Nikah – Jalan yang Banyak dan Pelbagai

Kita mengimpikan dan merancang, lalu berusaha tetapi tidak semestinya kita mendapat seperti apa yang kita impikan, rancang dan usahakan, kerana kita hamba hanyalah merancang dan berusaha sedang Allah jua yang menentukan segalanya. Apa yang ditentukan Allah untuk kita itu terkadang kelihatan baik seperti yang kita kehendaki, terkadang kelihatan jauh lebih baik daripada apa yang kita kehendaki dan terkadang kelihatan tidak seperti yang kita kehendaki. Terkadang apa yang Allah tetapkan untuk kita itu adalah kebaikan yang jauh melebihi jangkaan kita. Ia adalah rezki, anugerah dan bonus untuk kita. Terkadang apa yang Allah putuskan itu seperti tidak kesampaian pada apa yang kita harapkan. Apapun, baik yang melebihi jangkaan atau tidak mencapai jangkaan, apa yang Allah putuskan, itulah yang terbaik untuk kita, kerana Dia membuat keputusan terbaik untuk kita berdasarkan Pengetahuannya yang Maha Mengetahui sedangkan kita menjangkakan sesuatu berdasarkan banyak benda yang kita tidak tahu, hanya sedikit kita tahu.

Allah menyuruh kita berusaha dan bertawakkal. Allah Maha Tahu dan Maha Adil. Apa yang kelihatan seperti tidak adil di dunia, tidak cukup di dunia, Allah akan mencukupkannya di Akhirat. Bahkan, kurniaan di akhirat jauh lebih bagus dari kurniaan di dunia. Kurniaan di akhirat adalah untuk orang-orang yang kuat kesabarannya. Orang yang bersabar di dunia akan mendapat kurniaan yang besar di akhirat. Orang-orang yang sabar di dunia adalah orang-orang yang tahan menghadapi ujian-ujian Allah dengan penuh keimanan.


Pemuda-pemudi mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga. Ada banyak sebab untuk mendirikan rumah tangga tetapi apakah sebab yang pertama adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, kerana Risalah yang dibawa Baginda? Seperti kita manusia yang diciptakan unik, berlainan wajah dan bentuknya antara satu sama lain, demikianlah jalan yang menyampaikan kepada pernikahan kita. Ia akan menjadi pelbagai sebagaimana pelbagainya manusia. Manusia ada yang susah, ada yang senang, ada yang kaya dan ada yang miskin. Demikianlah jalan kepada perkahwinan kita. Ada yang pendek, ada yang panjang, ada yang licin, ada yang penuh onak duri, ada yang lurus dan ada yang berliku. Kelainan jalan kepada perkahwinan bukanlah ketidakadilan Allah, tetapi demikianlah hasil daripada usaha kita dan juga ujian yang ditetapkan oleh Allah untuk memilih hamba-hambaNya yang bersabar untuk dikurniakan ganjaran yang besar di Akhirat kelak.

Dalam mengharungi jalan yang membawa ke jinjang perkahwinan, ada yang sukar dalam mendapatkan pasangannya yang memenuhi criteria yang dituntut oleh Rasulullah, ada yang sukar dalam mendapatkan persetujuan ibu bapa, ada yang sabar lama menunggu keputusan dari pihak sebelah sana, ada yang menunggu tidak tiba-tiba, ada yang bekerja keras mengumpul wang bertahun-tahun lama, ada yang menunggu orang sebelah sana bersiap sedia, dan macam-macam ada lagi. Dalam pada itu, ada yang di awal tahun masih kosong tetapi di pertengahan tahun yang sama telah berpunya atau dipunya, ada yang belum bekerja tapi telah mendirikan rumah tangga (dari mana wangnya), ada yang minggu ini mendaftar tahun pertama university minggu depannya menamatkan zaman bujang, ada yang sebelum konvokesyen bertunang dan sebelum dapat kerja berkahwin, dan ada macam-macam cerita lagi tentang bagaimana pemuda pemudi mendapatkan perkahwinan. Sama ada melalui jalan susah atau senang, jalan lurus atau jalan berliku.


Ditakdirkan melalui jalan senang adalah kurniaan dari Allah tetapi tidak semestinya kurniaan semata. Ditakdirkan melalui jalan senang tetap juga ujian dari Allah untuk melihat siapa di kalangan hambaNya yang bersyukur dan bagaimanakah cara kesyukuran itu. Apakah cara kesyukuran itu dengan menoleh ke belakang dan menolong membantu, memimpin kawan-kawan yang masih terkial-kial melalui jalan sukar atau apakah cara kesyukuran itu dengan terus menikmati kebahagiaan hidup tanpa mempedulikan orang lain dan rakan-rakan yang dulu seangkatan.


Ditakdirkan melalui jalan sukar adalah ujian Allah untuk melihat siapakah di kalangan hambaNya yang sabar untuk diganjarkan di Akhirat kelak. Ditakdirkan melalui jalan yang sukar bukan saja ujian dari Allah tetapi adalah peluang untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala. Ditakdirkan melalui jalan yang sukar bukanlah ketidakadilan yang Allah berikan, kerana Allah Maha Adil dan Dia akan menyempurnakan segala yang dilihat sebagai kekurangan oleh manusia di dunia ini dengan ganjaran yang besar di Akhirat nanti.

Sama ada melalui jalan senang atau susah, itu bukan pokok persoalan dalam hal ini. Pokok persoalannya ialah bagaimana kita menyikapi jalan-jalan itu, baik jalan senang atau jalan susah. Jika kita ditakdirkan melalui jalan senang, apakah kita bersyukur dan bagaimanakah kita melaksanakan kesyukuran kita itu agar bermanfaat pada manusia. Jika kita ditakdirkan melalui jalan susah, apakah kita redha kepada Allah dan bersabar menghadapi ujian Allah itu dengan penuh ketabahan dan keimanan. Tidak kira jalan mana yang kita lalui, jika kita betul dalam menyikapinya, dari kedua-dua jalan itu kita berhasil mengumpulkan sebanyak-banyak pahala insyaAllah dan kedudukan kita diangkat tinggi atau dimuliakan di sisi Allah insyaAllah.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    Amir said,

    Assalamualaikum Sahabat Se-Islam ku,

    Janganlah kau berhenti berkarya di dalam blog mu, kerana kau telah banyak membantu saudara2 islam mu berfikiran secara Islam. Semoga Allah membalas kebajikan mu dengan balasan yang baik. Amin.

  2. 3

    zahratul ibtisam said,

    salam…ilmu yg bagus tuk semua..sy ada 1 permintaan,boleh x tolong jelaskan tentang poligami dgn lengkap dari semua aspek dalam berpoligami..boleh ke xboleh ke,sama ada salah ke atau x tuk berpoligami n ape hukumnya….dr semua aspek lah..sy amat perlukan untuk mengetahui tentang topik ini..diharap dapat adaptasikan topik ini..terima kasih..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: