Menghadapi Kesusahan

Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan atau dirisaukan secara keterlaluan dalam hidup ini apabila mendapat atau menghadapi kesusahan. Susah dan senang sudah lumrah hidup, pasti digilirkan antara keduanya, kalau tidak kerap, jarang-jarang, paling tidak pun kadang-kadang. Pasti akan berlaku salah satu antaranya, kalau tidak senang, pasti susah, kalau tidak susah, pasti senang. Risau atau sedih apabila menghadapi kesusahan adalah perasaan yang fitrah. Memang ia tidak dapat dielakkan. Tetapi yang dapat dielakkan ialah kerisauan yang melampau atau berlebihan sehingga memberi kesan negatif kepada diri.

Apabila menghadapi kesusahan, yang kita perlukan bukanlah sikap putus asa, tetapi sabar dan terus berusaha. Sama ada usaha kita membuahkan hasil atau tidak, itu bukan urusan kita. Itu urusan yang Esa, urusan kita ialah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Bersyukurlah dengan apa yang telah ada dan apa yang telah kita perolehi berbanding orang lain yang di belakang kita, yang tidak ada apa-apa atau tidak memperoleh apa-apa atau kalau memperoleh pun kurang dari apa yang kita dapat.

Kebiasaannya, apabila berada dalam kesusahan, kita mengharapkan ada orang datang menolong kita. Itu juga lumrah, tetapi biarlah ia berpada-pada saja, jangan terlalu berharap kelak kalau kita tidak dapat apa yang kita sangat harapkan kita akan kecewa dengan teruk. Berharaplah dengan sederhana dan berpada-pada saja, andai harapan kita tidak tercapai pun, tidaklah teruk sangat kita kecewa. Setidaknya kecewa kita itu sederhana dan berpada-pada saja juga. Tidak payahlah kita menaruh sangat harapan kepada manusia untuk menolong kita, kerana manusia itu makhluk yang lemah. Lebih baik kita menaruh harapan pada yang Maha Esa kerana Dia ialah Pencipta Makhluk, Dia Maha Kuasa. Dia berkuasa untuk menggerakkan hati-hati manusia dan menggerakkan sendi-sendi manusia untuk datang menolong kita dengan apa cara yang Dia suka. Berharap dan berdoalah kepada Yang Maha Esa terlebih utama dan lebih dahulu daripada berharap kepada manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: