Tujuan Besar & Segera

Perkahwinan kita perlu diniatkan untuk tujuan besar iaitu tarbiah dan dakwah

Puncak yang tinggi dalam komitmen perkahwinan terhadap tarbiah dan dakwah berlaku apabila adanya kemampuan pasangan suami isteri menjadikan aktiviti-aktiviti mereka selepas perkahwinan sebagai penyumbang kepada kemajuan tarbiah dan dakwah dan selalu menilai setiap aktiviti yang mereka hendak lakukan dari segi kebergunaan dan sumbangannya terhadap tarbiah dan dakwah. Kegembiraan mereka untuk menimbang cahaya mata bukan setakat kegembiraan lumrah biologi, tetapi kegembiraan untuk meramaikan ummat Nabi Muhammad Saw yang berkualiti yang dapat mewarisi tugas menyampaikan Risalah, kader-kader tarbiah dan dakwah yang berjiwa unggul, padu dan mulia.

Perlunya menyegerakan perkahwinan apabila telah sedia

Perlunya menyegerakan perkahwinan apabila telah sedia setidak-tidaknyanya kerana dua sebab. Di ufuk rendah, ia perlu untuk menghindarkan diri kita dari dosa yang mudah menimpa orang-orang yang belum berkahwin. Kita lebih memakluminya. Pun begitu, orang-orang yang berkahwin pun masih terdedah kepada dosa-dosa itu juga andai tidak menjaga diri dengan perisai iman. Di ufuk tinggi, perkahwinan perlu disegerakan untuk melakukan lonjakan pencapaian dalam kemajuan amal tarbiah dan dakwah Islam. Kita tidak mahu berlaku kerugian ummat akibat lambatnya pernikahan kader-kader tarbiah dan dakwah Islam. Banyak kerja-kerja tarbiah dan dakwah yang hanya boleh atau lebih sopan dilaksanakan oleh orang-orang yang sudah menikah sahaja. Ini bukan persoalan double-standard, tetapi inilah reality dan keperluan di medan latihan dan amal. Janganlah biarkan mundurnya kemajuan tarbiah dan dakwah Islam akibat lambatnya kita menikah. Tetapi, sesudah menikah, adalah penting juga memastikan agar diri kita tidak menjadi penyebab mundurnya amal tarbiah dan dakwah disebabkan kita menikah dan larut dalam keseronokan pernikahan yang berlebihan. Berseimbang, adalah kunci keselamatan dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: