Dari Seksualiti Merdeka ke Machiavelli

Memang wajar sangat golongan agamawan mendekati dan menasihati dengan baik golongan bersalah atau tersalah (pembuat mungkar) seperti golongan pendokong LGBT. Memang wajar sangat ahli politik ‘tidak menyokong’ penganjuran acara LGBT. Tetapi ‘tidak menyokong’ bukan bermakna   ‘membantah’. Apabila bersikap terhadap kemungkaran, kita mestilah tidak menyokong, malah membantah kemungkaran itu. Terlebih baik ialah menukar kemungkaran itu kepada kemakrufan jika mampu. Tidak wajar sama sekali ahli politik memutarbelitkan kefahaman hingga mengelirukan rakyat dengan kenyataan “kita tidak menyokong acara LGBT, tetapi kita tidak membantah acara LGBT diadakan sebagai medan perbincangan dan pengetengahan isu-isu pendokong LGBT”. Hal ini sama saja dengan berkata “kita tidak menyokong maksiat dan kemungkaran, tetapi kita tidak membantah acara maksiat dan kemungkaran diadakan sebagai medan membincangkan dan mengetengahkan isu-isu maksiat dan kemungkaran”. Berbelit-belit. Apalagi yang hendak dibincang dan diketengahkan jika jelas-jelas dari awal lagi bahawa ia adalah maksiat dan kemungkaran? Hendak bincangkan bagaimana prestasi maksiat dan kemungkaran boleh dipertingkatkan? Hendak bincangkan bagaimana nak meningkatkan bilangan pelaku maksiat dan kemungkaran? Kenyataan di atas, lebih pendek dan senang difahami: “kita tidak menyokong maksiat dan kemungkaran, tetapi kita tidak membantah jika pelaku maksiat dan kemungkaran hendak melakukan maksiat dan kemungkaran”. Fahaman jenis apakah ini? Jauh tersasar daripada ajaran Islam “suruh kemakrufan, cegah kemungkaran”. Kemungkaran mesti dicegah dan dibantah, lebih baik lagi dirubah, tidak cukup dengan bersikap tidak sokong kemungkaran, kemudian berdiam diri terhadap pelaku maksiat dan kemungkaran. Berdiam diri terhadap pelaku maksiat dan kemungkaran samalah dengan memberikan persetujuan atau izin kepada mereka, ibarat perumpamaan kita ‘diam tanda setuju’. Diam adalah tanda setuju dengan penghormatan. Kita setuju dengan penghormatan kepada maksiat dan kemungkaran? Berdiam diri terhadap pelaku maksiat dan kemungkaran menjadikan maksiat dan kemungkaran tumbuh subur seperti cendawan selepas hujan. Janganlah disebabkan menjaga periuk nasi yang penuh dengan nasi beriani atau nasi Arab yang sedap di dalamnya, disebabkan menjaga hati orang bukan Islam demi perjuangan mendapatkan kekuasaan, menjadi kerajaan dan menjadi pemimpin nombor satu Negara, disebabkan menjaga undi yang bakal dipersoalkan di akhirat, ahli politik kita sanggup menggadaikan Islam dan menutup mata kepada papan tanda “Amar makruf, nahi mungkar” yang saban hari ditengok dalam perjalanan ke tempat kerja. Janganlah kerana terlalu laju memandu ke tempat kerja demi mencapai matlamat menawan Putrajaya, ahli politik kita langsung tak sempat melihat papan tanda tertulis “Amar Makruf Nahi Mungkar”, “ Jagalah Allah (Islam), nesacaya Allah menjagamu”, “Allah memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Allah menarik kekuasaan daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya”, “Allahlah Raja segala Kerajaan” dan papan tanda “Bersatulah membentuk Satu Umah Beragenda” menggantikan ‘jalan bercantum menjadi selorong’. Juga papan tanda “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”. Janganlah nampak papan tanda perniagaan “Matlamat Menghalalkan Cara” yang dipasang besar-besar dengan kos yang besar juga oleh syarikat Machiavelli Sdn Bhd.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: