SIAPKAN AWAL – KAHWIN

Tidak kira sama ada majlis perkahwinan hendak dilangsungkan lambat lagi, apatah lagi kalau hendak dilangsungkan tidak lama saja lagi, kerenah birokrasi dan pelbagai kerenah yang mengambil bahkan memakan masa yang sangat lama wajiblah diberi perhatian segera. Kita tidak boleh bertaruh untuk berlumba dengan masa kerana ia adalah makhluk yang belum diperkenalkan Allah kepada istilah ‘penat’, lalu ia akan terus bergerak menuju ke depan tanpa pernah henti walau sesaat untuk menarik nafas, kerana ia memang tidak bernafas. Sementara masih awal dan masa masih panjang, selesaikan segala urusan yang boleh diselesaikan sekarang. Jangan bertangguh dan jangan pernah menyimpan atau memasang niat untuk menangguh kerana risikonya adalah kerugian yang besar, kepenatan, kesesalan, kesesiaan dan segala keburukan. Jangan menunggu saat-saat akhir. Buangkan cara fikir“tak apa, masa panjang lagi, boleh buat nanti”. Kalau bertindak berdasar cara fikir ini, kalut nanti.Segala benda hendak dibuat saat akhir. Lebih-lebih lagi jika tarikh perkahwinan diawalkan serta merta jauh lebih awal dari tarikh asal, atas alasan apa-apa sahaja yang boleh terjadi bila-bila masa kerana kita manusia hanya merancang dan Allah jua yang menentukan. Bahkan kita tidak pasti sama ada apa yang kita rancang akan berjalan seperti dirancang atau tidak sehinggalah ia telah terjadi. Apabila telah terjadi ia tidak boleh diubah lagi. Jika baik ia maka baiklah ia. Jika buruk ia, buruklah, rugilah dan malulah muka menaggung maruah yang tercalar.

Kerenah birokrasi tidak boleh dipandang enteng. Siapkan sekarang apa-apa saja yang boleh disiapkan sekarang seperti memilih pengendali kursus kahwin yang berkualiti dan terpercayai, mendaftarkan diri dengan pengendali kursus kahwin tersebut, menghadiri kursus kahwin, mendapatkan Sijil Kursus Kahwin selepas menamatkan kursus, melakukan Ujian HIV mengikut prosedur yang dikehendaki oleh institusi pentadbiran perkahwinan islam negeri masing-masing dan mendapatkan sijilnya, mendapatkan dan mengisi Borang Permohonan Perkahwinan dan menyediakan dokumen-dokumen dan salinan-salinan dokumen yang dikehendaki dalam keadaan baik lagi sempurna, yang telah disahkan keasliannya dalam jumlah yang mencukupi atau lebih (untuk gantian atau tambahan apabila perlu), foto-foto yang menepati saiz, spesifikasi yang diminta dan cukup bilangannya, wang bayaran, resit bukti pembayaran, memaklumkan perancangan ijab kabul kepada imam, mendapatkan tandangan pihak-pihak berkenaan seperti wali, saksi, imam dan sebagainya.

Jangan berfikiran “Ah! Kahwin kerja mulia, takkanlah institusi agama nak susah-susahkan”, kerana realitinya tidak semudah yang difikirkan, realitinya perkahwinan tidak berlangsung mudah apabila cukup syarat perkahwinan di sisi syariah sahaja, realitinya kehidupan masa moden ini memerlukan pentadbiran dan pengurusan. Pentadbiran dan pengurusan serta catatan, rekod, dokumen, resit dan bukti bukanlah untuk sengaja menyusahkan, atau memperbanyakkan kerja atau saja-saja kerenah institusi agama, tetapi untuk kebaikan kolektif masyarakat dan kebaikan personal individu seperti untuk pentadbiran pengesahan dan pemastian perkahwinan dan keturunan, penjagaan dan kebajikan anak-anak terutama anak yatim, pewarisan harta dan lain-lain.

Kita mungkin beranggapan kursus kahwin senang dihadiri dan boleh disiapkan dalam masa cepat, tetapi kita tidak dapat menjamin bahawa kekosongan akan sentiasa ada, kursus kahwin akan sentiasa dianjurkan, dan lain-lain. Ingat, kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Kita bukanlah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk melaksanakan sesuatu apabila dikehendaki atau memastikan sesuatu berlaku seperti dikehendaki. Jika bernasib baik, semuanya akan berjalan lancar dan siap dalam masa singkat. Itu berlaku atas kurnia Allah Yang Maha Pemurah lagi Belas Kasihan, bukan atas kebijaksaan kita mengatur dan merancang saja. Jika sebaliknya, sesuatu yang senang boleh memakan masa sangat lama. Kursus kahwin mungkin sentiasa dijalankan tetapi tiada lagi kekosongan untuk kita penuhi, semua tempat penuh, telah ditempah / ‘booked’ dan sebagainya. Orang lain dapat ikuti kursus tetapi kita tidak. Kursus kahwin mungkin sudah dibuat, tetapi sijil belum diperolehi disebab oleh bermacam-macam sebab yang dalam jangkaan bahkan di luar jangkaan termasuk pegawai yang perlu menandatangani sijil tidak ada di pejabat selama banyak hari berturut-turut kerana cuti, atau sakit atau kursus, dan tidak ada orang lain yang boleh menandantangani sebagai ganti, tidak ada kertas sijil untuk dicetak sijil dan terpaksa menunggu stok kertas sijil selama beberapa minggu lagi, jika bernasib baik tetapi mencecah sebulan atau lebih jika nasib sebaliknya kerana berlaku pengehentian sementara percetakan, atau penghantaran tersalah alamat maka terpaksa dipulangkan semula dan diposkan lagi atau bermacam-macam kerenah rasmi dan tak rasmi, kerenah birokrasi dan bukan birokrasi yang boleh berlaku tanpa kita duga kerana dunia ini dihuni oleh bermacam ragam manusia. Oleh itu, jangkakan yang di luar jangkaan dan jangan bertangguh, jangan memandang ringan urusan yang nampak ringan. Ringan dalam perancangan dan kepala kita tetapi boleh jadi berat dan susah dilaksanakan oleh orang lain kerana orang lain tidak serupa dengan kita, pemikiran, cara kerja, sikap dan lain-lainnya.

Kehabisan borang, menunggu borang baru, menunggu keputusan ujian yang mengalami masalah teknikal atau bukan teknikal untuk mengeluarkan keputusan dan lain-lain adalah antara kerenah birokrasi yang mungkin dihadapi. Butik jahitan pakaian pula mungkin memberitahu bahawa tempahan pakaian tidak dapat diterima sedangkan kita suka butiknya mungkin kerana hasil kerja baik dan murah atau butik jahitan pakaian mungkin memberitahu bahawa tempahan pakaian tidak dapat disiapkan seperti tarikh yang diminta disebabkan bermacam sebab dan meminta bayaran tambahan jika pakaian yang ditempah mahu disiapkan pada tarikh asal yang disetujui. Pakaian yang ditempah dijahit tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, lalu perlu dibuka semula dan diperbaiki atau ditukar kain atau bahannya dan pasti mengambil masa yang lama. Semua perkara tidak boleh dirancang sebegitu sempurna / ‘ideal’seperti pakaian kahwin hari ini siap, esok pakai di majlis kahwin kerana realitinya banyak kerja yang hanya siap melepasi had masa yang telah ditetapkan. Mesti ada masa persediaan tambahan atau masa persediaan gantian atau masa kecemasan / ‘buffer time’ yang dikhaskan / ‘reserved’ untuk sebarang kejadian luar jangka.

Imam mukim mungkin tidak mahu menandatangani borang kahwin jika tuan diri yang hendak berkahwin tidak hadir bersama borang yang akan ditandatanganinya. Ini boleh berlaku dalam kes ibu bapa saja yang membawa borang berjumpa imam untuk mendapatkan tanda tangan sedang anak yang akan berkahwin menunggu di rumah (atau menyembunyikan diri di rumah kerana malu bertemu imam. Sebab? mungkin lama tak ke masjid – bagi anak lelaki). Lebih dahsyat, nama bakal pengantin mungkin tidak termasuk dalam senarai anak mukimnya lalu imam mengatakan bahawa dia tidak berhak menandatanganinya. Macam-macam perkara pelik, remeh dan luar jangka boleh berlaku dalam masyarakat kita yang menjadi mangsa keadaan ini. Banyak orang dalam masyarakat kita yang mementingkan kepentingan diri lebih dari kepentingan islam dan ummat islam, sempit minda, selesa dengan apa yang ada dan tidak mahu berubah menjadi lebih baik, tersepit oleh birokrasi melampau, tidak bijaksana dan mementingkan ‘bentuk / jasad’ lebih daripada ‘isi / ruh’. Perkahwinan yang melibatkan pasangan dari negeri berlainan biasanya lebih rumit kerana prosedur perkahwinan antara negeri adalah berlainan. Oleh itu, pendek kata, semua benda mesti disiapkan awal-awal untuk mengelak kemungkinan tidak baik di hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia. Jangan hari yang sepatutnya menjadi bahagia menjadi hari marah-marah, menyimpan dendam membara kepada pihak-pihak tertentu yang telah menyumbangkan kepada ketidaksempurnaan majlis perkahwinan anda.

Oleh itu, rancang dan buatlah persediaan awal-awal! Ayuh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: