cinta remaja belia

Lalu, apa? Salahkah cinta? Bukankah kita dijadikan berlainan bangsa dan jantina, supaya saling mengenal dan bercinta? Jangan hendaknya kita saling bergaduh dan huru hara sesama kita? Cinta masa remaja, itu kan seperti satu fasa persediaan menghadapi hidup sebenar berumahtangga? Kalau saling tak mengenal, bagaimana mahu membina bahagia di masa depan sana?

Ya, remaja. Kami pun pernah remaja, dan kami amat memahami jiwa remaja. Remaja memang butuhkan (perlukan) cinta. Ya, cinta memang tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada salahnya pada cinta. Setiap orang membutuhkannya. Maka, tika engkau sudah membutuhkannya, wahai remaja, bercintalah kamu dengan cinta yang benar dan sebenar. Iaitu kahwinlah! Kerana inilah satu-satunya jalan pembuka tirai cinta yang benar dan menjanjikan kehidupan paling bahagia.

Tapi, kami tahu, bukan sedikit dari kalian yang terkejut, apabila kami menganjurkan kepada kalian “Kahwinlah!”. Ya, kami tahu kalian masih belum bersedia. Masih terlalu awal kata kalian. Belum bersedia, boleh di”sedia”kan. Bersedialah mula sekarang. Masih terlalu awal? Itu kata kalian tika belum kahwin. Sesudah kahwin, kami seperti yakin bahawa kalian akan mengubah jawapan, malah dengan penyesalan, “kenapa aku tidak kahwin lebih awal?”, dan baru kalian tahu bahawa ia bukan masih awal, tapi telah lewat untuk kalian kahwin. Tapi, apabila telah lewat tidak bermakna kalian memperlewatkan lagi, kerana “alang-alang” sudah terlewat. Tapi, justeru, kerana telah terlewatlah, kalian perlu bersegera, secepatnya, berkahwin.

Telah tiba masanya. Kalian membutuhkan cinta. Cinta dari seseorang yang istimewa. Yang lain jantina. Yang akan memenuhi keperluan. Sosiologis, biologis, psikologis dan lain-lainnya. Maka, berkahwinlah, apabila kalian telah mampu. Kenapa kalian tidak berani untuk mencari cinta yang halal? Tapi, berani kalian mencuba-cuba, mencari cinta yang haram? Yang bukan milik kalian. Kalian mengambilnya, walaupun si dia mungkin suka (ie redha), tapi bagaimana dengan si Dia? Anda telah melewati batas-Nya? Tidakkah kalian takut pada Allah untuk mencari cinta yang belum dihalalkan pada anda. Cinta tetap cinta. Sebelum atau selepas kahwin, ia tetap cinta. Yang berbeza, hanya dosa dan pahala. Saham neraka atau pelaburan syurga. Anda diberi pilihan untuk memilihnya. Maka, kahwinlah!

Apalah yang ada kurangnya pada perkahwinan? Ia penghancur sebuah keseronokan? Ia pengakhir masa bujang? Ia penamat masa keremajaan? Ia pengikat kebebasan? Ia mengeluarkan kita dari medan keseronokan dosa dan hawa? Itulah racun-racun syaitan. Yang mahu memperpanjangkan tempoh bujang, tempoh keseorangan, tempoh kesepian, tempoh kesengsaraan, membuka jalan-jalan noda, sedang kalian telah membutuhkan hadirnya cinta, terdampingnya seseorang secara sah, halal dan aman.

Perkahwinan, adalah sebuah penyelesaian kepada masalah berpanjangan remaja yang memerlukan teman. Ia adalah sebuah keperluan. Ia adalah pintu keselamatan. Ia mengumpulkan pahala dan menjauhkan dosa. Ia mematangkan fikiran. Ia membahagiakan. Ia adalah sumber ketenangan, kestabilan, kesejahteraan. Berkahwinlah! Kalian yang telah berkemampuan.

Betapa ramai kalian yang telah membutuh dan menginginkan, serta mencita-citakan sebuah kehidupan lengkap perkahwinan yang membahagiakan, tetapi belum berkemampuan. Berdoalah supaya Allah mempermudahkan! Berusahalah mempersediakan segala kelengkapan. Persediaan dalaman dan luaran. Ilmu dan iman, finansial, material dan lain-lain.

Kalian yang belum berkemampuan!

Bersabarlah dan jagalah diri dari terjerumus ke lembah larangan dan kehinaan. Berpuasa dan jaga pandangan mata, adalah dua kunci utama, yang akan banyak menyelamatkan jiwa dan iman.

Janganlah cuba mendekati yang belum halal buat kalian, baik orangnya atau perbuatan. Sekalipun, ia (terutama ‘orangnya’) akan menjadi halal pada masa depan, tapi sekarang ia belum. Belum halal, dan belum masanya. Ia belum milik kalian. Sang lelaki, janganlah kalian mendekati si perempuan. Sekalipun, ia akan jadi milik kalian, di masa depan. Kerana sekarang, ia masih haram. Ia belum milik kalian. Tidak ada alasan. Masa depan tidak akan pernah menghalalkan masa sekarang. Perkahwinan dan bukan perkahwinan adalah perbezaan. Sekalipun, kalian telah mengikat janji setia akan melangsungkan perkahwinan, janji setia adalah janji setia. Janji setia bukanlah perkahwinan. Janji setia tetap tidak menghalalkan apa yang haram. Hanya perkahwinan, jalan syarie yang bisa menghalalkan.

Kalian yang belum berkemampuan dan belum berikat janji setiaan!

Janganlah kalian saling berdekatan dengan alasan, mahu saling berkenalan, supaya serasi dan bisa mengikat persetiaan. Yang haram tetap haram dan yang halal hanyalah yang telah jelas halalnya. Kebahagiaan adalah milik Allah. Kebahagiaan masa depan, Dia yang anugerahkan. Siapa yang dekat dengan-Nya, beriman pada-Nya, patuh pada arahan-Nya, akan dikurniakan kebahagiaan perkahwinan. Bagaimana kalian mahu dapatkan kebahagiaan masa depan yang dimilik Tuhan itu, jika kalian awal-awal lagi telah tidak patuh pada-Nya? Mahukah kalian memberikan sesuatu milik kalian kepada seseorang yang tidak mahu mengikut kata kalian, tidak mahu patuh pada arahan kalian. Kebahagiaan bukanlah dicari dengan keserasian sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah banyaknya perjumpaan antara bakal pasangan atau kerapnya pertemuan atau kebersamaan sebelum perkahwinan. Pembentuk kebahagiaan masa depan bukanlah acapnya perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, tetapi penjamin kebahagiaan masa depan adalah bersihnya masa sebelum kahwin dari dosa-dosa dan laku yang haram. Penjamin kebahagiaan masa depan adalah ketaqwaan kepada Allah pada masa sebelum kahwin, dengan menjaga halal haram perhubungan, dan menjauhi maksiat perjantinaan. Makin banyak perbualan, perkongsian, senda gurau dan intim mesra sebelum perkahwinan, makin sedikitlah yang berbaki untuk selepas perkahwinan. Manis telah disepah awal-awal, madu telah dihisap sebelum masa, maka tinggallah tawar dan hambar sahaja apabila masa yang sepatutnya telah tiba. Allah pun tidak mahu lagi menambahkan bahagia pada hamba-Nya yang telah awal-awal gelojoh, tamak dan derhaka pada-Nya. Kerana itu, tidak hairan kita melihat dalam ummah, manis dan gemilang pasangan sebelum perkahwinan, tapi bercerai berai setelah disatukan. Pelikkan? Padahal, setelah disatukan (dengan halal lah) justeru semakin padu keserasian, perpaduan, kemanisan, dan kegemilangan kebersamaan. Pokoknya, kerana melanggar arahan Tuhan, nikmat dunia lagi akan kehilangan.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    amad said,

    sangat suke dengan entri ni..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: