Urus Harta dan Wang

Urus Harta dan Wang – Pendapatan

Pengurusan sangat penting, dalam apa saja. Masa yang banyak hilang, terbazir dan tidak menjana banyak manfaat jika tidak diurus rapi. Demikianlah harta dan wang. Harta dan wang yang banyak boleh berkurang begitu sahaja, entah ke mana menghilang tanpa dirasa manfaat yang diperoleh dari perbelanjaannya, jika tidak diurus dengan bijak.

Harta dan wang diperolehi melalui pendapatan. Dengan wang boleh membayar mas kahwin, membayar hantaran, membelanjakan kenduri dan sambutan perkahwinan. Dengan wang boleh membeli harta. Dengan wang boleh membeli kereta untuk dinaiki dan rumah untuk diduduki. Orang yang mempunyai pasangan hidup yang baik, kenderaan yang baik (menyampaikannya ke destinasi), dan rumah yang baik (tempat berteduh dan berehat) insyaAllah sebahagian hidupnya akan baik. Dengan wang boleh membeli tanah, emas, bangunan, membuka perniagaan dan sebagainya. Dengan wang jugalah untuk bersedekah, berzakat, mewakafkan, berhaji, berumrah, dan sebagainya.

Pendapatan diperoleh biasanya dengan bekerja baik berniaga, makan gaji, bekerja sendiri dan sebagainya. Selain bekerja, pendapatan tambahan boleh diperoleh dengan cara-cara lain. Antaranya ialah melabur seperti dalam amanah saham, pelaburan tetap dan sebagainya. Cuma hendaklah dipastikan agar pelaburan itu adalah halal. Yang penting adalah berkat dalam hidup. Tidak ada guna banyak dapat duit tapi tak berkat. Ada orang berniaga iaitu membeli dan menjual untuk mendapatkan pendapatan, contohnya membeli emas pada harga semasa dan menjualnya pada masa depan iaitu pada harga lebih tinggi kerana harga emas sentiasa naik.

Macam-macam cara orang berniaga. Ada orang membeli tanah atau rumah pada harga semasa dan menjualnya pada masa depan iaitu pada harga yang lebih tinggi. Tidak ada lagi rasanya kedengaran orang membeli kereta pada harga sekarang dan menjualnya pada masa depan dengan harga lebih tinggi. Ada orang membeli rumah atau membina rumah dan menyewakannya untuk mendapatkan pendapatan. Ada orang membeli sesuatu dan menjadikannya asset serta disewakan untuk menjana pendapatan seperti menjadikan asset dan menyewakan khemah dan meja kerusi kenduri, pinggan mangkuk dan periuk kuali, sistem pembesar suara (audio visual), pemancar LCD dan skrin, pentas, pelamin, pakaian pengantin dan sebagainya.

Urus Harta dan Wang – Perlindungan

Wang dan harta yang dimiliki, malah diri kita sendiri dan keluarga mestilah dilindungi daripada perkara yang tidak diingini. Jika kita sebagai orang yang menyara keluarga tiba-tiba sakit tenat, tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga, atau kita meninggal dunia, siapakah yang akan menyara dan melindungi keluarga? Jika kita kemalangan atau jatuh sakit, siapakah yang akan menanggung kos perubatan kita yang makin hari makin mahal? Siapakah yang akan menanggung kos pembaikian atau kerugian kenderaan yang terlibat kemalangan? Siapa yang akan membantu menghadapi kerugian jika rumah terbakar atau dicuri atau rosak atau musnah terkena gempa bumi, banjir atau kejadian alam lain. Siapakah yang akan menanggung kehidupan dan biaya perubatan masa tua kita jika masih diizinkan Allah untuk menghirup udara? Siapakah yang akan menanggung pendidikan masa depan anak kita?

Takaful adalah system pengurusan kewangan Islam yang bersedia untuk membantu kita pada masa memerlukan, masa kesusahan dan masa kelemahan. Kita hendaklah menyertai system takaful. Takaful ialah sebuah dana bersama yang dimiliki oleh sekumpulan orang yang sama-sama bersetuju untuk mewujudkan dana untuk sama-sama membantu ahli kumpulan takaful yang memerlukan bantuan semasa kesusahan atau ditimpa cubaan hidup. Takaful dan insuran walau bagaimanapun tidak sama, walaupun nampak seperti serupa. Takaful halal sementara insuran haram. Takaful seumpamanya perkahwinan manakala insuran seumpamanya zina. Demikianlah perbandingan mudah halal dan haram. Perbahasan fikah mengenai halal haramnya dibahaskan cendikiawan di pelbagai kesempatan, penulisan dan penerbitan. Oleh itu, kajilah pelbagai produk bantuan kewangan yang ada dan pilihlah takaful.

Urus Harta dan Wang – Pewarisan

Apabila seseorang meninggal dunia, menurut system di Malaysia, asset dan kewangannya dalam bank akan dibekukan. Keluarga hanya dapat menuntut dan mendapatkannya dengan segera jika si mati telah membuat Wasiat. Jika tidak, keluarga terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga asset dicairkan. Oleh itu, buatlah wasiat sekarang kerana kita tidak tahu mati kita bila. Pergilah kepada badan atau agensi yang menguruskan wasiat dan buatlah wasiat agar keluarga senang walaupun selepas kita kembali ke rahmatullah.

Semoga roh kita diberkati Allah. Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: