Pengorbanan Cinta – Berjauhan

Tuntutan hidup dunia hari ini menyaksikan bahawa sesetengah suami isteri terpaksa hidup terpisah demi meneruskan kehidupan. Ada yang terpisah lama sampai hitungan bulan, ada yang terpisah lebih pendek dengan hitungan minggu dan ada yang terpisah dalam hitungan hari atau malam. Kalau dulu, kita dengar bahawa isteri pindah mengikut suami. Ada isteri yang berpindah tempat kerja kerana mengikut suami, ada isteri bertukar pekerjaan kerana mengikut suami, malah banyak juga yang berhenti kerja kerana mengikut suami.

Namun, tuntutan hidup hari ini kekadang menyaksikan bahawa isteri susah untuk mengikut suami kerana sukar mendapat kelulusan bertukar tempat kerja, atau sangat susah untuk bertukar pekerjaan kerana ketidakpastian akan mendapat kerja lagi atau tidak dan ketidakpastian akan mendapat kerja yang sama baik atau lebih baik atau sebaliknya. Ada juga isteri yang tidak mungkin berhenti kerja kerana terpaksa membantu suami menstabilkan ekonomi keluarga. Ada isteri yang tidak mungkin juga berhenti kerana dia sedang menyambung pelajaran dan dia tidak boleh bertukar tempat belajar kerana pelajaran yang dipelajarinya hanya ada di situ. Ada bermacam-macam sebab lagi yang menyebabkan suami isteri terpaksa rela hidup terpisah.

Demikianlah terjadinya keadaan bahawa suami isteri terpaksa rela hidup terpisah. Hakikat pertama daripada hal ini ialah inilah realiti kehidupan yang mesti diterima, sama ada mahu atau tidak. Maka hendaklah realiti hidup ini diterima seadanya dengan reda, semoga hati menjadi lebih dekat kepada ketenangan. Selama kita tidak mahu menerima dengan reda hakikat kehidupan ini bahawa kita terpaksa hidup terpisah sementara, selama itu hati tidak akan dapat tenang, dengan izin Allah.

Itulah pengorbanan cinta. Hidup terpisah sementara kerana pelbagai tujuan. Ada tujuannya kerana hendak mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa depan. Bahkan ada yang terpaksa hidup terpisah kerana belum ada peluang hidup bersama pada masa sekarang atau dengan kata lain terpaksa hidup terpisah kerana tuntutan pekerjaan, pelajaran, ekonomi dan sebagainya. Pendek kata, inilah kehidupan, hiduplah dengan bermakna dan berjuanglah memperbaikkan kehidupan dengan sabar merentasi waktu, bersama dengan perjuangan memperbaikkan iman, taqwa, ibadah dan hal yang seiring dengannya. Hidup ini adalah perjuangan, ujar kebanyakan orang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: