel bahawa rumah yang disediakan suami anda kecil, tidak selesa dan sebagainya, atau anda mengomel bahawa perabot di rumah anda tidak sehebat perabot di rumah jiran, atau hal-hal yang seumpamanya. Sikap qona’ah (berpuas hati atau berpada dengan apa yang ada) dan sanggup berkorban bersusah payah dengan suami sangat penting untuk menjaga keharmonian hubungan anda dan suami. Begitulah sebaliknya, para suami perlu berawas dan berjaga-jaga terhadap perkataan yang anda ucapkan kepada isteri anda.

Ketergurisan hati isteri anda disebabkan kata-kata anda juga boleh membuatkan segala kebaikan dan jasa anda kepadanya umpama tidak pernah ada, umpama mencurah air ke daun keladi, walaupun pada hakikatnya anda sangat banyak membuat kebaikan kepada isteri anda. Sekali hati terguris, secara tiba-tiba, segala susah payah anda bekerja mencari sesuap rezeki halal dan segala jasa anda lenyap begitu saja dari pandangan penghargaan seorang isteri. Yang ada hanya kebencian yang membuak-buak. Antara kata-kata yang sangat mengguris hati halus seorang isteri ialah apabila perkataan anda bermaksud seolah-olah anda tidak mengambil berat perasaan seorang isteri dan segala kesusahan dan masalahnnya. Contohnya, anda berkata “ah, lupakan saja, benda remeh je tu” padahal bagi isteri anda, ia tidak begitu. Isteri anda sebenarnya mengharapkan sokongan dan pandangan bernas anda untuk sama-sama menyelesaikan masalah, bukan dengan menolak masalahnya ke bawah karpet sahaja. Sikap dan pemilihan penggunaan perkataan dalam komunikasi harian  sangat penting untuk menjaga keharmonian hubungan anda dan isteri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: