Lain Orang Lain Ujian

‘Lain padang, lain belalang’, demikianlah bunyi pepatah. Lain chef, lain cara masakan. Lain Tv, lain rancangan. Lain tempat, lain budaya. Lain orang, lain pulalah ujian yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Allah Maha Adil. Dia Mata Tahu siapa yang patut mendapat ujian apa.

Terkadang terdetik di hati kita apabila kita sangat tertekan dan berat menghadapi ujian “Kenapa orang lain tidak peduli terhadap kita? Di manakah bukti Ukhuwwah Islamiyah yang kononnya diucap-ucapkan atau disebut-sebutkan selama ini apabila berkumpul bersama atau apabila mengecap kegembiraan bersama? Kenapa apabila saat kita menghadapi kesusahan dan kesedihan, tiada orang pula yang mahu atau sudi berkongsi susah dan sedih?”

Sebenarnya, bukan kita saja terdetik hal yang sama. Orang lain juga ada kemungkinan terdetik hal yang sama kerana sebenarnya setiap orang diuji, Cuma dengan cara ujian yang berbeza. Ada ujian yang tampak di mata, ada ujian yang tuan punya badan saja yang rasa sementara orang lain tidak tahu. Oleh itu, apabila kita sangat tertekan dan berat menghadapi ujian, kita tidak perlulah terlalu berkeluh kesah dan sedih kerana tidak ada orang yang peduli terhadap kita, kerana sesungguhnya bukan tidak ada orang yang mahu peduli kepada kita, tetapi kerana dia sendiri pun sedang bersusah payah menghadapi ujian yang dicubakan oleh Allah kepada dirinya sendiri. Apakan lagi hendak peduli dan menolong kita, menjaga dirinya sendiri menghadapi ujian Allah saja dia sudah bersusah payah.

Jadi, apa yang kita semua, tiap-tiap diri perlukan dalam menghadapi hidup yang akan sentiasa dihiasi dengan ujian ini ialah kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa itu pula diperoleh daripada Yang Maha Kuat iaitu Allah swt dengan menjaga hubungan dengannya seperti melalui ibadah umum dan ibadah khusus contohnya solat malam dan doa. Dengan kekuatan jiwa yang kita miliki sendiri ini kita menghadapi ujian yang Allah kurniakan kepada kita. Kemudian setelah kita Berjaya menghadapi ujian kepada diri kita sendiri, kita pula bolehlah peduli dan membantu orang lain seperti ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan yang dihadapkan dengan ujian juga.

Dengan memiliki kekuatan jiwa, kita tidak perlu lagi bertanya “Kenapa orang tidak peduli kepada kita?” tetapi kini kita mampu bertanya “Siapakah lagi yang perlu dipedulikan dan diberi bantuan?”. Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Ayuh berkhidmat!

 

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    iya donk, lebih baik memberi daripada menerima.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: