Isteriku sayang, selimutilah aku!

Isteri nak cuba cara memberi kasih sayang kepada suami menggunakan inspirasi wahyu pertama bermodelkan Khadijah ra dan nabi Muhammad saw? Perhatikan dan cuba ni. Ketika Rasulullah saw bergegas pulang ke rumah dalam keadaan menggigil ketakutan selepas dipeluk erat oleh Jibril as semasa penurunan wahyu pertama Iqrok di gua Hirak, Rasulullah saw berkata, “Selimutkan aku! Selimutkan aku!”. Khadijah ra pun menyelimutkan Rasululah saw sehingga hilang ketakutannya. Kemudian Rasulullah saw menceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Khadijah kemudian mententeramkan Baginda dengan berkata, “Janganlah takut. Bergembiralah. Demi Allah, Allah tidak akan menghinamu selama-lamanya. Sesungguhnya, kamu selalu menghubungi silaturrahim, bercakap benar, memikul beban orang lain, menolong orang fakir, memuliakan tetamu, dan membantu orang lain ketika ditimpa musibah.” Isteri! Apabila suami pulang dari kerja atau dari urusannya yang lain dalam keadaan kepenatan dan mungkin juga dalam keadaan kerunsingan atau ketegangan perasaan, penuhilah permintaannya, apa saja yang termampu. Khadijah telah menyelimuti Rasulullah saw ketika diminta menyelimuti. Anda mungkin diminta sediakan secawan minuman panas. Sediakan hal semudah itu. Itulah kunci kasih sayang walaupun ia sekadar secawan minuman panas mungkin pada jam 12 tengah malam atau 1 pagi. Kemudian apabila suami masuk untuk tidur, selimutilah ia sepertimana Khadijah ra telah meyelimuti Rasulullah saw. Selimutilah dia, ia suatu perbuatan yang sangat mudah, tetapi sangat besar kesan kasih sayangnya. Selimutilah dia sepertimana dalam iklan syarikat penerbangan yang menunjukkan pramugari menyelimuti seorang penumpang kelas pertama yang baru melunjurkan kakinya dan merebahkan badannya untuk tidur. Ambillah pelajaran dari iklan itu. Itulah layanan yang ekslusif daripada seorang pramugari kepada seorang penumpang kelas pertama. Layanan seorang isteri kepada suaminya semestinya lebih ekslusif daripada itu kerana suami kita adalah penumpang kelas pertama di rumah kita, kita adalah pramugari kelas pertama dan kamar kita adalah kamar kelas pertama. Contoh nabawi dan contoh moden ada di depan kita, tinggal kita menirunya saja. Layanan sebegini tidak semestinya daripada isteri kepada suami sahaja. Sekali-sekala, bahkan apa salahnya jika selalu-selalu, suami pun kenalah berbuat yang sama kepada isteri. Contohnya, ada ketika isteri terpaksa pulang lewat malam dalam kepenatan dan ketegangan perasaan, bolehlah suami melayani isteri seperti yang dinyatakan, umpamanya bertanya tentang keperluannya apa yang boleh dibantu. Apabila dia masuk tidur, selimutilah dia. Jangan lupa berpesan supaya dia membaca doa sebelum tidur. Tidakkah indah hidup sedemikian!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: