Kahwin Semasa Belajar – Perlaksanaan dan Cabaran

Sebahagian pelajar di peringkat pengajian tinggi membuat keputusan besar dan bersejarah iaitu untuk kahwin semasa belajar. Dapat difahami sebab yang akhirnya mendorong mereka untuk mengambil keputusan yang begitu berani dan mencabar. Cinta laki dan wanita bisa berputik seawal umur belasan tahun lagi apabila mencapai akil baligh. Dapat dibayangkan gelodak jiwa apabila usia sudah mencapai dua puluhan. Sedang dunia persekitaran pula penuh dengan ransangan keburukan. Menjaga agama ibarat menggenggam bara api. Keputusan untuk melangsungkan perkahwinan semasa belajar diharap dapat menyelamatkan hidup beragama. Apalagi jika kedua pasangan mempunyai misi yang besar, iaitu perkahwinan mereka untuk memantapkan penebaran Risalah yang dibawa.

Sudah dimaklumi bahawa perkahwinan semasa belajar tidak sama dengan perkahwinan sesudah pasangan berkerjaya. Berkahwin semasa belajar biasanya bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Pendapatan itu mungkin datang daripada biasiswa atau pinjaman pelajaran atau duit poket yang diberi ibu bapa atau duit simpanan atau pendapatan daripada kerja sambilan seperti berniaga kecil-kecilan atau makan gaji sambilan. Berkahwin semasa belajar juga bermakna tidak ada pembahagian masa yang jelas antara belajar dan keluarga seperti mana pembahagian masa yang jelas oleh orang yang sudah berkerjaya iaitu fokus kerja di pejabat dan fokus keluarga di rumah. Pelajar biasanya memang akan memperuntukkan sebahagian besar daripada 24 jam masanya untuk belajar. Namun, pelajar berkahwin yang bijak mampu untuk membahagikan masanya antara fokus keluarga dan belajar walaupun kekadang ia boleh jadi bertindan, malah lebih menguntungkan dan menjimatkan masa jika pandai diurus dengan bijak.

Pelajar yang mengambil keputusan untuk berkahwin semasa belajar perlu memahami hakikat ini, dan akur kepadanya sepanjang kehidupan pelajar selepas perkahwinan. Hakikat yang dimaksudkan ialah hakikat bahawa keluarga pelajar tidak sama dengan keluarga orang bekerjaya – iaitu keluarga pelajar lebih terhad kemampuan kewangan dan materialnya, berbeza pengurusan masanya dan lain-lain. Malah di satu sisi, keluarga pelajar lebih memiliki kebebasan masa berbanding keluarga orang berkerjaya. Oleh itu, keluarga pelajar tidak boleh membandingkan keadaan keluarga mereka dengan keluarga orang yang berkerjaya. Keluarga orang berkerjaya mungkin hidup senang dan mewah, namun keluarga pelajar belum mampu hidup sedemikian.

Menyedari hakikat ini dan akur kepadanya adalah sangat penting kepada pelajar yang berkahwin semasa belajar kerana ia akan menjadi sumber kekuatan kepada mereka untuk menghadapi kesusahan dan cabaran yang datang sepanjang hidup sebagai pelajar yang berkeluarga. Sekali kita telah berazam dan membuat keputusan untuk diri kita, kita hendaklah teguh berpegang kepada keputusan yang dibuat walaupun banyak masalah, kesusahan dan cabaran datang bertimpa-timpa. Itu semua untuk menguji kita, menguatkan kita, mematangkan kita dan memberikan kita pahala asal saja kita teguh dan sabar meghadapinya dengan penuh harap dan percaya pada Allah, tanpa keluhan dan kekesalan pada-Nya.

Kesimpulan pertama; nilailah dulu kekuatan diri kita dan beristikhorohlah sebelum kita tekad untuk membuat sesuatu keputusan, sebelum kita sanggup untuk menerima sesuatu amanah. Jika kita kuat, terimalah amanah itu dan laksanakanlah keputusan yang dipilih dengan penuh keazaman. Sekali kita membuat keputusan, berpegang teguhlah kepada keputusan yang dibuat sekalipun selepasnya banyak cabaran mendatang. Kuatkanlah semangat menghadapi cabaran dan hormatilah keputusan yang telah kita buat dan pilih untuk diri kita sendiri, janganlah berputus asa dan berpaling ke belakang, menapak dan maralah ke hadapan dengan sabar dan tenang. Iringilah usaha dengan pergantungan kepada Allah melalui doa.

Kesimpulan kedua; setelah menilai diri kita dan mendapati diri kita belum cukup kuat untuk menerima amanah (berkahwin semasa belajar), binalah dulu kekuatan. Tetapi kekadang kekuatan itu dibina selari dengan penerimaan amanah. Maksudnya, amanah diterima sambil membina kekuatan diri untuk membawa amanah itu. Ia subjektif. Oleh kerana itu, kita ada pilihan untuk Istikhoroh.

Ayuh Istikhoroh! Mungkin Istikhoroh ini akan melahirkan keputusan yang akan membina hidup kita yang bahagia, yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Siapa tahu kecuali Allah.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    Fathulhakim89 said,

    Assalamualaikum, maqolah ini sangat baik, terutamanya untuk menjadi bahan bacaan para mahasiswa/wi. Firman Allah (( Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luaJika s (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.)). Sayang sangat Allah pada kita semua, bila seseorang itu patuh pada Syariatnya, banyak pertolongan yang akan diberikan. W’lam.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: