UJIAN PADA MASA MUDA

Diberikan ujian yang besar oleh Allah swt pada masa muda pada pandangan positifnya adalah kurniaan Allah yang sangat besar dan berharga nilainya. Muslim yang mendapat ujian besar tersebut adalah orang yang lebih beruntung berbanding orang lain yang tidak mendapatnya. Keuntungan ini adalah atas beberapa asas:

Kesusahan atau kesakitan mendekatkan diri kepada Allah

Kesusahan atau kesakitan membuka jalan kepada keinsafan

Kesusahan atau kesakitan menjadi pemangkin untuk bermuhasabah

Kesusahan atau kesakitan mengingatkan sentiasa kepada keazaban neraka dan kesakitan azab

Kesusahan atau kesakitan mengingatkan sentiasa kepada kematian yang boleh datang bila-bila masa

Kesusahan atau kesakitan memberikan pengalaman susah dan sakit

Kesusahan atau kesakitan menjadi kafarah dosa-dosa selama penanggung bersabar menempuh ujian

Kesusahan atau kesakitan selalu akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Lazimlah demikian, apabila susah atau sakit, barulah bertambah kekuatan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kalau senang dan sihat saja, tidak susah dan tidak sakit, kedekatan dengan kita dengan Allah swt biasa-biasa saja. Jika demikian, eloklah sekali-sekala kita susah dan sakit, agar kita ada peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Kalau tidak, kita tidak kuat untuk berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt.

Kesusahan atau kesakitan membuka jalan kepada keinsafan. Lazimlah juga demikian. Jika tidak susah atau sakit, tidak terbuka jalan untuk insaf atas perkara-perkara buruk yang ada pada kita atau yang kita lakukan. Apabila mendapat susah atau jatuh sakit, barulah terlintas di fikiran kita untuk menginsafi perkara buruk demikian. Inilah kebaikan yang didapat di sebalik kesusahan dan kesakitan. Jika demikian, kesusahan dan kesakitan itu bukan semata perkara yang tidak enak, tetapi ada nikmat di sebaliknya, bagi orang-orang yang mengerti.

Kesusahan atau kesakitan menjadi pemangkin untuk bermuhasabah. Kehidupan yang senang dan sihat selalu membuatkan manusia sibuk dengan pelbagai aktiviti duniawi dan ukhrawi sampai-sampai tidak ada masa walaupun 5 minit setiap hari untuk bermuhasabah sama ada seusai solat atau sebelum tidur atau saat menunggu seseorang atau sesuatu atau pada bila-bila masa saja. Tetapi kesusahan dan kesakitan selalu akan membuatkan manusia mempunyai masa untuk bermuhasabah. Demikianlah kebaikan yang wujud di sebalik kesusahan dan kesakitan.

Kesusahan atau kesakitan mengingatkan sentiasa kepada keazaban neraka dan kesakitan azab. Kesakitan terutamanya seperti sakit demam atau sakit gigi atau sakit luka atau sakit patah atau sakit apa-apa saja akan selalu mengingatkan kita kepada neraka dan kesengsaraan serta kesakitan azabnya sehingga membuatkan diri kita berjanji kepada diri sendiri bahawa kita tidak mahu lagi membuat dosa-dosa kerana tidak sanggup menahan azabnya sakit neraka. Kesusahan seperti kepanasan akibat bahang matahari juga selalu berjaya membuatkan diri kita insaf sehingga berjanji kepada diri sendiri untuk tidak membuat dosa lagi. Cuma, selama mana kita dapat mengotakan janji-janji kita itu bergantung kepada ketaqwaan kita dan juga barangkali bergantung kepada berapa kerap dan berapa kuat kita mendapat kesusahan dan kesakitan.

Kesusahan atau kesakitan mengingatkan sentiasa kepada kematian yang boleh datang bila-bila masa. Lumrah memperlihatkan ada kesakitan yang akhirnya berakhir dengan kematian. Demikianlah kuasa kesakitan untuk memperingatkan kita kepada kematian. Apabila mengingati kematian, barulah bertambah kesungguhan kita untuk beramal ibadah.

Kesusahan atau kesakitan memberikan pengalaman susah dan sakit kepada penanggungnya. Dengan pengalaman demikian yang dirasai sendiri menjadikan kita benar-benar dapat menghargai nilai kesusahan atau kesakitan tersebut. Jika ada orang lain yang mendapat susah atau sakit, kita akan dapat lebih menghargai dan memahami hakikat kesusahan dan kesakitan itu, lantas menjadikan kita lebih prihatin kepada orang yang susah atau sakit tersebut kerana kita tahu dan faham betapa susah dan sakitnya perasaan yang dirasai beliau kerana kita sendiri pernah merasainya. Jika kita tidak pernah merasainya, bagaimana untuk kita memahaminya dan menghargai tahap kesusahan dan kesakitan tersebut dengan baik? Mungkin kita dapat memahami kesusahan dan kesakitan tersebut walaupun kita tak pernah merasainya sendiri, tetapi tahap penjiwaan kita itu tidaklah seberapa sangat. Oleh itu, setiap kesusahan dan kesakitan yang kita peroleh mestilah kita hargai dan lalui dengan sabar kerana ia memberikan nilai tambah kepada kita, iaitu pengalaman merasai susah dan sakit yang tak semua orang berpeluang merasainya atau tak semua orang sanggup melaluinya walaupun diberi peluang.

Kesusahan atau kesakitan menjadi kafarah dosa-dosa selama penanggung bersabar menempuh ujian.

Diberikan ujian pada masa muda ialah kurnia yang sangat dan lebih berharga berbanding diberikan ujian pada masa tua. Masa muda lazimnya adalah awal usia. Jadi, rentang masa baki kehidupan selepas itu lazimnya lebih lama. Beruntunglah kalau di awal usia sudah banyak bermuhasabah dan menginsafi diri serta memperbaikkan diri. Rentang masa yang lama selepas itu dipenuhi kebaikan mudah-mudahan. Pada masa muda, fizikal masih kuat untuk menghadapi ujian berbanding masa tua. Pada masa muda juga, badan masih kuat untuk beramal ibadat. Andai diberikan ujian pada masa tua pun masih dikira untung kerana setidak-tidaknya masih diberi peluang oleh Allah walaupun dikira pada hujung usia.

Oleh itu, terimalah ujian Allah yang diberikan baik pada masa muda atau tua dengan redha. Anggaplah ia sebagai karunia yang sangat berharga dan sebagai peluang untuk kita manfaatkan sebelum Dia menjemput kita menemuinya di Alam Baqo’.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    ar-rijal said,

    salam akhi yang ana cintai..

    Kesakitan.Kesusahan.
    Moga itu menjadi peringan kita semua di akhirat kelak…

    Allah lebih sayang pada nta dari kami.Maka di berinya ujian lebih kerna mahu nta menyayangi Nya lebih lagi.. Bagaimana manusia itu mengatakan mereka beriman sedangkan mereka belum di uji…


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: