Nikah

Antara prinsip-prinsip dalam perkahwinan aktivis islam atau membina rumah tangga Islam (Bait al Muslim) yang sudah banyak dimaklumi adalah:

1) Perkahwinan kita  diniatkan untuk tujuan besar iaitu tarbiah dan dakwah, selain memenuhi keperluan dan kehendak diri kita

2) Perlunya menyegerakan perkahwinan apabila telah bersedia sepadanya

3) Menyeimbangkan antara cepat dan terburu-buru

4) Menyeimbangkan antara mempertahankan prinsip yang kita imani dengan meraikan serta mengambil hati keluarga dan masyarakat

Prinsip-prinsip ini disenaraikan di sini sebagai tazkirah dan panduan buat kita berfikir dan menilai sahaja.

Advertisements

3 Respons so far »

  1. 1

    ismat said,

    Boleh bagi contoh untuk prinsip ke-4? Antara prinsip yang kita imani dan meraikan keluarga. Kalau keluarga suruh bersanding?

    • 2

      ayuhkitamaju said,

      Pada pendapat saya yang fakir, keluarga termasuk ibu bapa adalah mad’u (orang yang didakwahkan) para aktivis dakwah. Allah menyuruh kita berdakwah dengan baik (termasuk lemah-lembut, kata-kata sopan) dan berhikmah (bijak). Adapun, pada pandangan positif, situasi ‘disuruh bersanding’ adalah peluang dakwah, peluang mentarbiah sekaligus peluang meraih pahala dan syurga. Menyampaikan kepada keluarga kefahaman Islam yang sejati berkaitan perkahwinan dan adab Islam adalah dakwah kepada keluarga; iaitu orang terdekat dengan kita dan orang paling kita sayangi. Islam menganjurkan tabligh (memberitahu) dan syura (berbincang). Maka, bolehlah kita menyampaikan kefahaman Islam yang sejati berkaitan perkahwinan dan adab Islam kepada keluarga kita serta berbincang dengan baik dan hikmah. Jika persandingan itu adalah mungkar, kita boleh berusaha mengubahnya dengan tangan kita (kuasa), kata-kata (nasihat) dan niat hati. Jika kita tidak berkuasa, serta penjelasan dan nasihat kita tidak diendahkan, lalu kita jatuh dalam keadaan terpaksa, maka jagalah hati kita agar niat tetap murni dan terus membenci kemungkaran, bukan menikmati keseronokannya dengan hati. Itulah nasihat yang ringan di mulut, tapi sangat berat dilaksanakan kecuali oleh mukmin yang kuat ikatan jiwanya dengan Ilah. Apabila terpaksa memilih antara dua keburukan, pilihlah yang lebih ringan mudaratnya. Allah a’klam. Siapa ada pendapat lebih bagus, silakan menyumbang.

  2. 3

    ismat said,

    Jazakallah.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: