‘Apabila kamu merasa kagum dengan seorang wanita, ingatlah kejelekan-kejelekannya’

‘Apabila kamu merasa kagum dengan seorang wanita, ingatlah kejelekan-kejelekannya’

(Ibn Mas’ud r.a.)

‘Apabila kamu merasa kagum dengan seorang wanita, ingatlah kejelekan-kejelekannya’ (Ibn Mas’ud r.a.) Ini adalah pesanan yang mulia, bukan pesanan yang hina. Jangan disebabkan sangka buruk (su-uzzon) kita, menyebabkan pesanan mulia ini disalahtafsirkan. ‘Ingatlah kejelekan-kejelekannya’ bukanlah untuk tujuan mencari-cari ‘aib, kekurangan dan kelemahannya (tajassus) tetapi untuk tujuan mengelakkan dari penghias-hiasan (tazyin) yang dilakukan oleh syaitan. Penghias-hiasan (tazyin) yang dilakukan oleh syaitan kepada seorang wanita ialah menampakkan segala kehinaannya sebagai kemuliaan, keburukannya sebagai kebaikan dan hal yang seumpamanya.

Ikhwah yang masih bujangan, malah yang telah menikah! Apabila di depanmu adalah seorang wanita, baik tua apalagi muda, yang ia menimbulkan kekagumanmu terhadap kecantikan dan segala ketertarikan yang ada padanya, yang pertama pastilah menahan pandangan dari terus melihatnya baik dengan menundukkan pandangan, mengalih pandangan ke arah lain (arahkan banyak: 360 darjah) atau sebagainya. Selain itu, kita kenalah mengingatkan ‘kejelekan-kejelakan’ yang ada pada perempuan itu dengan niat ingin menjauhkan diri daripada tertipu oleh hiasan-hiasan kecantikan pada perempuan itu yang sengaja dibuat-buat oleh syaitan. Kejelakan-kejelekan itu boleh jadi perangai buruknya, kesalahan-kesalahannya (baca: dosa-dosa) pada Allah dan manusia, dan segala cacat celanya. Kejelekan yang ada pada seorang perempuan cantik yang membuka auratnya sehingga kita tertarik untuk menatapnya adalah kebodohan dirinya sendiri mencampakkan diri ke dalam kemurkaan Allah dengan mengingkari syariat penutupan aurat. Jika pun seorang wanita itu muslimat yang baik, menutup aurat dengan sempurna dan kita tidak pernah mengetahui cacat cela pada akhlaknya, maka ketahuilah bahawa sebagai manusia biasa, di sebalik kecantikan wajah dan paras rupanya, dia adalah tetap seorang manusia yang tidak bebas daripada kejelekan mempunyai bau busuk apabila tiba masanya, seorang manusia yang tetap perlu melakukan istinjak, seorang manusia yang tetap menyimpan dan membawa najis ke mana-mana dia pergi bersamanya setiap masa, seorang wanita yang dikunjungi darah pekat merah hitam setiap bulan. Ingatlah, di sebalik kecantikan wajah dan keindahan paras rupa itu tetap ada kejelakan. Manfaatkanlah kejelekan itu untuk menjauhkan diri daripada tertipu oleh hiasan-hiasan (tazyin) syaitan yang boleh melekakan seorang lelaki memandang seorang wanita yang tidak layak baginya dengan penuh pandangan dosa.

Jika seorang lelaki senang sekali tertarik pada wanita, maka apa kurangnya kalau vice versa. Apa kurangnya wanita tertarik oleh ketampanan lelaki. Kedua-duanya adalah manusia. Kedua-duanya ada jantina. Yang lebih menarik, jantinanya berlainan. Dan ini pastilah saling menarik perhatian, kerana manusia sentiasa tertarik pada benda yang pelik dan lain daripada yang lain, bukan? Maka akhawat, jika kita tertarik pada lelaki, maka tahanlah pandangan dan ingatlah kejelekan-kejelekannya, nescaya anda akan menemui jalan keluarnya insyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah.

Advertisements

4 Respons so far »

  1. 1

    rama-rama putih said,

    ya akhi,

    kalau pusing 360 degree, you akan sampai balik ke titik asal….. kena pusing 180 degree, baru betul2 membelakangkannya.

    thanks for the reminder though.

    • 2

      ayuhkitamaju said,

      maksud saya, pusing ke arah yang tidak bahaya. bukan pusing 360 darjah. cuma saya menyatakan bahawa arah itu ada banyak iaitu 360 darjah. allahu ‘aklam

  2. 3

    ahmad ashraf zafrullah said,

    kalo arahkan pandangan 360 degrees, pergi balik tmpt asal. so 180 pun dah cukp =)

    • 4

      ayuhkitamaju said,

      maksud saya, pusing ke arah yang tidak bahaya. bukan pusing 360 darjah. cuma saya menyatakan bahawa arah itu ada banyak iaitu 360 darjah. apapun, saya sokong pusing 180 darjah. allahu ‘aklam


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: