Kad Kredit – Makan Duit?

Di sini diperkongsikan beberapa perkara kepada pemilik dan pengguna kad kredit agar berguna sebagai peringatan.

Kad kredit, jika ada kita gunakan, hendaklah dipastikan patuh syariah. Dipandang dari satu sudut, penggunaan kad kredit tidak bagus. Dari sudut lain, ada kebaikan dia jika diurus dengan baik.

Mari kita kaji keburukan kad kredit. Jika sangat terdesak, kita boleh mengeluarkan duit di atm menggunakan kad kredit, tapi awas, kesenangan ini bukanlah kemudahan tapi boleh jadi kepayahan kerana ada sesetengah kad kredit mengecas setiap transaksi pengeluaran duit dengan nilai tinggi, ada sampai RM 50, walaupun konsep yang digunakan ialah konsep Ujrah. Mereka ada meletak had, contohnya maksimum untuk satu transaksi hanyalah RM 1000. Jadi jika anda hendak keluarkan (baca : berhutang RM 3 000), anda kena buat 3 transaksi RM 1 000 ie keluarkan RM 1 000 sebanyak 3 kali. Katakan setiap transaksi anda dicas RM 50, maka 3 transaksi menyebabkan anda kesusahan kerana dicas RM 150. Jadi jumlah bayaran balik anda bukan lagi RM 3 000, tetapi RM 3 150. Jika anda keluarkan wang bernilai bawah nilai maksima setiap transaksi, contohnya, anda keluarkan RM 200 melalui satu transaksi (katakan nilai maksima setiap transaksi ialah RM 1 000), maka anda akan dicas RM50, maknanya nilai bayar balik nanti ialah RM 250. Jika anda keluarkan RM 200 melalui 2 transaksi atau 2 kali keluarkan (contohnya transaksi 1 anda keluarkan RM 100, transaksi 2 anda keluarkan RM 100), maka anda akan dicas RM 50 untuk setiap transaksi, maka jumlah Cas anda bagi 2 transaksi ialah RM 100. Nilai bayar balik anda dalam kes ini (2 transaksi) bukan RM 200 atau RM 250, tetapi RM 300.

Jika anda membuat pengeluaran wang di mesin CIRRUS, anda mungkin dicas sehingga RM 10 untuk setiap transaksi. Membuat pertanyaan di mesin CIRRUS pun perlu membayar cas iaitu seperti RM 2 bagi setiap transaksi pertanyaan.

Cukai tahunan kerajaan ke atas kad kredit pun tinggi juga. Ada yg mencapai RM 50 setahun untuk kad utama dan RM25 setahun untuk kad kedua/tambahan/sampingan. Ada sesetengah pengendali kad kredit memberikan yuran tahunan percuma kepada pemilik kad kredit iaitu yuran percuma seumur hidup, tetapi jangan tertipu, yuran tahunan percuma yang dilaung-laungkan dan diwar-warkan dalam iklan mereka ini sesetengahnya terhad kepada kad utama sahaja. Mereka tidak mengiklankan kepada pengguna bahawa mereka sebenarnya mengecas kad kedua/tambahan/sampingan (supplementary card) dengan cas yuran yang tinggi, ada sehingga RM 70 setahun.

Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges) adalah satu perkara yang mungkin mengelirukan lagi. Formula untuk mengira Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges) -baca: cas kesusahan- melibatkan Jumlah Belum Bayar / Baki Belum Bayar. Jika Jumlah Belum Bayar / Baki Belum Bayar kita tinggi, maka Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges) setiap bulan juga tinggi. Jangan tertipu dengan Jumlah Bayaran Minima. Jumlah Bayaran Minima bukanlah jumlah yang menyebabkan kita rasa selesa untuk membayar dengan nilai itu sahaja, tetapi sepatutnya kita bayar penuh (kesemua Jumlah Belum Bayar / Baki Belum Bayar) atau jika tidak mampu bayar penuh, bayarlah sebanyak-banyak yang mampu bayar, lebih daripada Jumlah Bayaran Minima untuk mengelak dikenakan Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges). Pendek cerita, Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges) ialah harga (nilai lebih kecil) yang perlu anda bayar untuk menangguhkan / memanjangkan lagi ‘Tempoh Bayaran’ Baki Belum Bayar (nilai lebih besar). Jika dilihat secara keseluruhan, menangguhkan bayaran Baki Belum Bayar tidak pernah menguntungkan kita (walaupun seolah-olah diberikan tempoh pemanjangan masa untuk bayar Baki Belum Bayar), malah merugikan kita kerana kita berkewajipan membayar Jumlah Baki Belum Bayar tersebut dan ditambah lagi kena membayar juga Cas Kemudahan Kena Bayar (Payable facility charges).

Ta’widh (gantirugi) sesetengahnya dicas kepada pengguna apabila pengguna lewat membayar tunggakan Jumlah Baki Belum Bayar. Sesetengahnya mengecas 1% daripada Jumlah Baki Belum Bayar. Jika anda membayar kepada pengendali kad kredit menggunakan cek, dan jika cek anda bermasalah dan mereka terpaksa mengembalikan semula cek anda, sesetengah pengendali kad kredit mengecas setinggi RM 50 untuk setiap cek yang dikembalikan. Penyata bulanan yang dihantar juga dicas sesetengahnya setinggi RM 5 untuk satu penyata bulanan.

Jika anda hendak membatalkan / menamatkan penggunaan kad kredit anda, anda hendaklah memaklumkan pengendali kad kredit berkenaan. Sesetengah pengendali menetapkan tempoh untuk pemakluman tersebut ialah minima 2 bulan sebelum tarikh ulang tahun kad kredit digunapakai, untuk mengelakkan cukai perkhidmatan kerajaan dicas. Contohnya, ulang tahun anda menggunapakai kad kredit jatuh pada bulan Januari. Jika anda hanya memaklumkan pengendali kad kredit pada Disember bahawa anda ingin menamatkan penggunaan kad kredit, anda akan ditamatkan daripada khidmat kad kredit tetapi anda mungkin akan tetap dicas dengan cukai perkhidmatan kerajaan.

Semak penyata bulanan akaun kad kredit setiap bulan. Anggap kad kredit seperti wang. Jangan biarkan orang lain guna. Apabila memberi kad kredit kepada juruwang / pekedai untuk membayar, pastikan ia diproses di depan anda. Jangan beri nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit kepada orang yang tidak dikenali yang menghubungi / bertanya anda. Maklumkan segera kepada pengendali kad kredit jika anda bertukar alamat supaya tidak ada kad baru / pin dihantar ke orang lain di alamat lama anda. Jangan sesekali menulis nombor pin di kad kredit, atau dalam dompet, atau pada kad lain atau pada tempat yang senang dikesan sebagai nombor pin kad kredit.

Pelbagai strategi iklan digunakan oleh pengendali kad kredit untuk menarik pengguna kad kredit baru. Dalam salah satu buku manual kad kredit oleh sebuah pengendali kad kredit, di bawah tajuk “Keselesaan” dituliskan “Dapatkan kad ganti anda di mana-mana saja di seluruh dunia dalam masa 24 jam” tanpa menyatakan bahawa setiap gantian kad pertama dicas sebanyak berapa ringgit dan gantian kad kedua dan seterusnya dicas sebanyak berapa ringgit. Sesetengah pengendali kad kredit menawarkan tawaran yang menarik tetapi pada hakikatnya tawaran tersebut sangat jarang akan diperolehi kerana tawaran tersebut adalah bersyarat yang mana syaratnya akan berlaku pada masa yang sangat jarang. Contohnya, tawaran perlindungan bernilai tinggi untuk kemalangan perjalanan udara yang tiketnya dibayar menggunakan kad kredit sepenuhnya. Realitinya, kemalangan perjalanan udara sangat jarang berlaku dan kita juga sangat jarang melakukan perjalanan udara.

Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan untuk manfaat bersama tentang kad kredit.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: