Selepas Kahwin : Mobile & Touch n Go

Enrty kali ini meminjam istilah mobile dan touch n go. Dunia moden lagi global hari ini menjadikan hidup adalah dinamik. Kita terpaksa bergerak untuk memenuhi keperluan hidup dan memperbaik taraf kehidupan. Untuk membawa dan menebarkan Risalah Ilahi juga kita perlu bergerak. Untuk mencari rezeki, perlu bergerak ke tempat kerja. Bahkan, ada orang yang kerja mereka adalah bergerak seperti pemandu lori panjang atau bas ekspres dan pegawai pemasaran. Untuk pulang menemui keluarga juga perlu bergerak ke rumah atau kampong. Alat pergerakan atau kenderaan menjadi keperluan bahkan kewajipan. Kos pergerakan atau selenggara kenderaan juga adalah kewajipan dan kepastian. Masa adalah sebahagian daripada elemen pergerakan.

Perpisahan dan berjauhan juga adalah perkara yang telah menjadi normal kehidupan hari ini. Demi kerjaya dan pendidikan yang akan menjamin kelangsungan kehidupan dan kebahagiaan keluarga, perpisahan dan berjauhan menjadi perkara yang terpaksa diterima dan dilalui dengan sabar. Perpisahan, perjalanan dan berjauhan telah menjadi rutin bagi sebahagian orang. Bagaimanapun, rutin ini bukanlah sesuatu yang secara semulajadi diingini oleh hati. Perasaan semulajadi menginginkan kebersamaan dan kedekatan.

Bersama kesenangan ada kesusahan. Sebelum kesenangan ada kesusahan. Bersama kegembiraan kelahiran seorang bayi, sebelumnya ada kesusahan 9 bulan seorang ibu mengandungkan bayinya, dan kesakitan antara hidup dan mati semasa melahirkan. Sebelum dewasanya seorang teruna yang kacak atau gadis yang cantik, sebelumnya bertahun-tahun kesusahan ibu bapa membesarkannya. Sebelum kesenangan menuai, ada kesusahan berbulan-bulan menanam dan menjaga pohonan. Sebelum enak merasai nikmat sepotong daging, sebelumnya kesusahan bertahun menternak haiwan dan kesusahan menyembelih, melapah kulit dan menyiang daging (jika anda pernah melakukannya). Demikianlah, sebelum setiap kesenangan pasti ada kesusahan yang mendahului, kesusahan yang perlu dihadapi dengan sabar, jika tidak, tidak ada kesenangan yang boleh dikecapi.

Demikianlah dalam hidup yang mobile hari ini. Kita memerlukan kekuatan untuk berpisah (sementara), kekuatan untuk menghadapi perjalanan yang boleh jadi jauh atau kerap dan kekuatan untuk tinggal berjauhan buat sementara. Semua orang tahu tentang cinta, kasih dan rindu. Justeru kasih, cinta dan rindu itu bertambah, mekar dan mengharum kerana adanya perpisahan dan berjauhan. Jika tidak pernah sakit, pasti tidak terasa nikmat sihat. Jika tidak pernah ada perpisahan dan berjauhan, pasti tidak terasa nikmat cinta, kasih dan rindu. Cinta, kasih dan rindu pasti melayu.

Pun begitu, pertemuan, kebersamaan, perpisahan dan berjauhan perlu diurus dengan baik. Jika tidak diurus dengan baik, bersamanya hadir risiko kekacauan rumah tangga. Keluarga touch n go perlu diurus dengan baik. Masa untuk bersama adalah terhad. Masa untuk menyentuh hati pasangan dan ahli keluarga / anak-anak adalah terhad. Oleh itu sentuhan yang diberikan mestilah satu sentuhan istimewa, bukan sentuhan biasa-biasa tetapi sentuhan yang telah diformulasi khas, sentuhan yang  telah dirancang rapi, bukan sentuhan semborono atau sentuhan ikut apa yang terlintas di hati.

Touch n go. Sentuh dan pergi. Tidak boleh selamanya kekal lama di sini, kita mesti pergi kerana ada keperluan dan kewajipan yang menunggu. Oleh itu, sebelum pergi, sentuhlah dengan sentuhan istimewa tadi. Kemudian, pergilah! turun ke medan, mencari rezeki, mencari mad’u, mencari nikmat Ilahi, menunaikan amanah, supaya nanti boleh kembali lagi. Sentuh dan pergi lagi. Demikianlah kehidupan sehingga akan tiba satu masa. Dinamik akan jadi statik. Hektik akan jadi relaks sikit. Biasanya apabila sudah melalui beberapa ketika yang cukup untuk mendewasakan seorang pemuda atau apabila muda mula merasai sedikit tua. Setiap benda ada masa dan gilirannya. Panas dan kemarau ada musimnya. Hujan pun ada musimnya. Gerhana ada masanya. Matahari terbit ada masanya. Matahari terbenam ada masanya. Hujan turun ada masanya. Hujan reda ada masanya. Demikianlah putih hitam kehidupan, suka duka perjalanan dan susah senang hayat di dunia yang fanaak.

Kesimpulannya, berjalan jauh dan berjauhan antara suami isteri (mobile) adalah sebahagian daripada realiti dan tuntutan hidup hari ini. Ia perlu dihadapi dengan sabar dan cabarannya perlu diurus dengan baik. Suatu masa akan tiba iaitu berjalan jauh dan berjauhan tidak akan berlaku lagi kerana dalam hidup ini setiap masa itu ada gilirannya termasuk susah dan senang. Apapun, buatlah air minuman limau yang sedap daripada sebiji limau yang masam! Anggaplah halangan sebagai cabaran. Puaskanlah hati dan bergembiralah dalam hidup dengan kejayaan melepasi setiap cabaran. Ayuh memaknakan hidup! biar apapun kehidupan yang kita ditakdirkan melalui. Anggaplah setiap detik kehidupan ini sebagai peluang. Peluang untuk meraih pahala. Dengan cara apa? Sabar mungkin adalah caranya!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: