Kenapa dia datang juga?

Manusia itu pelbagai ragam kerana memang kehidupan kita pun beragam, tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Ketika seseorang itu mempunyai kesediaan, orang lain boleh jadi belum bersedia. Ketika seseorang itu mempunyai kelapangan, orang lain boleh jadi masih terlalu sibuk.

Ada antara kita yang cepat-cepat mahu dikurniakan cahaya mata selepas saja mereka diijabkabulkan. Siapa tidak mahu bermain dengan bayi yang comel? Tapi ada juga antara kita yang hidupnya masih tersepit, lalu mereka berkemahuan belum lagi menimang cahaya mata. Mereka mahu menimang cahaya mata apabila hidup mereka telah stabil dan mereka dapat membesarkan cahaya mata dengan baik. Kerana itu mereka melakukan perancangan keluarga untuk menimang cahaya mata saat mereka sudah bersedia sahaja dan bukan sebelum itu.

Namun, Allah yang Maha Tahu itu lebih mengetahui mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Manusia hanya berusaha, namun hasilnya tetap di tangan Allah. Banyak juga terjadi, ketika perancangan keluarga telah dilakukan dengan begitu rapi untuk menangguhkan masa kehamilan, kehamilan tetap terjadi. Maka apakah reaksi kita sebagai manusia?

Kita dituntut untuk berusaha namun kita harus sedar bahawa hak menentukan hasil daripada usaha kita adalah hak Allah. Sama ada usaha kita Berjaya atau tidak, itu hak Allah. Jika Berjaya, kita bersyukur. Jika tidak, kita kena redha. Ketika isteri kita hamil saat kita belum menginginkannya demikian sedangkan kita telah berusaha menangguhnya, kita kena redha kerana Allah lebih tahu daripada kita. Dia telah mengurniakan yang terbaik sahaja untuk kita.

Kita tidak tahu tetapi kita boleh mengandaikannya saja biarpun kita tidak tahu sama ada andaian kita betul atau tidak. Cahaya mata yang Allah kurniakan saat kita belum bersedia ini mungkin yang terbaik dan tercomel untuk kita, sedang jika Allah kurniakan ketika saat kita bersedia, mungkin cahaya mata yang dikurniakan itu cacat sedikit atau banyak, sedangkan kita tidak tahu apakah kita mampu menghadapi takdir sedemikian. Allah lebih tahu daripada kita tentang segala-galanya, kerana itu Dia mengurniakan yang terbaik sahaja untuk kita. Cuma yang terbaik itu tidak semestinya sama dengan cita-cita kita kerana cita-cita kita didasarkan oleh keinginan kita semata-mata tanpa kita tahu congakan dan kira-kira lain tentang hal-hal yang lain.

Oleh itu, terimalah dengan redha dan sentiasalah berdoa dan mendeka diri serta bergantung harap kepada Allah, insyaAllah Dia akan memudahkan dan membantu sepanjang kita menghadapi takdir membesarkan cahaya mata yang Allah hadirkan pada saat kita belum bersedia untuk dia hadir. Ayuh kita redha! Setiap kejadian ada hikmahnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: