Memahami Isteri dan Suami (2)

Perbezaan lelaki dan wanita dalam cara fikir atau keutamaan logik atau perasaan adalah terbuka untuk diberi respon. Ia boleh direspon secara positif atau negatif. Untuk memberikan respon yang positif, pemahaman terhadap cara fikir dan cara pandang pasangan kita yang berlainan jantina diperlukan. Selain pemahaman, sikap toleransi diperlukan. Suami perlu memahami isteri. Suami perlu meletakkan dirinya di tempat isteri dan cuba menilai, berfikir dan memandang seperti cara nilai, fikir dan pandang isteri. Pada masa sama, isteri juga perlu memahami suami. Isteri perlu meletakkan dirinya di tempat suami dan cuba menilai, berfikir dan memandang seperti cara nilai, fikir dan pandang suami. Dengan melakukan perkara ini, seseorang akan nampak bahawa pendapat dia adalah berbeza dengan pasangannya. Oleh itu, untuk menjayakan agenda atau menyelesaikan masalah tanpa mengguris hati pasangannya, kedua-dua pendapat suami dan isteri perlu diraikan dan diterima sebagai penyelesaian masalah. Tetapi, bagaimana dua cara yang berbeza malah bertentangan boleh diterima sebagai satu cara penyelesaian yang (berjaya menyelesaikan masalah dan memuaskan hati kedua-dua belah pihak, bagi lelaki) atau yang (memuaskan hati kedua-dua belah pihak dan berjaya menyelesaikan masalah, bagi wanita). Caranya ialah dengan kedua-dua belah pihak bertoleransi untuk mencapai keadaan ‘menang-menang’ atau ringkasnya ‘seri’. Ini bermakna pihak lelaki perlu mengorbankan separuh daripada cara pandangnya, sementara separuh lagi bakinya diterima sebagai sebahagian daripada penyelesaian akhir. Pihak wanita juga perlu mengorbankan separuh daripada cara pandangnya, sementara separuh lagi bakinya diterima sebagai sebahagian daripada penyelesaian akhir. Ini bermakna kedua-dua belah pihak perlu bertoleransi dengan mengorbankan separuh daripada cara pandangnya dan menerima kenyataan bahawa separuh sahaja cara pandangnya diterima untuk cara penyelesaian akhir. Jika kedua-dua belah pihak sedia melakukan toleransi menang-menang seperti ini, insyaAllah keluarga akan bahagia.

Mengorbankan separuh dari cara pandang asal lelaki atau wanita adalah subjektif. Bagaimana pula dalam perkara yang sangat sukar untuk dicapai keadaan menang-menang. Hal ini biasanya berlaku dalam kes yang mana satu pihak sama ada lelaki atau wanita sangat sukar atau tidak sanggup langsung untuk mengorbankan cara pandangnya atau tidak sanggup mengorbankan cara pandangnya walaupun separuh (50%). Untuk kesejahteraan hidup bersama, satu lagi pihak perlulah dengan rela hati mengorbankan lebih banyak cara pandangnya atau mengetepikan langsung cara pandangnya dari cara penyelesaian akhir. Namun, untuk berbuat demikian dengan rela hati bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap orang memiliki ego masing-masing dan merasakan mereka ada hak setidak-tidaknya hak berkongsi 50-50. Pun begitu, kesudian mengalah agar kestabilan rumah tangga terjaga adalah pengorbanan yang sangat besar dan mulia walaupun ia sukar dibuat. Sedikit perasaan sedih yang terbit di hati kerana terpaksa mengalah dan berkorban lebih demi kebahagiaan rumah tangga akan diubati oleh masa dan kejayaan yang dicapai oleh jalan penyelesaian akhir yang mengandungi perngorbanan besarnya.

Tetapi awas, jika keadaan terpaksa mengalah atau diistilahkan kalah-menang ini asyik berulang, berlarutan dan kerap berlaku serta melibatkan pihak yang sama saja terpaksa mengalah lebih atau berkorban lebih pada setiap kali ada pertembungan cara pandang, akan berlaku ketidakpuashatian yang akan berkumpul dan bertambah sedikit demi sedikit. Ia sangat berbahaya dan boleh meletup bila-bila masa apabila melebihi had limitnya. Kesejahteraan keluarga akan berlangsung di pandangan luaran sahaja sehingga suatu masa, ia tidak sanggup dibendung lagi dan tiba-tiba ia bertukar menjadi terbalik; huru hara dan yang seumpamanya.

Oleh itu, jika anda adalah suami, berusahalah untuk mendapatkan penyelesaian menang-menang. Janganlah anda saja yang asyik menang dan isteri terpaksa mengalah. Jika berpanjangan anda saja yang menang dengan idea anda yang berjaya menyelesaikan masalah dari segi logik itu, percayalah bahawa isteri anda tidak pernah gembira dengan kejayaan pencapaian menyelesaikan masalah yang anda capai itu, malah dia merasa bosan hidup dengan anda yang tidak tahu atau mahu bertoleransi dan juga menyimpan kebencian yang semakin bertambah hari demi hari. Kebencian itu mungkin suatu hari bertukar menjadi dendam yang membara apabila telah melepasi had limitnya. Jika anda sebagai isteri sekalipun, janganlah asyik hendak menang sahaja sepanjang masa. Sekali dua, suami anda masih sanggup untuk mengalah dan bertoleransi, tetapi jika sering, kelak dia akan bosan dengan anda, dan konsekutifnya adalah musibah.

Jika anda seorang wanita, pastinya anda lebih didominasi oleh perasaan. Apabila ada sesuatu perkara yang hendak dilakukan atau sedang dilakukan atau telah berlaku, anda akan menilainya disudut perasaan termasuk perasaan anda sendiri, pasangan anda dan orang lain sementara pasangan anda pula melihatnya dari segi logik dan kerelevenan. Untuk memastikan kesejahteraan keluarga, anda mestilah berusaha meletakkan diri anda di tempat suami anda dan berfikir dengan logik dan releven berdasarkan realiti, bukan hanya menimbangkan emosi semata-mata tetapi membuat penilaian berasaskan data dan fakta. Dengan melakukan demikian, anda akan lebih terbuka untuk menerima pandangan suami anda. Jika ternyata, pandangan suami anda adalah tepat, anda akan lebih rela dengan ikhlas hati mengetepikan pandangan anda yang berasaskan emosi semata. Tetapi, jika anda merasakan pandangan suami anda ada kebenarannya dan pandangan anda juga ada kebenarannya, maka anda akan lebih bersedia untuk mencapai penyelesaian menang-menang yang isnyaAllah akan menggembirakan kedua-dua belah pihak. Jika anda tidak pernah mahu cuba meletakkan diri anda di tempat suami dan berfikir seperti cara fikir suami, anda hanya akan larut dengan emosi anda. Anda hanya nampak bahawa cara pandang anda saja yang betul. Jika suami menerima cara pandang anda 100%, anda akan gembira, tetapi jika diterima separuh saja anda tetap tidak berpuas hati, padahal itu sudah keadaan menang-menang. Apalagi kalau suami tidak menerima langsung pandangan anda, pastilah anda sangat marah, tidak puas hati, benci dan seumpamanya. Suami mungkin bersalah jika dia langsung tidak menerima pandangan anda, tetapi kesalahan yang paling besar dan utama ialah kesalahan keengganan anda meletakkan diri di tempat suami dan menilai seperti suami serta kesalahan keengganan anda untuk bertoleransi. Oleh itu, untuk kebahagiaan keluarga, sebagai isteri, anda perlu sentiasa menilai seperti suami menilai berdasarkan logik dan releven, serta bersedia untuk bertoleransi, bukannya menurut kemahuan emosi anda semata-mata.

Selamat mempraktikkan, semoga berbahagia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: