Antara Ibu, Bapa, Suami, Isteri, Anak-Anak

Untuk seorang lelaki, jika dia belum menikah, selepas Allah swt dan Rasul saw, ketaatan, kasih sayang, kebaikan dan perhatian wajar diberikan kepada ibunya, ibunya, ibunya dan ayahnya. Ibunya telah mengandungkannya selama kurang 3 bulan setahun dengan penuh keberatan dan keberatan, menyusukannya 2 tahun dan membesar dan mendidiknya selama bertahun-tahun sehingga ia dewasa. Ayahnya telah mencarikan nafkah untuknya dan membesarkannya bertahun-tahun sejak ibunya mengandungkannya hinggalah ia dewasa. Kemudian hendaklah ia memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada adik beradiknya, datuk neneknya dan kaum kerabatnya, dan jiran-jirannya serta guru-guru dan masyarakatnya.

Untuk seorang lelaki, jika dia telah menikah, selepas Allah swt dan Rasul saw, ketaatan, kasih sayang, kebaikan dan perhatian wajar diberikan kepada ibunya, ibunya, ibunya dan ayahnya. Ibunya telah mengandungkannya selama kurang 3 bulan setahun dengan penuh keberatan dan keberatan, menyusukannya 2 tahun dan membesar dan mendidiknya selama bertahun-tahun sehingga ia dewasa. Ayahnya telah mencarikan nafkah untuknya dan membesarkannya bertahun-tahun sejak ibunya mengandungkannya hinggalah ia dewasa. Kemudian hendaklah ia memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada isterinya, wanita di belakang tabir kehidupannya, sumber inspirasi dan pendokongnya, pengurus rumah tangganya dan ibu kepada anak-anaknya. Kemudiaan kasih sayang, perhatian dan didikan kepada anak-anaknya yang menjadi permata hati, khabar gembira dan penghapus segala duka dan penat lelahnya. Kemudian hendaklah ia memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada adik beradiknya, datuk neneknya dan kaum kerabatnya, dan jiran-jirannya serta guru-guru dan masyarakatnya.

Untuk seorang wanita, jika belum menikah, selepas Allah swt dan Rasul saw, ketaatan, kasih sayang, kebaikan dan perhatian wajar diberikan kepada ibunya, ibunya, ibunya dan ayahnya. Ibunya telah mengandungkannya selama kurang 3 bulan setahun dengan penuh keberatan dan keberatan, menyusukannya 2 tahun dan membesar dan mendidiknya selama bertahun-tahun sehingga ia dewasa. Ayahnya telah mencarikan nafkah untuknya dan membesarkannya bertahun-tahun sejak ibunya mengandungkannya hinggalah ia dewasa. Kemudian hendaklah ia memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada adik beradiknya, datuk neneknya dan kaum kerabatnya, dan jiran-jirannya serta guru-guru dan masyarakatnya.

Untuk seorang wanita, jika dia telah menikah, selepas Allah swt dan Rasul saw, ketaatan, kasih sayang, kebaikan dan perhatian wajar diberikan kepada suaminya. Suaminya adalah pemberi nafkah kepadanya dan kepada anak-anaknya. Suaminya adalah pelindungnya dan anak-anaknya. Suaminya adalah sumber kasih sayangnya.  Suaminya adalah kepala keluarganya dan bapa kepada anak-anaknya. Selepas suaminya, perhatian, kasih sayang dan kebaikan wajar diberikan kepada ibunya, ibunya, ibunya dan ayahnya. Ibunya telah mengandungkannya selama kurang 3 bulan setahun dengan penuh keberatan dan keberatan, menyusukannya 2 tahun dan membesar dan mendidiknya selama bertahun-tahun sehingga ia dewasa. Ayahnya telah mencarikan nafkah untuknya dan membesarkannya bertahun-tahun sejak ibunya mengandungkannya hinggalah ia dewasa. Kemudiaan kasih sayang, perhatian dan didikan hendaklah diberikan kepada anak-anaknya yang menjadi permata hati, khabar gembira dan penghapus segala duka dan penat lelahnya. Kemudian hendaklah ia memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada adik beradiknya, datuk neneknya dan kaum kerabatnya, dan jiran-jirannya serta guru-guru dan masyarakatnya.

Banyak pihak yang perlu dilayan. Mengetahui dengan pasti keutamaan pihak yang perlu dilayan terlebih dahulu boleh mengurangkan keserabutan fikiran dalam pengurusan layanan. Layan semua, tapi layan yang lebih utama terlebih dahulu, layan pihak yang kurang utama kemudian dengan penuh kehormatan kepada pihak yang dilayan kemudian. Atau banyak layanan ditujukan kepada pihak yang utama dan sebahagian kecil kepada pihak yang kurang utama, tanpa merendah-rendah atau memandang remeh pihak yang kurang utama. Jika sekiranya pihak yang utama hadir tatkala sedang melayan pihak yang kurang utama, maka hormatilah pihak yang kurang utama dengan mendapatkan keizinan mereka agar anda boleh melayan pihak yang utama terlebih dahulu. Pihak yang kurang utama itu tidak bermakna ia hina dan pihak yang utama itu tidak bermakna ia mulia. Kerana kemuliaan itu adalah pada taqwa, sedang keutamaan itu adalah menurut aturan Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahui.

Menguruskan layanan dan siapa yang dilayan dan siapa yang diutamakan perlu diperhalusi dan diawasi kerana ia bukan sekadar persoalan etika dan sopan santun, tetapi persoalan tanggung jawab, amanah, dosa dan pahala kerana ia adalah perintah Yang Esa. Rupa-rupanya setiap kita adalah pelayan! Bagaimanakah kualiti layanan kita?

Advertisements

6 Respons so far »

  1. 1

    kak meen said,

    tahniah buat kedua ibu dan ayah baru, papa dan mama zahir dan izza.

    a nice reminder we have here. Cuma perlu diingat, dalam soal ketaatan, memang mengikut prioritas seperti yg dicoretkan di atas, namun pada apa keadaan jua, berbuat baik pada kedua ibu bapa, tetap menjadi tanggung jawab si anak, walaupun sudah bergelar isteri, apa tah lagi suami….

    jangan keliru antara ketaatan dan berbuat baik ni.

    wallahualam.

  2. 2

    hargun said,

    kenapa judul blognya seperti itu pak…

    • 3

      ayuhkitamaju said,

      judulnya ayuhkitamaju kerana mahu mengajak kita semua untuk maju duniawi dan ukhrawi. tema blognya ‘ingat mati? anda bijak’ adalah untuk mengingatkan agar kita juga maju untuk akhirat.

  3. 4

    Fazenne said,

    Tahniah, cuma, jangan lupa kepada ibu dan bapa mertua. Bagi yang telah berkahwin, taraf ibu dan bapa mertua hmapir menyamai ibu dan bapa sendiri…

    Wallahu a’la wa a’lamu bissawab…

  4. 5

    Tahniah!

    Artikel yang baik

  5. 6

    ida said,

    nice artikel. izinkan saya copy untuk diabadikan dalam blog saya.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: