Awas apabila merasa memiliki dan dimiliki

Jika barang orang yang tidak anda kenal di sebuah negeri yang anda tidak pernah jejaki hilang, apa perasaan anda? Adakah anda rasa kehilangan? Adakah anda rasa sedih? Jika barang orang lain hilang, apa perasaan anda? Adakah anda rasa kehilangan? Adakah anda rasa sedih? Kenapa anda tidak rasa kehilangan? Kenapa anda tidak rasa sedih?

Jika barang anda hilang, apa perasaan anda? Adakah anda rasa kehilangan? Adakah anda rasa sedih? Kenapa anda rasa kehilangan? Kenapa anda rasa sedih?

Anda tidak merasa kehilangan dan anda tidak merasa sedih apabila barang orang lain hilang kerana anda tidak rasa memiliki barang itu. Anda rasa kehilangan dan anda rasa sedih apabila barang anda sendiri hilang kerana anda rasa memiliki barang itu. Sangat mudah untuk difahami. Demikianlah kuatnya pengaruh rasa pemilikan kepada ketenangan jiwa kita.

Anda punya rumah? Punya keluarga? Punya isteri / suami? Punya anak-anak? Punya pekerjaan? Punya kenderaan? Punya harta? Punya tanah, punya ladang, punya ternakan? Punya simpanan, saham, dan sebagainya? Bagaimana rasanya jika rumah anda dirompak? Atau rumah anda terbakar, hangus tinggal abu? atau keluarga anda mati semuanya dalam nahas jalan raya atau dibunuh kejam dalam rompakan di rumah sendiri? atau isteri / suami anda meninggalkan anda, mahu bercerai kerana tidak mencintai lagi? atau anak-anak anda diculik atau dibunuh atau difitnah atau diapa-apakan? Atau anda hilang pekerjaan? Atau kenderaan anda dicuri? Atau harta anda disita? atau ladang anda tidak berhasil atau ternakan-ternakan anda mati? Atau simpanan anda dikebas orang? Apa perasaan anda saat itu?

Pastinya anda sangat sedih dan kecewa, kerana pemilikan anda sudah hilang atau rosak.

Sekali lagi kita tanyakan, pada hakikatnya, segala pemilikan anda itu, rumah anda, keluarga anda, isteri / suami anda, anak-anak anda, pekerjaan anda, kenderaan anda, harta anda, tanah anda, ladang anda, ternakan anda, simpanan anda, saham anda, dan sebagainya pemilikan anda, apakah ia sebenarnya milik anda? Apakah ia diperoleh hasil penat lelah anda sendiri? Adakah anda yang menciptanya? Atau sebenarnya ada tangan lain di sebalik semua pemilikan anda itu?

Bukankah sebenarnya semua pemilikan yang anda rasakan milik anda itu sebenarnya bukan milik anda? Ia hanyalah pinjaman kepada anda? Ia hanya satu amanah kepada anda untuk dijaga dan diuruskan? Bukankah ia milik Yang Maha Memiliki?

Rupanya anda hanyalah peminjam dan penerima amanah saja, tidak lebih dari itu, bukan pemilik. Jika anda bukan pemilik, kenapa anda mesti sangat bersedihan dan kecewa apabila barang pinjaman itu diambil balik oleh tuan empunyanya?

Sedarlah hakikat yang sebenar. Allahlah yang memiliki segala-gala. Kita tidak memiliki apa-apa. Kita hanyalah peminjam dan penerima amanah, bukan pemilik. Dengan menyedari siapa diri kita yang sebenar dan tidak rasa memiliki, kita akan tenang dan aman-aman saja saat sesuatu itu harus pergi dari diri kita, harus berpisah dengan kita dan harus kembali kepada tuannya.

Demikian juga, janganlah kita merasakan diri kita dimiliki oleh orang lain. Kita tidak dimiliki oleh ibu bapa kita. Kita tidak dimiliki oleh adik beradik kita. Kita tidak dimiliki oleh keluarga kita. Kita tidak dimiliki oleh suami / isteri kita. Kita tidak dimiliki oleh anak-anak kita. Kita tidak dimiliki oleh jiran tetangga dan komuniti kita. Kita dimiliki oleh Allah. Saat kita menyedari hakikat ini, kita tidak perlu sedih berlebihan apabila kita terpaksa berpisah dengan orang-orang yang kita cintai kerana menuju sesuatu di jalan Allah, umpamanya berpisah untuk merantau dan menuntut ilmu, berpisah untuk keluar berdakwah di jalan Allah, dan berpisah untuk perkara-perkara lain yang menjanjikan keredhaan Allah.

Maka akan tenanglah jiwa-jiwa yang merasakan dia tidak memiliki, tetapi Allah yang Maha Memiliki. Akan tenanglah jiwa-jiwa yang merasakan dia tidak dimiliki oleh sesiapa pun, kecuali dimiliki oleh Allah. Jiwa orang-orang seperti ini bebas merdeka dari menjadi hamba pemilikan dan hamba manusia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: