Usaha Penuhi Keperluan Sendiri dan Tahan Diri Dari Meminta

Abu Said al Khudry meriwayatkan bahawa beberapa orang Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah saw dan beliau memberikannya kepada mereka. Mereka kemudian meminta lagi dan beliau kembali memberikan kepada mereka. Kemudian mereka meminta lagi dan beliau kembali memberikan kepada mereka sampai semua yang ada pada beliau habis. Kemudian beliau berkata, “jika saya memiliki sesuatu, saya tidak akan menyembunyikannya dari kalian. (Ketahuilah) barangsiapa yang menahan diri dari meminta dari orang lain, maka Allah akan menjadikannya berkecukupan dan barangsiapa yang berusaha memenuhi keperluannya sendiri, maka Allah akan menjadikannya mampu memenuhi keperluannya itu. Dan barangsiapa yang tetap sabar, maka Allah akan menjadikannya sabar. Tidak seorang pun yang mendapatkan anugerah yang lebih besar daripada kesabaran.” (hadis riwayat Bukhari)

Nabi saw menunjukkan contoh pemurah. Baginda tidak bakhil untuk memberi kepada orang yang meminta. Pemurahnya Rasulullah saw memberikan miliknya kepada orang lain hingga habis, tidak ada langsung baki atau bahagian untuk baginda sendiri. Demikian contoh sikap pemurah yang dicontohkan oleh Rasulullah. Demikianlah sepatutnya sikap seorang mukmin sebagai pemberi.

Bagaimanapun, hal ini tidak bermakna perbuatan meminta-minta seperti yang dilakukan orang-orang Ansar itu kepada Rasulullah adalah perbuatan yang baik yang disetujui oleh Baginda. Malah baginda sendiri memberitahu agar tidak meminta-minta kerana orang menahan diri dari meminta-minta akan diberikan kecukupan oleh Allah. Orang yang meminta daripada orang lain atau meminta-minta biasanya merasakan dirinya tidak cukup dengan apa yang ada, tetapi Allah berjanji untuk mencukupkan dengan syarat orang itu tidak menahan diri dari meminta atau meminta-minta kepada orang lain. Kadang-kadang yang menyebabkan orang meminta atau meminta-minta itu bukanlah barang yang tidak cukup tetapi perasaan di hatinya (nafsu) saja yang merasakan tidak cukup kerana sifat tamak.

Orang yang berusaha memenuhi keperluannya sendiri, maka Allah akan menjadikannya mampu memenuhi keperluannya itu. Orang yang menahan diri dari meminta kepada orang lain pastilah akan berusaha sendiri untuk memenuhi keperluannya. Allah sekali lagi berjanji bahawa Dia akan menjadikan orang itu mampu memenuhi keperluannya. Demikianlah Allah menghargai usaha dan kerja keras manusia.

Dan barangsiapa yang tetap sabar, maka Allah akan menjadikannya sabar. Orang yang menahan diri dari meminta kepada orang lain dan dia sendiri pula berusaha memenuhi keperluannya pastilah perlu bersabar dalam melaksanakan perkara tersebut. Allah akan menganugerahkan sifat sabar kepada orang yang berusaha untuk bersabar. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: