Nasihat Untuk Orang Nak Kahwin

Alhamdulillah kalau  akhi / ukhti dah nak kahwin. Banyak kebaikan kahwin. Nabi pun sangat suka dan anjurkan. Cuma, nak kahwin kenalah rancang bebaik dulu, tak boleh semborono je, kelak hidup selepas kahwin pun semborono juga. So insyaAllah kita rancang sikit kerana Allah suka mukmin yang tersusun kerjanya dan terancang rapi. Jadi hidup pun akan jadi terancang dan bahagia insyaAllah.

Apapun, kesediaan jasmani, ruhani dan mental adalah perlu. Namun, kesediaan material dan kewangan pun perlu. Wang bukanlah segala-galanya, wang bukanlah sumber mutlak kebahagiaan, tetapi untuk mencapai bahagia, wang adalah salah satu alatnya dan memain peranan penting juga. Wang yang diperlukan ialah wang yang mencukupi, bukan lebih atau kurang. Jika lebih, tak apalah, bonus katanya, dan boleh didermakan. Tapi wang kalau tak cukup, payah juga, apa lagi nak menderma. Cukup tak cukup wang itu boleh dikira insyaAllah. Namun definisi kecukupan pun subjektif dan boleh jadi pelbagai. Orang gaji kecil, tak cukup wang, itu biasa didengar. Orang gaji besar tak cukup wang, itu pun biasa juga. Kenapa? Kerana kecukupan wang itu bukanlah semestinya pada banyak sikit pendapatan, tapi pada ‘bagaimana’ mengurus belanjanya. Jika dapat sikit belanja sikit insyaAllah ok. Dapat besar belanja besar, ok tapi tak berapa ok sangat. Dapat besar belanja sekadar perlu, yang lebih simpan dan derma, ini bagus. Paling bahaya dan cacamerba, dapat sikit belanja bukan main besar, ini sangkut hutang dan muflis.

Yang diperlukan ialah keimanan pasangan yang hendak dikahwini. Pasangan yang dikahwini kerana dia beriman dan bagus takwanya, insyaAllah dia miliki kefahaman yang tinggi terhadap agama dan akan baik dalam ketaatan pada suami dan mengurus hidup dan belanja rumah tangga. Isteri yang taat dan rela bersusah payah dengan suami insyaAllah akan memberi hidup yang bahagia walaupun pendapatan suami tak seberapa. Inilah isteri ala Fatimah isterinya Saidina Ali yang miskin. Yang bahaya ialah kalau isteri dikahwini kerana kecantikannya atau kekayaannya, kerana orang yang mengagungkan kecantikan dan kekayaan punya cenderung yang besar untuk belanja besar, mewah dan membazir. Wanita yang suka melaram dan bercantik-cantik di khalayak dan bukan pada suami sahaja, suka berfesyen di khalayak dan sentiasa ikut aliran fesyen semasa, kata orang kos penyelenggarannya mahal kerana baju-baju, pakaian, alat soleknya dan segala aksesorinya adalah mahal-mahal. Wanita yang mukmin, dan bertaqwa hanya melaram dan bercantik dalam rumah atau bilik bersama dan untuk suaminya sahaja. Disebabkan hal yang demikian kos pakaian dan perhiasannya tidaklah menggunung tinggi kerana ruang masa dan tempat pemakaiannya terhad di rumah dan untuk suami sahaja. Isteri yang baik adalah isteri yang pandai mengatur perbelanjaan dapur dan rumah tangga sesuai dengan pendapatan suaminya.

Isteri yang berkat adalah isteri yang murah maharnya (termasuk duit hantaran). Cuma dalam masyarakat kita sekarang, orang takut nak letak duit hantaran murah, walaupun hati nak, sebabnya takut dikata oleh masyarakat, tak ada nilai, tak ada maruah (bagi belah perempuan) dan kedekut (bagi belah laki). Adabnya, kalau cikgu harga taraf sekian, jurutera taraf sekian, doktor taraf sekian, padahal islam tak pernah mengajarkan taraf / nilai mahar (wang hantaran) ikut kelas dalam masyarakat. Bakal isteri yang bagus adalah bakal isteri yang berani menjuarai perubahan adat ini dalam masyarakat, iaitu berani untuk meletakkan mahar / wang hantarannya murah walaupun dia berstatus doktor atau usahawan berjaya kerana dia yakin bahawa maruah dirinya bukanlah pada kerjayanya sebagai doktor atau apa-apa, tetapi maruah dirinya adalah pada keimanan dan ketaqwaannya serta kesanggupannya mengikut anjuran Rasulullah iaitu meletakkan mahar yang murah. Cabaran biasanya ada apabila ibubapa atau keluarga susah hendak menerima hakikat ini. Maka demi menjaga silaturrahim, bakal isteri tidak perlulah berkeras 100% untuk meletak mahar rendah jika ibu bapa enggan terima, kerana meletakkan mahar murah itu adalah sunnah yang dianjurkan, bukanlah wajib tetapi berbuat baik kepada ibu bapa adalah kewajipan seoranga anak. Maka imbang-imbangkanlah. Apapun, perkara penting dari hal ini ialah kesediaan seorang bakal isteri untuk meninggikan maruahnya dengan anjuran Islam iaitu meletakkan mahar yang murah.

Mahar yang murah adalah rezki kepada bakal suami kerana tidak terbeban oleh timbunan wang yang perlu disediakan untuk menghalalkan perhubungan antara dua jantina. Pun begitu, bakal suami perlulah bersedia untuk memberi lebih sebagai tanda kasih sayangnya kepada isterinya. Kerja keras seorang bakal suami untuk mendapatkan wang untuk seterusnya mendapatkan seorang isteri secara halal dan sah adalah bergantian dengan pahala yang membawa ke syurga insyaAllah. Kerja penat itu tidak sia-sia kerana berpahala.

Kesimpulan bagi kedua-dua belah pihak ialah berimbang. Pertengahan itu baik. Kesediaan bakal isteri untuk ambil kurang dan kesediaan bakal suami untuk memberi lebih membawa kepada nilai akhir yang pertengahan, sederhana dan ia baik untuk semua insyaAllah.

Majlis pernikahan dan kenduri buatlah mengikut kemampuan, yang terbaiknya sederhana dan berpada-pada. Yang penting ialah kesetujuan kedua-dua belah pihak terhadap saiz apa sambutan yang hendak dibuat dan kemampuan mencapainya. Meriah itu penting kerana katanya ini sekali seumur hidup, tetapi yang lebih penting ialah keberkatan daripada majlis itu, kerana keberkatan itu bukan hendak diguna sekali dalam hidup, tetapi setiap hari dalam hidup selepas perkahwinan. Jadi, kalau ada elemen-elemen yang tidak berkat dalam majlis perkahwinan dan kenduri, eloklah buangkan jauh-jauh seperti pembaziran,hiburan lagho, pergaulan bebas laki perempuan dan lain-lain.

Nilai hidup ini bukanlah pada secantik mana isteri yang kita ada atau setampan mana suami yang kita punya, atau sebanyak mana gaji kita, atau rumah besar mana kita duduk atau kereta apa kita pakai, atau telefon model apa kita guna, atau siapa bapa atau mertua kita. Nilai hidup suami isteri adalah pada bagaimana pasangan suami isteri mengurus hidup hariannya dengan menghormati syariah Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya serta meningkatkan ketaqwaan dan keimanan. Berawaslah kerana keseronokan selepas baru berumahtangga boleh melalaikan manusia daripada Robb dan Ilahnya. Berkatkah hidup kalau sudah jauh dari Robb dan Ilah?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk bakal pengantin dan pengantin baru dan lama yang berusaha memperbaguskan hidup keluarga.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    bento said,

    ni xsabar2 nk kahwin ni..
    =)


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: