Kerja rumah tugas siapa

Islam mewajibkan suami menyediakan nafkah. Nafkah pastinya hadir dalam pelbagai bentuk termasuk nafkah zahir dan batin. Antaranya ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Nafkah dalam bentuk lain seperti pendidikan juga pastinya termasuk. Kalau suami diwajibkan menyediakan pakaian ahli keluarganya menurut kemampuannya, maka siapa pula yang diwajibkan menguruskan pakaian tersebut seperti membasuhnya, mengeringkannya, melipat dan menyimpannya rapi, suami atau isteri atau orang lain?

Isteri pula diwajibkan mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan prinsip Islam, sekalipun ia sangat berat di hati isteri. Sementara itu, baik suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk berbuat baik kepada ibu bapa, baik ibu bapa kandung mahupun ibu bapa mertua.

Semua ini memberikan indikasi bahawa suami diwajibkan menyediakan sebuah kehidupan; menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Menyediakan makanan termasuklah membeli bahan mentah di pasar, memasak, menghidang, mencuci bekas makanan dan mengemaskannya atau secara mudahnya membeli makanan siap dan menghidangkannya buat ahli keluarga. Menyediakan pakaian pastilah termasuk membeli kain, menjahitnya, membasuhnya, mengeringkannya, melipatnya dan menyimpannya rapi atau dengan mudahnya membeli pakaian yang sudah siap di kedai atau menempahnya dan memberikannya untuk dipakai ahli keluarga serta menjalankan urusan pengurusan pakaian seperti yang telah disebutkan. Semua ini kewajipan seorang suami atau ayah iaitu kepala keluarga iaitu menyediakan sebuah kehidupan. Sementara untuk mendapatkan ongkosnya atau fulus dan nuqud untuk membiayai itu semua, seorang suami harus keluar bekerja. Mampukah seorang suami menyediakan semua ini, secara praktikalnya?

Indikasi lain yang ditunjukkan di sini ialah, isteri tidak pernah diwajibkan menyediakan sebuah kehidupan iaitu tidak diwajibkan menyediakan nafkah termasuk menyediakan pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain-lain seperti yang telah disenaraikan di atas. Tetapi isteri diwajibkan menyediakan sebuah ketaatan kepada suami selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Apabila suami tidak kemampuan keseorangan untuk menyediakan kehidupan dan meminta isterinya membantu dengan kadar yang patut, maka isteri wajib taat. Selagi suami tidak menzalimi isteri, iaitu tidak menyuruh-nyuruh isteri dengan keterlaluan atau kerja yang terlebih berat, selagi itu ketaatan isteri kepadanya menjadi sebuah kewajipan.

Beralih seketika daripada perihal hak dan kewajipan. Bergantung semata-mata kepada hak dan kewajipan suami isteri mungkin dapat meneruskan usia kehidupan, tetapi mungkin tidak dapat memberikan sebuah kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan bahagia. Faktor keimanan tidak dapat lari daripada menyumbang kepada kebahagiaan. Jika suami dan isteri mengimani perintah ‘fastabiqul khoirot’ iaitu bersegera, berebut-rebut dan berkejar-kejar merebut dan melaksanakan kebaikan, suami dan isteri tidak perlu lagi berada di takuk lama dan berdebat tentang hak siapa dan kewajipan siapa. Suami dan isteri, kedua-duanya berebut-rebut untuk melaksanakan tugas. Suami dan isteri berebut untuk memasak. Suami dan isteri berebut untuk hantar anak ke sekolah. Suami dan isteri berebut untuk membasuh pakaian. Suami dan isteri berebut untuk membeli bahan masakan dan keperluan rumah di pasar. Suami dan isteri berebut untuk menjaga anak. Suami dan isteri berebut untuk mengajar anak mengaji. Suami dan isteri berebut untuk segala-galanya. Kenapa? Kerana yang dilihat oleh kedua-duanya ialah ganjaran kebaikan dan syurga yang menanti daripada Allah swt. Tidakkah indah kehidupan rumah tangga sedemikian?

Dalam suasana ‘fastabiqul khoirot’ seperti ini, pastilah pula suami dan isteri yang bertaqwa kepada Allah akan melaksanakan satu lagi perintah Allah iaitu bermusyawarah. Allah telah menjanjikan bahawa tidak akan pernah rugi orang yang bermusyawarah. Daripada musyawarah inilah, lahirnya keberkatan dan kesepakatan. Maka terbahagilah tugas-tugas dengan adil dan saksama. Tugas pula dijalankan dengan penuh kesedaran ‘fastabiqul khoirot’ dan kasih sayang, saling ingin membantu pasangan, iaitu berbuat ihsan atau mendahulukan orang lain melebihi diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri. Tidakkah indah sebuah kehidupan rumah tangga sedemikian, sementara pahala pula datang mencurah-curah sesuai dengan tugas-tugas yang dilaksanakan dengan penuh keihkhlasan dan ihsan iaitu melakukannya dengan cara yang terbaik.

Jadi, kerja rumah sekarang adalah tugas siapa? Suami atau isteri? Menangislah anda! Kenapa? Kerana menginsafi kelemahan-kelemahan diri, dan mengkagumi kehebatan hidup dengan saranan Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: