MASA DI SINI DAN DI SANA

Masa adalah kehidupan. Masa bukan sekadar emas. Emas boleh dibeli, masa tidak boleh! Masa yang hilang tidak boleh diganti. Emas yang hilang boleh diberi baru (asalkan duit ada). Masa adalah asset termahal sama seperti oksigen. Membazir masa adalah membunuh kehidupan, kerana masa adalah hidup. Hidup hanya terjadi dengan sedutan oksigen. Hidup hanya bermakna jika masa terguna dengan manfaat.

Kita sangat menyayangi masa kehidupan dunia ini dan menggunakannya untuk menikmati kehidupan dunia (sebelum mati). Menikmati nikmat dunia sangat nikmat dan mengasyikkan. Menikmati nikmat makan, ah, sedapnya! Kita sanggup memandu jauh semata-mata untuk pergi ke tempat makan yang sedap dan mashur. Kita akan menempah meja awal-awal dan siap-siap takut-takut meja penuh dan kita terlepas peluang untuk menikmati makanan yang sedap. Kita sanggup datang awal-awal dan menghabiskan masa berjam-jam untuk menikmati nikmat kesedapan makanan. Kita makan dengan perlahan-lahan dan penuh penghayatan menikmati nikmat makanan. Kita tidak tergegas untuk ke mana-mana kerana memang sudah kita khaskan masa ini adalah masa untuk makan dan menikmati keindahan rasanya. Kita sanggup membayar mahal-mahal untuk makan makanan sedap di restoren mahal-mahal. Makan sungguh menikmatkan dan mengenyangkan.

Itu cerita makan. Ini pula cerita jalan. Kita merancang percutian kita dengan sangat teliti agar kita dapat menikmati keseronokan daripada percutian itu semaksimanya. Kita sanggup memperuntukkan sejumlah belanjawan yang besar untuk percutian kita, untuk kita berseronok, untuk kita melepaskan ketegangan minda, untuk kita berehat, untuk kita menyegarkan semula badan dan minda yang telah lama bekerja. Kita sanggup memandu jauh semata-mata untuk percutian, untuk sampai ke destinasi yang diimpi-impikan, tempat yang menarik, aktiviti yang meyeronokkan, suasana yang menenangkan. Kita melalui percutian kita dengan tenang, melalui aktiviti-aktivitnya satu persatu tanpa tergesa-gesa, kita menikmati keseronokan daripadanya. Kita sanggup menghabiskan masa berhari-hari untuk percutian kita.

Kita menghabiskan masa kita bekerja mencari rezki untuk menafkahkan keluarga, mencari duit untuk membiayai belanja. Kita sanggup bekerja berjam-jam sehari untuk mendapatkan sesuap rezeki. Bahkan ada yang keluar rumah sebelum matahari terbit dan kembali ke rumah selepas matahari terbenam. Semuanya untuk kesenangan hidup di dunia, agar dapat makan cukup, tinggal di rumah yang luas dan selesa, mempunyai kenderaan yang menyenangkan dan mempunyai harta-harta yang memudahkan kehidupan dan memberi keselesaan hidup.

Kita juga menghabiskan sebahagian besar masa kita dengan ahli keluarga. Si bapa bersama isteri dan anak-anak. Si isteri bersama suami dan anak-anak. Anak-anak bersama ibu bapa. Di rumah, di pasar raya, di restoren untuk makan bersama keluarga, di tempat-tempat rekreasi untuk berkelah dan bersiar-siar. Semuanya kita lalui dengan tenang, tanpa terkejar-kejar masa atau cuba memendekkan masa bersama keluarga, malah kalau boleh kita mahu memanjangkan masa bersama keluarga untuk bersantai dan sebagainya.

Banyak lagi masa kita yang kita gunakan untuk aktiviti kehidupan kita di dunia ini. Kita habiskan masa itu tanpa berkira-kira sangat berapa jumlah masa yang telah kita lalui untuk setiap aktiviti. Masa-masa ini adalah untuk manfaat kehidupan kita di dunia ini. Pernahkah pula kita terfikir, bagaimana dengan masa yang perlu kita peruntukkan di dunia ini untuk manfaat di sana (akhirat). Kenapa kita ada masa untuk makan, berjalan-jalan, bekerja, bersama keluarga dan lain-lain tanpa kesuntukan masa, tapi kita tidak ada masa untuk perkara yang memberikan manfaat untuk kita di sana (akhirat) seperti beribadat?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: