Jangan Berhenti Mencintai!

Jangan berhenti mencintai

Penulis buku ‘Setiap Hari Adalah Honeymoon’ Kamarudin Ibnu Mikam berpesan agar kita jangan pernah berhenti mencintai pasangan hidup kita. Sekalipun kita beralasan bahawa cinta kita telah pudar atau makin hilang, tindakan berhenti mencintai tidak akan menyelesaikan masalah. Dengan banyaknya godaan cinta di luar, tindakan berhenti mencintai pasangan hidup kita malah makin menambahkan masalah. Tetapi jika kita tetap saja terus sentiasa berusaha mencintai hari demi hari dan tidak pernah berhenti mencintai pasangan hidup kita, insyaAllah Allah yang Maha Adil akan membalas usaha kita itu setimpal dan selayaknya. Cinta patutnya berbalas cinta. Usaha biasanya berhasil jaya.

Kamarudin Ibnu Mikam juga menukilkan ingatan kepada kita bahawa seluruh makhluk lain tidak pernah berhenti menjalankan fungsinya. Matahari, bulan, bintang, bumi, dan sebagainya tidak pernah berhenti menjalankan fungsinya. Jika harus beredar, mereka terus beredar. Jika harus berpusing, mereka terus berpusing. Jika tidak, punah ranah dan rosak binasalah seluruh kehidupan kita. Demikianlah cinta! Ia tidak patut pernah dihentikan, walau sesaat. Matahari, bulan, bintang dan bumi tidak pernah berhenti walaupun sesaat daripada menjalankan tugasnya.

Kamarudin Ibnu Mikam menukilkan lagi bahawa ketika Allah mentakdirkan kita diijabkabulkan dengan si dia, itulah takdir terbaik yang Allah tetapkan ke atas kita. Jadi, jika si dia memang telah ditakdirkan sebagai yang terbaik untuk kita, kenapa pada satu masa (selepas beberapa tahun atau selepas berbelas tahun atau selepas berpuluh tahun), kita memilih untuk tidak mencintainya malah memilih untuk melakukan perkara halal yang Allah paling benci? Cerai. Jika pun ada dia melakukan kesalahan, tindakan yang sewajarnya bukanlah berhenti mencintainya atau memutuskan untuk berpisah dengannya. Sewajarnya, kesalahan tersebut ditegur dan dibaiki dalam keadaan penuh kasih sayang.

Oleh yang demikian, jangan pernah berhenti mencintai!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: