Buat Putera

Sang putra yang belum berkahwin

Jauhilah perhubungan cowo dan cewek (bahasa Jawa) sebelum kahwin, baik apapun bentuk perhubungan itu sama ada hubungan jiwa apalagi hubungan fizikal. Sedemikian banyak kemanisan yang dikecap antara hubungan dua jantina sebelum kahwin, sedemikian banyaklah kemanisan yang akan ditarik Allah sesudah di alam perkahwinan. Malanglah! Betapa manisnya masa cinta sebelum kahwin, hanya pahit dan sepah yang tinggal selepas kahwin, semua madunya telah dihisap dengan rakus dan tamak sebelum kahwin.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Ia hanya tipu daya yang menipu anda di depan mata. Sebelum kahwin, kedua-duanya baik-baik dan manis saja, kerana kedua-duanya pula adalah pelakon terbaik dan sanggup berkorban apa saja untuk mendapatkan apa yang dicita. Setelah didapat (berkahwin), hilanglah segala yang dilakonkan, hilanglah madu, manis dan baik-baik, yang tinggal dan timbul hanya yang sebenar, yang tawar, hambar. Tiada lagi pengorbanan dan kesanggupan yang tinggi. Kebersamaan seolah tidak beerti dan tidak manis lagi. Bahagia telah pergi. Yang ada hanya sengsara, akibat keterpaksaan bersama, kerana kehidupan telah dibina, putra-putri telah berusia, perpisahan hanya akan mengundang lebih besar bala, dan malu dalam masyarakat. Lalu, hiduplah, bersama walau tidak sehaluan, tidak bahagia. Inilah denda, azab, sengsara dunia, kerana melampaui hak Allah sebelum perkahwinan masa remaja.

Kalian yang belum berkahwin!

Jauhilah perhubungan dua jantina sebelum kahwin. Jauhilah dari suka bersama-sama sekalipun untuk tidak berbuat apa-apa, jauhilah dari bersama walaupun bukan di tempat gelap gelita, jauhilah dari sentiasa bersama walau dalam terangnya cahaya, jauhilah dari sentiasa bersama walau hanya sekadar untuk berehat-rehat dan berhibur saja. Kerana, kebersamaan yang tidak ada apa-apa adalah kebersamaan di depan manusia, dalam terang cahaya. Tapi kebersamaan akan mengukuhkan “kebersamaan”, dan di ujung-ujungnya akan menjadikan dua raga yang berbeza berpadu dalam raga yang “sama”. Kebersamaan akan mengukuhkan kebersamaan, dan akan menuntut kebersamaan sehingga ia menjadi tabiat yang sukar dipisahkan, sehingga ia menjadi satu ketagihan untuk bersamaan, padahal belum kahwin, sedang manusia tidak sentiasa ada bersama kita, manusia tidak akan sentiasa di depan kita, terang akan tiba waktu gelap pula, sedang kebersamaan dengan ketagihannya akan terus bersama, dan apa lagi kalau sudah gelap, dan orang sudah tiada, kebersamaan akan memadukan manusia menjadi paduan yang sama. Dan syaitan akan meloncat ronta gembira!

Putra yang belum berkahwin!

Pasti saudara pernah mendengar ungkapan “dari mata jatuh ke hati”. Ya, memang dari mata akan jatuh ke hati kerana mata adalah pancaindera yang menerima sumber atau input data. Hati adalah pemproses yang akan menentukan nilaiannya. Saudara memilih dan membeli barang di pasaran setelah melihat, memerhati dan telah jatuh hati. Ya, apabila saudara melihat saudari dengan mata, ia akan jua dinilai oleh hati. Baik buruknya. Cantik kurangnya. Mata dan hati, pancaindera dan organ adalah ciptaan Tuhan yang suci. Tapi punya peranan yang bisa dipositifi atau dinegatifi, tergantung kepada nakhoda si pengemudi diri. Maka, saudara, jagalah pandangan mata! Supaya hanya terpandang dan memandang yang baik-baik saja dan yang mendatangkan kebaikan saja. Kerana boleh jadi, sesuatu itu baik, tetapi tidak akan mendatangkan kebaikan, bahkan menambah keburukan, dosa dan noda jika dipersalahguna. Kecantikan pada wajah si putri itu baik, dan elok sekali, untuk kemantapan rumahtangga berkeluarga. Tapi, awas, kecantikan yang bukan atau belum milik saudara itu berbahaya untuk dipandang-pandang, diulang-ulang pandang, ditenung-tenung dengan penuh rasa, kononnya menjiwai kecantikan makhluk ciptaan Yang Esa. Ya, memang indah ciptaan makhluk Yang Esa itu, tapi apakah saudara telah punya autoriti untuk menikmatinya. Kalau bukan yang saudara punya, tentu tidak boleh. Menceroboh namanya. Mengambil hak orang itu berdosa. Mahu jadikan ia hak anda? Berkahwinlah!

Saudara yang belum berkahwin!

Jagalah pandangan mata. Jangan biarkan ia terlepas liar, tambatlah pada tali taqwa berpelunggulkan iman. Janganlah biarkan pandang mata anda hinggap pada badan-badan manusia yang tidak bertutup, janganlah ia melihat pada manusia yang pakainya tak ubah seperti pembalut nangka, janganlah membiarkan ia melihat secara lutsinar pandangan pada objek-objek yang tidak sepatutnya, janganlah ia dibenarkan menikmati pemandangan bukit bukau dan lurah cerun yang tidak halal baginya, janganlah ia jatuh bertentangan lama mata antara dua jantina, kelak mengalir arus-arus syaitan yang berlari sepantas panahan, membawa virus bayang-bayangan dan ingatan, yang akan menjelma pada masa-masa depan, masa keseorangan, masa berangan-angan, masa khayalan, masa kesepian, kelak nanti mendorong kemaksiatan.

Katakan tidak pada syaitan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: