Kaya ialah tinggi rasa syukur

Pernahkah kita merasakan bahawa kita telah memiliki wang dan harta yang banyak, tapi kenapa jarang rasa bahagia, malah banyak mengeluh dan bersungut, rasa tertekan dan putus asa? Sesekali kita iri hati kepada orang yang berpendapatan jauh lebih rendah dari kita dan hartanya tidak sebanyak kita tetapi kelihatan hidupnya penuh ceria dan bahagia. Orang yang bersyukur ialah orang yang sangat terperinci dalam menghargai nikmat. Mereka bukan sahaja dapat menghargai nikmat yang besar-besar saja, malah sekecil-kecil nikmat pun dapat diteliti dan dihargai. Dengan keterperincian penghargaan yang sedemikian, mereka sentiasa dapat menilai nikmat yang ada di sekitar mereka dengan banyak. Nikmat yang pada pandangan orang yang tidak pandai bersyukur sebagai sedikit sahaja dipandang sangat banyak oleh orang yang pandai bersyukur. Ketinggian rasa syukur menyebabkan orang yang bersyukur merasai banyak nikmat yang dia terima. Dia rasa dia kaya. Dia bahagia. Ketinggian rasa syukur menyebabkan orang bersyukur sentiasa bahagia. Kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa kerana orang yang kaya jiwa memiliki rasa syukur yang banyak, maka dia memiliki rasa kekayaan iaitu dia menerima banyak nikmat. Syed Alwi Alatas membicarakan perkara ini dalam bukunya ‘Bila Allah Menduga Kita’ (Mustread Sdn Bhd, 2010).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: