Walimatul urus / Kenduri kahwin

Tujuan kenduri ialah untuk menghebahkan tentang perkahwinan kepada masyarakat. Jadi, apabila mempertimbangkan jawapan kepada soalan ‘berapakah kos yang berpatutan untuk sebuah kenduri’, tujuan perkahwinan hendaklah diambilkira. Islam menyarankan supaya tidak membazir, bersederhana dan berjimat cermat iaitu tidak boros. Maka, jika RM 3,000 sudah memadai untuk mencapai matlamat menghebahkan tentang perkahwinan kepada masyarakat, maka membelanjakan sejumlah itu saja serta tidak melebihinya adalah sudah memadai. Jika RM 3,000 tidak mencukupi tetapi RM 5,000 diperlukan, maka membelanjakan RM 5,000 saja serta tidak melebihinya adalah sudah memadai.

Kenapa perbelanjaan tidak boleh melebihi keperluan? Membazir. Semua orang tahu membazir amalan syaitan. Allah tidak suka kepada orang yang membazir. Membazir mengusir berkat jauh pergi. Apa gunanya berbelanja berpuluh-puluh ribu atau beratus ribu untuk perbelanjaan sehari walimatul urus / kenduri kahwin, tetapi menanggung kehidupan yang tidak berkat selama bertahun-tahun atau berpuluh-puluh tahun kehidupan selepas perkahwinan. Ada yang sanggup berhutang beribu-ribu semata-mata untuk berbelanja sakan bagi mempamerkan kehebatan pada hari walimatul urus / kenduri kahwin. Apa gunanya berhutang beribu-ribu sedangkan hidup terseksa selepas perkahwinan kerana bebanan hutang keliling pinggang? Kebahagiaan pun hilang. Apa gunanya bahagia sehari pada hari Raja Sehari, tetapi derita berpanjangan bertahun-tahun selepas hari perkahwinan.

Ada yang mengatakan ‘apa salahnya, sekali seumur hidup saja’. Prinsip Islam adalah konsisten, tidak kira sama ada sekali atau banyak kali, sehari atau banyak hari, yang haram tetap akan haram, membazir tetap membazir, dosa tetap dosa. Jadi, kalau membazir tetap membazir, haram tetap haram dan dosa tetap dosa, kenapa masih mahu beralasan dengan frasa ‘apa salahnya cuma sekali seumur hidup’.

Kerana sekali seumur hiduplah, maka perbelanjaan tidak perlu terlalu besar dan melampau-lampau. Perbelanjaannya cukup untuk sehari itu saja. Perbelanjaan yang selebihnya biarlah untuk hari-hari yang tak terbilang banyaknya selepas perkahwinan, itu pun setiap perbelanjaan mestilah mengikut keperluannya saja, tidak boleh membazir kerana prinsip Islam itu sekali lagi tetap konsisten; yang haram tetap haram, yang dosa tetap dosa.

Ada juga yang memang memasang niat berbelanja besar sakan adalah semata-mata untuk mempamerkan kehebatan atau kemegahan pada hari walimatul urus / kenduri kahwin terutama dalam bentuk hiasan, pelamin persandingan, hadiah kepada tetamu, hidangan makanan mewah dan lain-lain. Pendek kata, tujuannya ialah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. Sah sekali tujuan ini adalah salah dan terpesong di sisi Islam. Jika anda sedang merancang walimatul urus / kenduri kahwin dan terdetik perkara sebegini di hati anda, perbaharuilah niat anda dan perbaharui / semak semulalah kos perbelanjaan anda, semoga anda diberkati Allah.

Ayuh merancang sebuah walimatul urus / kenduri kahwin yang berkat!

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: