Seksualiti Merdeka dan HIMPUN: Perpaduan & Persepakatan

Seksualiti Merdeka dan HIMPUN ialah dua acara yang Allah jadikan sebagai iktibar untuk umat Islam Malaysia. Melalui kedua-duanya, Allah ajarkan tentang PERPADUAN dan PERSEPAKATAN. Dalam menentang Seksualiti Merdeka, majoriti umat Islam telah BERSATU PADU, BERSEPAKAT bangkit menentang baik dari individu mahupun pertubuhan sehingga penentangan mereka didengari dan diberi perhatian serius. Hasilnya polis mengharamkan acara itu dan penganjurnya akur tidak meneruskan acara. HIMPUN yang bertujuan MENYATUPADUKAN umat Islam dalam menyampaikan mesej amaran kepada penggiat pemurtadan pula tidak mendapat sokongan secara bersatu padu daripada pelbagai individu dan pertubuhan Islam sendiri, walaupun perhimpunan ini berlandaskan Aqidah iaitu titik persamaan yang dikongsi oleh semua orang Islam. Pelbagai alasan diberikan oleh pihak yang enggan menyokong atau menghadiri perhimpunan itu, termasuklah alasan politik yang pada hakikatnya bertujuan menjaga undi orang bukan Islam saja. Umat Islam terbahagi-bahagi kepada beberapa puak seperti menyokong, berkecuali dan tidak kurang juga yang membantah. Ketidaksatuan dan ketidaksepakatan umat Islam dalam menyokong HIMPUN menjadi salah satu tanda aras kedudukan kesatuan umat Islam di Malaysia. Ketidaksatuan umat Islam dalam mendokong HIMPUN menyebabkan ia memberi impak yang kurang membara dalam menegaskan kesatuan umat Islam menentang kegiatan pemurtadan terhadap orang Islam di Malaysia. Dengan keadaan umat Islam tidak bersatu padu, tidak hairanlah golongan yang berkepentingan dan tidak sensitif kepada Islam berani tampil membawa agenda mereka yang bertentangan bukan saja dengan Islam bahkan dengan Perlembagaan Negara. Buktinya, dua minggu sahaja selepas HIMPUN, golongan Seksualiti Merdeka pun memalu gendang mereka. Nasib baik, bunyi paluan gendang sumbang mereka cepat dipadamkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: