Memahami Isteri dan Suami (1)

Hidup berumah tangga tidak semudah hidup dalam cinta berfoya-foya sebelum kahwin. Itu realiti yang harus diakui, walaupun ia adalah sesuatu yang tidak begitu disenangi hati. Tapi, jika kena gaya, hidup berumah tangga jauh lebih membahagiakan dan menggembirakan berbanding hidup bercinta tanpa rumah tangga sebelum kahwin. Pun begitu, jika tidak kena gaya pula, hidup berumah tangga boleh jadi  mengerikan, menyiksakan, sengsara, dipenuhi duka, prasangka buruk, tidak puas hati, marah, sedih, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.

Yang menentukan sama ada rumah tangga dihiasi gembira dan bahagia atau duka dan huru hara bukanlah apa yang berlaku ke atas kita atau apa yang menimpa kita atau apa masalah yang timbul atau muncul dalam rumah tangga kita. Apa yang berlaku ke atas kita tetap akan berlaku. Apa yang berlaku kepada kita, selain hasil usaha kita, adalah takdir yang memang sudah ditetapkan oleh Pencipta kita dan Pencipta seluruh makhluk dan jagat raya. Ia tetap akan berlaku dan tidak dapat kita elakkan. Apa yang berlaku tetap akan berlaku dan akan menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira siapa kita baik kita raja atau rakyat, orang besar atau orang kecil, kaya atau miskin, muda atau tua atau apa saja. Takdir tetap berlaku tanpa mengira ke atas siapa, kaum, bangsa, agama dan negara. Masalah tak pernah mengenal kepada siapa dia akan pergi. Kunci pencapaian kebahagiaan, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rumah tangga tertakluk kepada bagaimana kita menghadapi atau merespon kepada apa yang berlaku dalam rumah tangga. Perkara lain seperti kenapa ia berlaku, kenapa ia menimpa kita atau yang seumpama dengannya adalah urusan Yang Maha Esa, bukan urusan kita.

‘Bagaimana menghadapi apa yang berlaku’, itulah kunci penyelesaian. Bertindak menghadapi apa yang berlaku adalah respon. Untuk melakukan respon, salah satu perkara yang sangat diperlukan ialah kefahaman terhadap pasangan hidup rumah tangga kita. Suami mesti memahami isteri. Isteri memahami suami. Kefahaman di sini adalah kefahaman yang luas dan menyeluruh meliputi kefahaman terhadap keadaan fizikal, pemilikan material, kesihatan fizikal, keadaan emosi, cara fikir dan cara pandang, kekuatan ruhani, kesukaan atau minat, kebiasaan, latar belakang hidup, latar budaya dan lain-lain. Dengan kefahaman yang holistik dan mendalam terhadap isteri atau suami kita, kita akan dapat memformulasikan respon terbaik terhadap apa yang berlaku dalam rumah tangga kita demi memastikan kestabilan, kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan, keceriaan dan ketenangan hidup keluarga kita berterusan.

Memahami lelaki atau suami dan wanita atau isteri

Lelaki dan wanita adalah berbeza dan sangat unik. Perbezaan antara lelaki dan wanita mesti diiktiraf, difahami, diselami, dirasai dan dihargai, bukan dimusuhi, demi perpaduan lelaki dan wanita serta kesejahteraan hidup bersama lelaki-wanita.

Antara perbezaan lelaki wanita ialah lelaki didominasi oleh logik, kerelevenan dan fikiran minda sementara wanita didominsi oleh perasaan atau emosi. Perbezaan ini perlu ditoleransi dan diintegrasi demi keserasian hubungan lelaki-wanita atau suami isteri. Lelaki berorientasikan pencapaian hasil kerjanya manakala wanita berorientasikan pencapaian hubungan sosialnya. Lelaki berasa sejahtera apabila dia merasakan dirinya berharga dan diperlukan. Wanita pula berasa sejahtera apabila merasakan dirinya diberikan perhatian, kasih sayang, penjagaan, pujian dan pujaan. Lelaki menghadapi masalah dengan memencilkan diri dan berdiam diri untuk memfokuskan kepada berfikir bagi menyelesaikan masalah. Wanita pula menghadapi masalah dengan menghadirkan diri kepada orang lain dan menceritakan atau berkongsi masalah yang dihadapi. Lelaki berasa sangat gembira dan puas hati apabila dia Berjaya menyelesaikan sesuatu masalah setelah dia berfikir keras untuk mengatasinya. Wanita berasa sangat lega dan puas hati apabila dia Berjaya mencurahkan perasaan bimbangnya terhadap sesuatu masalah yang dihadapinya kepada seseorang yang memberikan perhatian kepada kebimbangan masalahnya. Lelaki lebih cenderung memahami fakta dan data daripada sesuatu pernyataan manakala wanita lebih cenderung memahami kedalaman sesuatu perasaan yang terkandung dalam sesuatu pernyataan. Banyak lagi perbezaan lain antara lelaki dan wanita.

Jika anda seorang lelaki, pastinya anda lebih didominasi oleh logik, kerelevenan dan fikiran minda apabila menyatakan sesuatu atau menerima sesuatu pernyataan. Anda akan memikirkan secara mendalam terhadap kelogikan sesuatu perkara dan kerelevenannya berdasarkan akal fikiran anda, bersandarkan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki. Anda akan memikirkan sebab dan akibat, kesesuaian, kebaikan dan keburukan, kekuatan dan kelemahan, cara terbaik dan perkara-perkara lain bersandarkan pemikiran. Anda tidak kisahkan sangat tentang perasaan atau emosi. Sedangkan wanita atau pasangan anda atau isteri anda adalah lebih didominasi oleh perasaan dan sangat kisah terhadap perasaan. Apabila ada sesuatu perkara yang hendak dilakukan atau sedang dilakukan atau telah berlaku, anda lebih cenderung berfikir berdasarkan logic tentang apa yang perlu dibuat, bagaimana membuatnya hingga selesai dan Berjaya sedangkan pasangan wanita anda lebih memikirkan apakah perasaan yang bakal, sedang atau telah dirasai oleh orang yang terlibat dalam sesuatu perkara itu. Berdasarkan perasaan yang difikirkan itu, wanita barulah akan berfikir tentang apa yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya, sedangkan lelaki memikirkan apa yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya terlebih dahulu, barulah memikirkan kesan-kesan kepada perasaan manusia, atau memikirkan dengan sangat sedikit atau cetek tentang perasaan manusia terhadap kesan tindakannya atau terkadang langsung terlupa tentang perasaan orang terhadap sesuatu.  (bersambung)

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    kakak said,

    bersambung……bila boleh dapat sambungannya….saya seronok membaca kerana sedang membuat kajian untuk assgnmt saya.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: