Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab

I

Ibnul Qayyim al Jauziah menukilkan dalam karyanya Taman Orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu (Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin) ‘Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab’. Jadi ikhwah dan akhawat, jika cinta itu kerana wajah dan rupa, atau bentuk dan warna, atau kulit dan daging, cinta itu akan hanya jatuh pada wajah dan rupa yang menarik saja, bentuk dan warna yang terkenan di hati saja, dan kulit dan daging yang mengiurkan saja. Tetapi ingatlah bahawa setiap yang bernyawa itu berusia, pasti menua dan pasti akan ada ajalnya juga. Wajah dan rupa akan menua. Bentuk dan warna pun akan berubah mengikut masa. Daging akan lembik dan kulit akan mengecut apabila tiba masanya. Lalu apabila tiba masa-masa itu, ke manakah akan perginya cinta? Yang dulu dilafazkan cinta selama-lamanya. Cinta abadi abadan-abada. Cinta hingga ke syurga. Cinta hingga kembali pada-Nya. Cinta setia hingga ruh berpisah dari jasad. Ke mana akan perginya cinta apabila wajah dan rupa menua, kulit mengendur dan daging melembik, bentuk menghodohkan dan warna pun pudar, sedang nafas masih bernyawa, belum masanya dipanggil kembali pada-Nya, belum bercerai ruh dari jasad, belum terlihat bayangan syurga. Jika dulu cinta hadir kerana indahnya wajah dan rupa, menawannya bentuk dan warna serta mengiurnya kulit dan daging, sekarang ketika wajah dan rupa, bentuk dan warna serta kulit dan daging tidak lagi indah, menawan, menarik atau mengiurkan, ke manakah akan perginya cinta? Tapi yang pasti cinta itu hilang, kerana tiada lagi yang indah, menarik, menawan dan mengiurkan. Pelik bukan? Cinta itu hilang, tapi ke mana pergi, tidak diketahui. Kerana kulit ia datang, kerana kulitlah ia pergi. Kerana daging ia datang, kerana daginglah ia pergi. Kerana muda ia datang, kerana tualah ia pergi. Kerana cantik ia datang, kerana hodohlah ia pergi. Lalu bagaimanakah kehidupan yang telah dibina sedekad, dua dekad, tiga dekad atau empat dekad? Apakah memilih untuk bersama tapi bosan, bersama tapi hambar atau bersama tapi benci? Atau memilih untuk tidak bersama lagi, dan kemudian kehidupan pun menjadi bosan, menyengsarakan dan menyepi? Apakah memilih untuk bertemu dalam kemanisan dan berpisah dalam kepahitan? Semuanya kerana rupa, wajah, warna, bentuk, kulit dan daging. Janganlah tertipu. Pilihlah untuk bertemu dalam Kemanisan dan Kekal dalam kemanisan. Bagaimana caranya? Ikuti pembahasan seterusnya. InsyaAllah.

II

‘Cinta akan lenyap dengan lenyapnya sebab’ (Ibn Qayyim al Jauziah dalam Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu ~ Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin). Ikhwah dan akhawat, jika cinta kita kerana Allah, dan kita pun sudah sedia ketahui bahawa Allah itu abadi, tidak akan kekal, maka cinta kita pun akan kekal insyaAllah selagimana ia berterusan cinta kerana Allah. Biar awal sampai ujung cinta kita kerana Allah, maka insyaAllah cinta kita akan kekal dan kita akan kekal bahagia bersama. Tapi, jika cinta kita awalnya saja kerana Allah, sedang semakin merentas masa semakin jauh dari Allah atau bukan kerana Allah lagi, maka awaslah! Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah ke asal dan mulakan semula perjalanan cinta kerana Allah itu kerana hanya kerana Allah cinta akan selamat sampai ke destinasinya iaitu Syurga Allah nan Abadi. Atau jika cinta kita bermula bukan kerana Allah, dan sekarang masih tidak kerana Allah atau sejak akhir-akhir ini kita mula mendekati Allah dan ingin berbuat sesuatu hanya kerana-Nya, maka halakanlah cinta kita itu kepada Allah dan pastikanlah ia sentiasa kekal berada di atas jalan Allah. Biarlah cinta kita kerana Allah kerana hanya dengan itu Allah akan berminat untuk menjaga cinta kita. Jika tidak kerana Allah, usahlah mimpikan bahagia dan lupakan saja bahagia, kerana Allah pun tak mau mencicipkan kebahagiaan pada orang yang tidak mahu berbuat sesuatu kerana-Nya. Jagalah hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mu.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    aj said,

    ana ada buku ini … baik isi nya …


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: