Keselamatan Air Minuman – Pedulikah Kita?

Kualiti air minum

Assalamualaikum wbth

Sempena ramadhan ini, sekadar satu peringatan dan penilaian buat diri kita semua agar kita mendapat badan yg sihat agar dapat beribadah dengan baik. Apakah air yang kita minum di rumah kita benar-benar bersih terutama daripada karat, ampai bebas, bacteria, radikal bebas dan sebagainya? Sekadar satu perkongsian pengalaman, gambar di bawah ialah gambar keadaan katrij penapis air di rumah saya sendiri selepas 4 – 5 hari katrij penapis air ini dibersihkan. Warna asal katrij sepatutnya putih seperti warna dinding penutup (cover) penapis air tersebut.

Bayangkanlah betapa teruknya pencemaran air minuman kita. Jika air telah dirawat, diproses atau dibersihkan di loji air sekalipun, keadaan karat dalam paip air yang menyalurkannya akan mengotorkan semula air yang bersih. Sangat penting untuk menapis air minuman (ie menggunakan penapis air). Kalaupun tidak dapat / mampu guna penapis air mahal yang dapat tapis hingga sekecil bakteria, gunakan juga penapis air murah walaupun ia hanya dapat tapis bendasing kasar dan karat. Jangan biarkan kita minum air tercemar tidak tertapis.

Kita hari-hari minum air. Jadi, pastikanlah minuman kita setiap hari itu bersih. Jika tidak bersih, bermakna, setiap hari kita mengumpulkan kotoran bahaya dalam badan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mula-mula sihat (jangka pendek), lama-lama sakit (jangka panjang). Jangan remehkan perkara kecil. Warna air secara kasar tidak menggambarkan kualiti sebenar air. Warna air secara kasar yang cerah tidak bermakna air itu bersih. Cuba heningkannya. Selepas sedikit masa yang agak lama, kita akan mendapati mendakan kotoran. Tapislah air anda. Laburlah wang untuk dapatkan penapis air terutama yang berkualiti baik. Jika anda rasa kesihatan itu mahal, cubalah sakit! Apabila sakit, kita tidak dapat cari masukan wang malah kena keluarkan wang untuk kos rawatan. Proaktiflah! (istilah lain : Fastabiqul khoirat – Bersegeralah kepada kebaikan!) Bukan reaktif (istilah lain : sudah terhantuk, baru nak terngadah).

Semoga tulisan ini membawa kesejahteraan kepada anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: