Harta bukanlah pemberi mutlak kebahagiaan

Ada dua dimensi iaitu dimensi kesenangan dan dimensi kebahagiaan. Harta berada dalam dimensi kesenangan. Keadaan jiwa atau suasana hati berada dalam dimensi kebahagiaan. Banyak harta, hidup cenderung menjadi senang. Tenang hati, hidup cenderung menjadi bahagia.

Oleh yang demikian, orang yang banyak harta atau hidup senang tidak semestinya mencapai bahagia dan orang yang bahagia tidak semestinya orang yang hidup senang. Bagaimanapun, adalah mungkin untuk setiap orang untuk mencapai kedua-duanya iaitu hidup senang dan bahagia. Mungkin juga bagi orang untuk tidak mencapai keduanya, iaitu hidup susah dan tidak bahagia. Mungkin juga untuk orang mencapai salah satu saja daripadanya iaitu hidup senang tetapi tidak bahagia atau hidup bahagia tetapi dalam kehidupan yang susah.

Yang terbaik dan diimpikan oleh setiap orang pastilah hidup senang dan bahagia. Untuk mencapai hidup yang senang, pastilah bukan dengan peluh tubuh atau goyang kaki, tetapi dengan usaha, keringat dan air mata besertakan doa dan tawakkal pada Allah. Untuk mencapai bahagia pun bukan dengan berpeluh tubuh atau goyang kaki saja kerana bahagia bukanlah kurniaan percuma seperti udara tetapi bahagia adalah hasil usaha yang beserta doa dan tawakkal kepada Allah juga. Bagaimana untuk mengusahakan kesenangan hidup dan kebahagiaan, itu ada cara-caranya yang mesti dipelajari.

Orang yang banyak harta tidak semestinya memberikan kehidupan bahagia, tetapi banyaknya harta dan senangnya hidup boleh membantu mencapai kebahagiaan. Apabila hati telah tenang kerana senangnya hidup, kita akan mencapai bahagia. Tetapi jika hati tidak tenang walaupun hidup senang dan banyak harta, kita tidak akan merasa bahagia. Kesimpulannya, banyaknya harta dan senangnya hidup bukanlah penjamin kebahagiaan tetapi banyaknya harta dan senangnya hidup boleh membantu kita mencapai bahagia.

Kemiskinan mendekatkan kepada kekufuran bagi orang yang lemah iman. Lain kiranya dengan orang yang tinggi iman yang memilih untuk hidup dengan cara miskin walaupun dia mampu hidup dengan senang. Demikianlah juga perumpamaan kemiskinan dan kebahagiaan. Orang yang miskin, tidak banyak harta dan hidup susah cenderung untuk menjadi tidak bahagia jika dia lemah dalam menguruskan suasana hatinya. Lain kiranya dengan orang yang memilih untuk hidup dengan miskin atau biasa-biasa walaupun dia kaya dan banyak harta seperti Warren Buffet kerana bagi orang istimewa seperti ini, mereka telah mencapai ketenangan hati dengan hidup bersederhana walaupun mereka ada banyak harta dan mampu hidup mewah.

Ada pula orang yang tidak banyak harta dan hidup susah tetapi hidupnya bahagia. Orang seperti ini biasanya hati mereka bersih. Mereka berusaha sekuat yang mampu tetapi penghasilan mereka tidaklah seberapa. Mereka bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada. Mereka tidak tamak. Mereka merasa gembira dengan rezki yang ada dan hati mereka menjadi tenang.

Kesimpulannya, berusahalah mencapai kesenangan hidup dan kebahagiaan. Jika mencapai keduanya, Alhamdulillah. Jika hidup saja senang tapi hati tidak bahagia, itu ada yang tak kena dan mesti dibaiki segera. Jika sudah berusaha semaksimanya tetapi hidup tidaklah menjadi sangat senang, tidak mengapalah asalkan hati bahagia. Janganlah saja hidup susah dan hati pun merana.

Ayuh membina hidup bahagia!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: