Beginikah qudwah hasanah kita?

Ikhwah = saudara muslim (lelaki)

Akhawat = saudari muslimat (perempuan)

Ikhwah dan akhawat sepatutnya menjadi peribadi yang cemerlang dari semua segi dan dapat menjadi qudwah hasanah (contoh baik) kepada orang lain.

Keadaan Rumah

Sangat memelikkan jika ikhwah dan akhawat menjadi orang yang suka menghadiri pertemuan tarbiah, suka turun ke medan untuk beramal dan berdakwah tetapi malas di rumah sendiri untuk menguruskan kebersihan, ketersusunan dan kerapian rumah yang kononnya menjadi tempat persinggahan sahaja kerana sibuk di luar menghadiri pertemuan tarbiah dan acara-acara amal dan dakwah. Padahal, dalam masa yang sama ikhwah dan akhawat mengakui bahawa rumah adalah madrasah pertama pendidikan atau tarbiah anak-anak. Jika benar demikian, apakah anak-anak ditarbiah supaya hidup dalam keadaan rumah yang kotor, barang bersepah-sepah, perabot dan alatan tidak tersusun, berbau busuk, pakaian tidak berbasuh dan sebagainya, sedangkan anak-anak diajarkan bahawa kebersihan itu separuh daripada iman. Apakah sikap pengotor, pemalas dan cakap tidak serupa bikin itu adalah karakteristik akhlak ikhwah dan akhawat? Jika demikian, layakkah ikhwah dan akhawat menjadi qudwah hasanah?

Suami mithali?

Menjadi kewajipan suami (baca: ikhwah) menyediakan sebuah kehidupan kepada keluarganya, termasuklah memberikan nafkah. Jika demikian, apakah patut sang suami (ikhwah) bekerja di luar untuk mencari nafkah sahaja sementara kerja-kerja lain termasuk kerja-kerja rumah dan pendidikan anak-anak cukup sekadar disuruh isteri (akhawat) sahaja membereskannya. Jika isteri itu suri rumah sepenuh masa, masih boleh tahan juga, tetapi di manakah letaknya keadilan dan kerasionalan jika isteri (akhawat) yang bekerja di luar sama panjang waktunya dengan suami (ikhwah) juga disuruh atau lebih tepatnya dibebankan dengan suruhan membereskan segala kerja rumah dan pendidikan anak-anak sedangkan suami (ikhwah) duduk membaca akhbar di sofa saja seperti kentang buncit sambil minum kopi yang juga dibancuh oleh si isteri (akhawat) yang terkejar-kejar pula memasak makan malam selepas pulang dari kerja padahal penat dan lelah pun belum hilang.

Kerja rumah yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja seperti membeli bahan masakan di pasar, memasak, menghidangkan dan mengemas makanan, membasuh pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mengeringkan pakaian, melipat dan menyeterika pakaian, mengemaskan rumah, menyusun perabot dan alatan, menjaga makan pakai anak-anak, mengatur persekolahan, buku-buku dan memantau kerja rumah anak-anak, mengajar anak-anak mengaji Quran dan sebagainya. Adilkah jika semuanya disuruh isteri (akhawat) membereskannya. Pada dasarnya menyuruh isteri melakukannya tidak bertentangan dengan syariat Islam, tetapi membebankan seorang isteri apakah juga tidak bertentangan dengan syariat Islam. Membebankan isteri adalah perbuatan meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya yang patut, maka ia adalah tidak adil iaitu dzolim.

Sebenarnya di zaman moden yang menuntut anak banyak menghabiskan masa belajar akademik, kurang masa bersama dan membantu ibu bapa terutama yang tinggal di asrama atau IPT jauh dari rumah, serta kerja-kerja rumah dibereskan oleh orang gaji (bibi) ini, banyak juga anak-anak yang membesar dengan rasa tanggung jawab yang kurang kerana sangat jarang membantu ibu bapa melakukan kerja rumah serta sangat jarang atau tidak pernah melakukan kerja rumah kerana semua kerja rumah dibuat oleh orang gaji. Apabila berumah tangga, anak-anak yang sangat jarang atau tidak pernah melakukan kerja rumah ini barulah tersedar bahawa kini mereka perlu melakukan kerja rumah sendiri. Sangat kekok! Malah ada yang memang langsung tidak pandai. Kesian. Itulah sebabnya apabila anak lelaki (ikhwah) yang tidak pernah melakukan kerja rumah ini kahwin, mereka hanya tahu bekerja mencari nafkah di luar sahaja dan asyik goyang kaki saja di rumah, tidak terdetik rasa tanggung jawab dan tidak tergerak keinginan di hati untuk membantu isteri (akhawat) membereskan kerja rumah.

Isteri solehah?

Pada zaman moden ini, banyak juga isteri (akhawat) terutamanya generasi muda yang tidak begitu pandai melakukan kerja rumah seperti tidak pandai sangat memasak, basuh baju tidak bersih malah makin kotor, tidak pandai berjimat cermat, tidak pandai merancang penggunaan kewangan dapur dan rumah, dan sebagainya. Semuanya gara-gara tidak biasa atau tidak pernah membuat kerja rumah semasa bujang. Al maklumlah semua kerja rumah dibuat oleh emak dan bibi. Tidak pandai saja tidak apa, kerana masih ada peluang dan ruang untuk belajar, asalkan saja mahu dan rajin. Tetapi yang lebih memeningkan kepala ialah jika isteri (akhawat) tidak bersungguh-sungguh atau malas melakukan kerja rumah kerana sikap pemalas yang telah dibentuk sejak zaman bujang. Pemalas kerana dibesarkan dalam kemewahan dan tidak pernah disuruh dan dilatih membuat kerja rumah, malah dimanja-manjakan dengan cara yang silap dan berlebihan.

Akibat memiliki isteri (akhawat) seperti ini, suami (ikhwah) terbeban. Sesudah berpenat di luar rumah, bekerja mencari nafkah, suami (ikhwah) terpaksa pula berpenat di rumah membereskan kerja-kerja rumah yang tidak dibereskan oleh isteri (akhawat), padahal isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Jika isteri (akhawat) juga bekerja, memang selayaknyalah dia dibantu oleh suami (ikhwah) melakukan kerja-kerja rumah.

Kerja rumah menambahkan pahala

Suami dan isteri (ikhwah dan akhawat) perlulah melihat kerja rumah sebagai peluang untuk menambahkan pahala dengan melakukannya, bukan menganggap kerja rumah sebagai bebanan hidup yang memenatkan. Dengan tanggapan sebegini, barulah suami dan isteri (ikhwah dan akhawat) tidak merasa tertekan, malah bergembira dan berebut-rebut untuk melakukan kerja rumah.

Untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita tidak boleh memanja-manjakan sangat anak-anak kita. Kita mesti latih anak-anak kita biasa membuat kerja-kerja rumah sesuai dengan umur dan kemampuan mereka agar nanti apabila berumah tangga, mereka akan bertanggung jawab dan mudah menguruskan rumah tangga dengan menganggap kerja rumah yang banyak sebagai peluang yang besar untuk mengumpulkan pahala.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: