Pertunangan adalah Pertunangan

Pelbagai perkara boleh disebutkan tentang pertunangan. Pertunangan sebagai pintu kepada perkahwinan. Pertunangan sebagai ikatan awal. Pertunangan sebagai perkenalan. Pertunangan sebagai tempoh merancang dan sebagainya.


Apapun yang disebut tentang pertunangan, pertunangan adalah tetap pertunangan. Lebih tegas, pertunangan bukanlah pernikahan. Oleh itu, kita khususnya para aktivis Islam hendaklah selayaknya mengendalikan pertunangan sebagaimana ia sepatutnya.


Kita tahu sebab kita hendak berkahwin. Antaranya kerana kita hendak menjaga kesucian diri, merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan. Kita bertunang kerana kita hendak kahwin. Oleh itu, pertunangan kita mestilah mendokong perkahwinan. Jika perkahwinan kita adalah kerana hendak menjaga kesucian diri, merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan, maka sepanjang tempoh pertunangan kita hendaklah diisi dengan urusan yang menjaga kesucian diri, merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan.

Menjaga kesucian diri, merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan sepanjang tempoh perkahwinan tidak bercanggah sama sekali dengan urusan sepanjang pertunangan seperti perkenalan antara pasangan, perkenalan antara bakal mertua dan menantu, perkenalan antara keluarga pasangan, serta urusan-urusan perancangan perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin yang berlangsung antara pasangan. Urusan dan cara melakukan urusan adalah dua hal yang berbeza. Urusan-urusan yang tersebut adalah urusan yang halal, bahkan perlu selama mana ia dilakukan dengan cara yang halal pula. Urusan halal yang sama bagaimana pun boleh jadi sebaliknya jika ia dilakukan dengan cara yang tidak halal pula. Kalian lebih mengetahui cara-caranya. Tinggal memilih saja, yang mana.

Teknologi adalah salah satu anugerah Allah yang sangat patut disyukuri, malah perlu digunakan sepanjang tempoh pertunangan untuk memudahkan urusannya. Gunalah teknologi dengan menjaga kesucian diri, merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan sepanjang tempoh pertunangan, insyaAllah urusan dipermudahkan-Nya. Penggunaan teknologi dengan cara yang betul banyak dapat menyelamatkan pasangan pertunangan daripada tergelincir dari landansan syariah. Namun, tetaplah berawas kerana teknologi juga boleh memacu keingkaran jika tersalah guna akibat kealpaan kerana terlalu gembira atau seronok. Pokok pertimbangannya ialah berurusanlah atas perkara yang perlu dan wajar, serta lakukanlah urusan dengan cara yang wajar dan patut, tidak lebih, tidak kurang. Jika perlu berurusan, maka berhubunglah dengan wajar. Jika tidak perlu berurusan, tidak perlulah mencipta-cipta urusan atas kemahuan sebenar untuk berhubung semata-mata, kerana perhubungan ini adalah atas dasar pertunangan, bukan perkahwinan.

Keseimbangan pula adalah salah satu nilai yang perlu dan penting dalam perhubungan antara pasangan tunang dalam urusan pertunangan baik perkenalan diri, perancangan perkahwinan dan sebagainya. Menjaga diri daripada terlampau dalam perhubungan pertunangan adalah jelas sekali bertepatan dengan tuntutan Islam. Namun, penjagaan diri daripada terlampau dalam perhubungan itu tidak pula sepatutnya membantutkan urusan perancangan perkahwinan.

Urusan perancangan perkahwinan sepatutnya dijalankan dengan lancar sambil menjaga batas-batas perhubungan. Di sinilah peranan keseimbangan agar tidak melampaui batas dan tidak pula mensia-siakan tempoh pertunangan sebagai masa persiapan untuk perkahwinan.

Mengetahui dengan jelas tujuan berbuat sesuatu dan bersedia untuk taat kepada peraturan syariah dalam berbuat sesuatu adalah kunci kepada kejayaan termasuk kejayaan melangsungkan urusan pertunangan hingga sampai ke pernikahan. Memang tidak ada garisan putih dan hitam yang jelas yang menandakan sempadan dan batas kerana tandaan fizikal sedemikian tidak perlu apabila hati sendiri telah putih dan ia akan sentiasa mencari kawasan putih dan berhenti di sempadan apabila di seberangnya adalah kawasan hitam dan dia akan berundur kembali ke tengah kawasan putih dan menjauhi kawasan hitam.

Jagalah hati dalam pertunangan, insyaAllah Allah menjaga urusan pertunangan dan perkahwinan kita, serta memudahkan dan memberkatinya, amin!

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    nuar said,

    Saya tidak memahami apa yg diterangkan oleh anda tentang teknologi dan kaitannya dengan pertunangan. Boleh anda perjelaskan… (kalau boleh dgn contoh). Terima kasih.

    • 2

      ayuhkitamaju said,

      kepada Nuar
      teknologi yang dimaksudkan dalam pertunangan terfokus kepada teknologi komunikasi baik berbentuk teks, audio atau video seperti email, chatting, sms, panggilan telefon, pesanan suara, mms, dan lain-lain. Semuanya boleh membantu proses persediaan perkahwinan sepanjang pertunangan asalkan digunakan dalam batas syariah, digunakan sekadar keperluan, tidak melebihi batas seperti bergayut berjam-jam, berborak saja-saja untuk bergurau senda dan melepaskan perasaan, meng’ayat’, meng’urat’ dsb (anda maklum). terima kasih


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: