Mencintai apa adanya, Mendengarkan dan Humor

Penulis buku ‘Setiap Hari Adalah Honeymoon’ Kamarudin Ibnu Mikam berkongsi beberapa tip untuk kebahagiaan rumah tangga. Antaranya ialah mencintai apa adanya pada pasangan kita. Kita tidak mengharapkan kelebihan atau kehebatan yang berlebihan, tetapi kita menerima apa adanya saja pada pasangan kita. Kita bercukup dengan apa yang ada serta tidak mengharapkan atau meminta lebih-lebih. Menerima apa adanya saja membuatkan kita tenang serta tidak tertekan dengan kekurangan yang ada. Kita tidak tertekan untuk mencapai apa yang kita harap-harapkan atau impikan. Menerima apa adanya tidak bererti kita terus membiarkan apa-apa kekurangan yang wujud. Kekurangan yang wujud hendaklah diperbaikkan, Cuma untuk masa ini, kita menerima dengan redha hakikat bahawa kekurangan itu wujud sambil terus berusaha memperbaiki kekurangan tersebut dengan sabar.

Selain mencintai apa adanya pada pasangan kita, tip lain yang dikongsikan oleh Kamarudin Ibnu Mikam untuk membantu membina kebahagiaan rumah tangga ialah kesediaan dan keprihatinan mendengarkan. Allah menjadikan kita dengan dua telinga berbanding hanya satu mulut. Ini memberikan indikasi bahawa kita perlu lebih banyak mendengarkan berbanding bercakap. Mendengarkan bukan sekadar mendengar. Mendengar boleh dilakukan dengan telinga. Tetapi mendengarkan tidak cukup dengan telinga sahaja, tetapi juga dengan hati nurani. Ini bermakna, kita bukan sekadar mendengar untuk mendapatkan input atau mengetahui, tetapi kita mendegar untuk memahami dan menjiwai apa yang didengar serta memikirkan tindakan atau tindak balas yang perlu dilakukan.

Sangat mudah sekali untuk kita bercakap. Buka saja mulut dan keluarkan suara, kita sudah bercakap. Untuk mendengar pun agak mudah walaupun lebih susah daripada bercakap. Tadah saja telinga, nescaya kita akan mendengar apa yang berbunyi atau disuarakan. Tetapi untuk mendengarkan, ia tidak semudah mendengar atau bercakap. Ia memerlukan peranan hati nurani serta akal fikiran untuk memahami dan menjiwai.

Dengan bercakap, kita mungkin tersalah cakap atau terlanjur kata-kata atau terkeluar kata-kata kesat atau tersebut kesalahan-kesalahan yang lain yang boleh menyinggung perasaan orang lain atau merenggangkan hubungan atau menyebabkan perbalahan atau menimbulkan kekeliruan atau setidak-tidaknya menyebabkan dosa kepada diri sendiri. Tetapi dengan mendengarkan, kita tidak akan melakukan apa-apa kesalahan. Kita mesti melatih diri untuk lebih banyak mendengarkan berbanding bercakap, setidak-tidaknya dengan nisbah 2:1 iaitu dua bahagian mendengarkan menyamai 1 bahagian bercakap sebagimana diindikasikan oleh penciptaan dua telinga dan satu mulut.

Pasangan kita pasti teruja dengan sikap kita yang lebih banyak mendengarkan daripada bercakap kerana kita lebih banyak melakukan kerja hasil daripada tabiat mendengarkan kita berbanding bercakap perkara yang belum tentu betul salah. Sebaliknya pasangan kita pasti bencikan kita jika kita banyak bercakap saja tetapi tidak buat apa yang kita cakapkan. Cakap tidak serupa bikin, kata orang. Apatahlagi jika kita pula malas mendengarkan apa yang ingin disuarakan oleh pasangan kita. Lagi-lagilah pasangan kita akan meluat dengan kita kerana kita sebagai pasangannya yang diharapkan dapat dijadikan tempat meluahkan perasaan, tempat berkongsi fikiran dan tempat berkongsi masalah malas mendengarkan segala luahan, fikiran dan masalahnya.

Satu lagi tip yang dikongsikan oleh Kamarudin Ibnu Mikam ialah humor. Humor biasanya menyebabkan hilai tawa atau setidak-tidaknya senyuman lebar. Hilai tawa atau senyuman lebar pula menggambarkan keceriaan dan kegembiraan yang wujud dari hati. Orang yang secara semula jadi dijadikan Allah bersifat humor pastinya mempunyai kelebihan dalam hal ini tetapi orang-orang awam yang biasa juga tidak ada kurangnya. Setiap orang mempunyai kelebihannya tersendiri termasuk dalam hal melakukan humor. Humor bukanlah dituntut untuk memenuhi keseluruhan atau sebahagian besar hidup kita. Kita hanya memerlukan sedikit humor dalam kehidupan seharian sekadar untuk menceriakan keadaan atau membangkitkan kegembiraan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: