Setelah menikahi seorang akhawat/ikhwah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah jika anda telah diijabkabulkan dengan pasangan anda yang anda cintai kerana Allah, Rasulnya, deinullah dan risalah kerasulan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah jika anda sedang dalam susunan untuk diijabkabulkan dengan pasangan anda yang anda cintai kerana Allah, Rasulnya, deinullah dan risalah kerasulan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah jika anda sudah diberikan petunjuk untuk mencari seorang pasangan hidup yang halal lagi baik untuk memantapkan lagi kehidupan anda.

Bagi seorang ikhwah, setelah anda menikahi seorang akhawat kerana Allah, insyaAllah anda bahagia. Begitu juga bagi seorang akhawat, setelah anda menikahi seorang ikhwah kerana Allah, insyaAllah anda bahagia. Hal ini kerana anda menikahinya bukan kerana semata rupanya, atau hartanya atau keturunannya, atau pangkatnya atau kedudukannya dalam masyarakat atau apa saja ukuran duniawi, tetapi anda menikahinya kerana Allah, kerana kemantapan Islam yang ada padanya, kerana dia ialah orang yang mentarbiah dirinya dan kerana dia adalah penjihad yang ingin berdakwah di jalan-Nya untuk mengajak masyarakat kepada Risalah Ilahi. Nilai-nilai dan kualiti keislaman yang ada pada dirinya sangat banyak membantu anda membina sebuah kehidupan yang bahagia.

Namun, seorang akhawat atau seorang ikhwah itu bukanlah seorang Nabi. Apatah Nabi, sahabat pun bukan, tabien pun bukan, tabie’k tabien pun bukan, pendek kata bukan dari golongan salafus soleh. Kalau bukan Nabi, pastinya tidak maksum, tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. Maka, janganlah kecewa apabila anda mendapati pada seorang akhawat atau pada seorang ikhwah yang menjadi isteri atau suami anda itu ada kelopongan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan, tidak seperti yang ada harap-harapkan sebelum diijabkabulkan. Seorang akhawat atau ikhwah itu bukanlah seorang manusia yang sempurna. Manusia itu ragam dan pelbagai. Jadi jangan terkejut jika perkara yang pada anda sangat enteng atau senang, menjadi satu perkara yang sangat menyusahkan atau merumitkan bagi pasangan anda kerana dia datang dari latar belakang yang barangkali sangat berbeza daripada anda, jangan anda lupa!

Kerana perbezaan latar, sesuatu yang patut-patut saja bagi anda boleh jadi sangat tidak patut bagi si dia. Maka jangan anda memukulratakan semua benda. Jangan anda menyamakan pasangan anda dengan anda pada semua keadaan. Anda perlu belajar untuk memahaminya, insyaAllah dia pun akan teruja untuk belajar memahami anda, barulah akan wujud persefahaman dan akan lahirlah kebahagiaan biarpun pada praktisnya anda dan dia selalu saja berbeza.

Apabila anda mendapati sesuatu kelopongan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan yang ada pada pasangan anda, yang diperlukan ialah pembaikan positif yang membina, bukannya teguran atau kutukan yang menyakitkan hati dan menawarkan hati untuk membuat perubahan. Apabila anda tidak suka dengan sesuatu yang ada pada si dia, baik perkataannya atau perbuatannya, caranya bukan dengan memasamkan muka dan marah-marah atau berleter. Apabila anda tidak suka dengan sesuatu yang ada pada si dia, caranya ialah menyampaikan pernyataan anda dengan penuh kasih sayang serta senyuman. Senyuman itu ialah senyuman yang ikhlas dari hati, bukan senyuman perli.

Seorang akhawat/ikhwah itu bukan seorang yang ma’ksum. Dia bukanlah seorang robot ibadat yang sangat konsisten dan tepat seperti tidak pernah ketinggalan solat malam, tidak pernah ketinggalan solat jemaah subuh di masjid, tidak pernah ketinggalan berzikir mathurat setiap pagi dan petang, tidak pernah ketinggalan solat Dhuha, tidak pernah lupa istighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari, takbir, tasbih dan tahmid sekurang-kurangnya 33 kali setiap satu setiap hari, tidak pernah ketinggalan solat jemaah, tidak pernah lupa membaca Quran setiap hari dan ibadat yang seumpamanya. Janganlah terlalu bersedih apabila anda mendapati bahawa pasangan anda sangat banyak kelemahannya dalam kuantiti ibadat setelah anda menikahinya. Tidak kira apa pun kuantiti ibadat pasangan anda, yang penting bukan kuantiti saat ini, tetapi yang penting adalah usaha pembaikan sehingga dapat mencapai satu ukuran yang berpatutan dan dapat pula dengan amalan itu diistiqomahkan kerana Ar Rasul sangat mencintai amalan yang istiqomah biarpun sedikit, apalagi kalau mampu dilakukan banyak. Sekali lagi kita harus ingat, ikhwah / akhawat itu bukan Malaikat! Tetapi status demikian tidak patut dijadikan alasan untuk bermalas-malasan dalam beribadat, kerana Allah Maha Tahu biarpun pasangan kita tidak tahu.

*Akhawat = saudara perempuan, Ikhwah = saudara lelaki

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: