“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

 Ibarat satu keluarga yang bersatu dan sepakat, katakanlah keluarga itu ialah keluarga saya, kami berusaha bersama-sama agar keluarga kami berjaya hidup dengan Islam dan Berjaya mendaulatkan Islam dalam kehidupan. Apakah salah kami bersepakat hidup dengan Islam dan mendaulatkan Islam dalam keluarga kami?

Demikianlah bangsa Melayu, mereka bersatu dan sepakat, berusaha bersama-sama melakukan kebaikan, dakwah dan jihad agar Islam Berdaulat. Apakah salah mereka bersepakat, bersatu dan berusaha, berdakwah dan berjihad agar Islam berdaulat?

Bangsa Melayu bersatu dan bersepakat agar anak bangsanya hidup dengan Islam dan Berjaya mendaulatkan Islam. Mereka menjaga anak bangsa mereka sendiri. Mereka menjaga tepi kain mereka sendiri. Apakah menjaga barangan milik kita sendiri pun salah?

Jauh sekali daripada maksud tema ‘Melayu Sepakat’ itu niat untuk bersepakat membina kekuatan puak lalu membantai bangsa lain, atau menafikan hak bangsa lain, atau menolak kesepakatan dan perpaduan daripada bangsa lain (malah kita mengalu-alukanya dan sangat berhajat kepadanya) atau membuat apa-apa saja keburukan dan kejahatan kepada bangsa lain. Kesepakatan inilah yang dikatakan Asobiyah Jahiliyyah iaitu bersatu dan tolong menolong dalam dosa dan kejahatan. Bangsa Melayu minta doa agar dijauhkan daripada asobiyah sebegini.

Silalah fahami maksud “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” yang sebenar dan senang difahami itu dengan fahaman yang mudah, ringkas dan lurus. Jangan tafsirkan dengan memasukkan elemen negatif seperti Asobiyah Jahiliyyah atau prasangka buruk.

Bersama-samalah kita membina kesatuan dan kesepakatan dalam kalangan bangsa masing-masing, kemudiannya kita akan bersatu dan bersepakat antara bangsa-bangsa yang ada, barulah kita menjadi kuat ibarat ‘seikat lidi’, kemudian sama-sama berjihad mendaulatkan Islam. Bukankah cantik begitu? Bukankah hasil akhir ‘Islam Berdaulat’ yang kita mahu?

Sebagai seorang yang Allah jadikan saya bangsa Melayu, saya menyeru “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”. Anda sebagai seorang yang Allah jadikan anda berbangsa XYZ , anda serulah “XYZ Sepakat, Islam Berdaulat”.

Nanti Melayu, XYZ dan lain-lain, kita sama-sama bersatu dan sepakat lah. Mudah je, kawan seAqidahku!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: