tentang kahwin

KAHWIN: PERANAN PERTUNANGAN

Dalam keadaan yang tidak menentu lagi bila akan berlangsung kahwin, peranan pertunangan sangat penting. Pertama untuk merantaikan atau memastikan selamat (secure) ikatan antara lelaki dan wanita yang diniatkan untuk berkahwin agar tidak ada pihak ketiga yang muncul dan mengambil alih salah seorang daripada lelaki atau wanita tadi, sekaligus meleraikan harapan perkahwinan antara dua orang yang dimaksudkan tadi. Dengan berlangsungnya pertunangan, tidak ada orang lain lagi yang boleh mengambil pasangan yang telah diniatkan untuk dikahwinkan. Pihak keluarga perempuan juga tidak boleh memasangkan anaknya dengan orang lain lagi apabila telah ditunangkan.

Selain pemastian ikatan awal dua insan untuk perkahwinan selamat hingga ke hari ijab kabul, pertunangan secara sedar atau tidak sedar meningkatkan komitmen pasangan dan keluarga pasangan terhadap perkahwinan yang bakal dilangsungkan, sekalipun masa perkahwinan yang dirancangkan masih jauh ke depan. Peningkatan komitmen akan berjalan seiring malah memotivasikan dan menyuntik semangat kesungguhan kepada proses persiapan perkahwinan.

KAHWIN: PERSEDIAAN DALAMAN

Jika persediaan luaran seperti kecukupan kewangan, kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa telah ada, tetapi persiapan dalaman belum cukup, seperti mental belum bersedia untuk berkahwin, belum rasa yakin dapat memikul tanggungjawab suami isteri, kekurangan yang sangat terhadap ilmu rumah tangga sehingga merisikokan kerobohan segera jika dibina, maka perkahwinan tidaklah lagi dapat dilaksanakan sehinggalah halangan-halangan telah dialihkan. Oleh siapa? Oleh semua pihak yang bertanggung jawab dan berkait terutamanya pasangan yang bakal berkahwin sendiri. Ayuhlah membuat persediaan!

KAHWIN : JAGALAH HAK ALLAH DALAM BERKOMUNIKASI

Semua perkahwinan tidak semestinya menghadapi kesukaran seperti yang digembar-gemburkan. Kesukaran yang digambarkan adalah sebagai amaran sahaja, supaya berhati-hati dan bertindak awal untuk mengelak kesusahan di belakang hari. Oleh itu, gunalah masa pertunangan sebagai masa untuk merancang dan membuat semua persediaan yang dapat dibuat. Berkomunikasilah secara sepatutnya dan pertengahan antara pasangan dalam tempoh perkahwinan. Tempoh pertunangan adalah masa bermuamalah. Janganlah terlalu kaku dan beku kononnya menjaga diri dari perhubungan haram hingga menyebabkan perancangan perkahwinan tidak berjalan lancar. Tetapi awas, pada saat telah berurusan secara lancar dalam perancangan dan pengurusan persediaan perkahwinan, jagalah hati, takutlah kepada Allah dan jagalah adab-adab perhubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim yang belum berkahwin. Jangan sampai melampaui batas kerana kita belum lagi suami isteri. Berhubunglah atas perkara yang perlu sahaja dan bukan berhubung atas perkara yang dimahukan oleh nafsu seperti bertanya-tanya khabar saja-saja atau lebih dari itu. Tidak perlulah mencipta-cipta ‘perkara yang perlu dibincangkan’ kononnya perlu sebagai alasan untuk berhubung dan menikmati keseronokan daripada perhubungan semata. Bincanglah perkara yang perlu untuk dibincangkan saja, tidak perlu mencipta-cipta yang tidak diperlukan. Awas, sebanyak mana manis yang dihirup sebelum perkahwinan, sebanyak itulah kemanisan yang hilang selepas perkahwinan dan sebanyak itulah kepahitan yang hadir dalam perkahwinan.

KAHWIN: MENGURUSKAN KELUARGA IBARAT MENGURUS SYARIKAT

Mengendalikan atau menguruskan keluarga adalah menguruskan sebuah institusi seperti menguruskan sebuah syarikat. Jika anda berkeluarga sejak anda belajar lagi, bermakna anda telah menguruskan sebuah organisasi sejak anda menjadi seorang pelajar. Anda seperti seorang pelajar yang menguruskan sebuah syarikat, sambil belajar. Anda bukan calang-calang pelajar. Anda bukan pelajar yang hanya tahu menjaga diri sendiri, tidak kisah orang lain, dan tahu membawa dan menguruskan diri sendiri saja, jauh dari mampu menguruskan sebuah institusi besar. Tapi anda hebat kerana walaupun baru berstatus seorang pelajar, anda telah menjadi seorang pelajar yang hebat, yang bukan saja tahu menguruskan diri sendiri malah menguruskan orang lain. Apabila anda tamat belajar, anda adalah seorang bakal pekerja yang telah mempunyai pengalaman mengendalikan organisasi atau institusi, berbanding graduan lain yang hanya lulus peperiksaan dan tahu menguruskan diri sendiri saja, tidak pernah menguruskan sebuah organisasi atau institusi. Mungkin banyak pelajar yang menguruskan organisasi seperti persatuan, kelab dan badan tertentu, tetapi ketahuilah bahawa perkahwinan adalah sebuah institusi unik yang tidak serupa sama sekali dengan persatuan, kelab atau badan lain. Dengan kata lain, pengalaman mengendalikan persatuan, kelab atau badan tidak sehebat pengalaman mengendalikan keluarga kerana pengendalian keluarga adalah pengendalian kehidupan asas kehidupan, pengendalian nyawa dan masa, dan lain-lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: