Kenapa Muslim Malaysia Halang Kristian Malaysia guna Kalimah Allah ganti kalimah God/Lord dalam Bibble

Ada orang berkata, kita tidak boleh halang orang Kristian menggunakan kalimah Allah kerana Nabi Muhammad tidak pernah halang orang Kristian zaman baginda menggunakan kalimah Allah.

Kita bertanya, orang Kristian zaman baginda menggunakan kalimah Allah dalam konteks yang bagaimana dan untuk tujuan apa? Bukankah dalam konteks yang betul iaitu Allah sebagai Ilah dan Robb (Tuhan) orang Islam dan tidak bertujuan mengelirukan umat Islam sehingga membawa kepada kemurtadan.

Kita bertanya lagi, orang Kristian zaman kita di Malaysia ini menggunakan kalimah Allah dalam konteks yang bagaimana dan untuk tujuan apa? Bukankah dalam konteks yang mengelirukan. Mereka bertujuan mengelirukan dan menipu helah umat Islam secara halus lantas membawa kepada kemurtadan.

Ada orang berkata, kita tidak boleh halang orang Kristian menggunakan kalimah Allah kerana Nabi Muhammad tidak pernah halang orang Kristian zaman baginda menggunakan kalimah Allah. Mereka berkata bahawa perbuatan menghalang orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah adalah bukan Sunnah Rasulullah malah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah.

Kita bertanya, adakah perbuatan Saidina Umar membukukan al Quran ke dalam bentuk mashaf bukan Sunnah Rasulullah malah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah. Memanglah tindakan Saidina Umar itu bukan Sunnah Rasulullah secara tersurat, tetapi adalah Sunnah Rasulullah secara tersirat. Tidakkah memelihara kelangsungan al Quran itu adalah Sunnah Rasulullah? Tidakkah tindakan Saidina Umar membukukan al Quran ke dalam bentuk mashaf bertujuan untuk memelihara kelangsungan al Quran?

Selain itu, dalam membuat keputusan, banyak faktor pertimbangan yang perlu diambil kira termasuklah Maslahah (Kepentingan) Memelihara Agama. Tindakan menghalang orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah adalah bertujuan menjaga Maslahah (Kepentingan) Agama Islam kerana telah diketahui bahawa penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian Malaysia boleh menggugat kedaulatan Islam di Malaysia. Apakah golongan yang menentang tindakan menghalang orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah rela maslahah agama Islam tidak terpelihara? Apakah mereka mahu umat Islam dengan mudah dikelirukan dan ditipu dengan licik sehingga murtad? Jika Rasulullah masih hidup, apakah baginda rela maslahah agama Islam tidak terpelihara? Apakah Baginda rela umat Islam dengan mudah dikelirukan dan ditipu dengan licik sehingga murtad? Sudahkah kita lupa bahawa Rasulullah saw memarahi dan menghalang Umar daripada membelek-belek kitab Injil? Bukankah tindakan Rasulullah saw itu bertujuan memelihara kemaslahatan agama?

Keterbukaan dan toleransi Islam sebagai sebuah agama unggul tetap ada batasnya. Apakah umat Islam rela agama mereka diinjak-injak oleh orang lain semata-mata kerana mahu kelihatan bersikap terbuka dan toleran terhadap orang bukan Islam. Perbuatan sedemikian bukanlah keterbukaan dan toleransi yang dimaksudkan oleh Islam, sebaliknya adalah keterbukaan dan toleransi melampau beserta dungu sedangkan Islam adalah agama yang dinamik, agama yang bijak dan agama yang bersederhana, tidak melampau walaupun dalam kebaikan.

Sebagai umat yang bijaksana dan sederhana, keputusan menghalang orang Kristian di Malaysia menggunakan kalimah Allah ganti kalimah God/Lord dalam Bibble adalah keputusan paling tepat dengan kehendak Syariah (maqasid syariyah).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: