BERNIKAHLAH! SEMOLEKNYA AWAL

Aktivis islam,

Perkahwinan kita ini adalah sesuatu yang besar. Yang mulia. Kerana ia adalah untuk dakwah dan tarbiah. Ia adalah untuk mendakwahkan Islam. Ia adalah untuk membantu memacu kelajuan dakwah Islam. Ia adalah pada Jalan Allah (fi sabilillah). Sebab itu ia mulia. Lalu layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang mulia? Layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang baik? Layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang berpahala? Layakkah kita melambat-lambatkan urusan fi sabilillah? Layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang menghantar kita ke syurga? Layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang mengangkat martabat kita di syurga berbanding penghuni lain? Layakkah kita melambat-lambatkan sesuatu yang statusnya Fi Sabilillah? Perkahwinan kita ini adalah untuk dakwah. Dakwah itu untuk Islam. Dan bukanlah Islam itu untuk Allah? Lalu, ringkasnya; perkahwinan kita ini untuk Allah. Disebut Ilallah (kerana Allah) atau Fi Sabilillah ( Di Jalan Allah).

Kita biasa dengan tajuk buku “Kerugian Dunia Akibat Mundurnya Umat Islam”. Apakah kita tidak boleh mengatakan “Kerugian Dakwah Akibat Lambatnya Aktivis Islam Menikah”? Berapa banyak kerja dakwah tidak terlaksana kerana ia hanya boleh atau layak atau lebih sopan dilaksanakan oleh orang-orang yang telah menikah. Menikah dan belum menikah itu beza. Beza adalah beza. Beza tidak sama dengan sama. Seperti orang berilmu itu berbeza dengan orang yang jahil. Demikianlah; orang yang menikah dan belum menikah itu berbeza. Ada kerja yang layak dibuat oleh semua orang tanpa mengira sudah menikah atau belum. Tapi ada juga kerja yang layak dibuat oleh orang yang sudah menikah saja. Ini bukan soal diskriminasi, tapi ini soal kelayakan untuk bekerja seperti syarikat memilih orang-orang yang layak saja untuk bekerja dengan mereka, bukan mengambil semua orang. Lalu, jika tidak ada orang yang sudah menikah? Atau kurang bilangan (tidak mencukupi bilangan) orang yang sudah menikah? Siapa yang layak mengganti? Kecuali orang yang sudah menikah. Tidakkah kita bersalah kerana tidak menikah padahal telah layak atau telah sedia.

Pernikahan bukan sekadar untuk Dakwah

Seperti minuman pra-campur kopi 3 dalam 1 atau agen pembersih sabun 3 dalam 1, pernikahan juga seperti banyak dalam satu. Pernikahan bukan sekadar untuk dakwah yang diagung-agungkan. Malah, pernikahan menghantar ke syurga. Apakah yang lebih baik dari syurga? Lalu kalau yang menghantarnya ke sana adalah pernikahan, kenapa tidak bersegera menyiapkan diri kepada pernikahan dan kalau sudah bersedia, kenapa tidak menikah? Apalagi yang ditakutkan. Janganlah jadi anak singa yang pengecut. Beranilah! Tampillah ke depan! Hantarkan rombongan, peminangan.

Bagaimana pernikahan menghantar ke syurga? Bersama pernikahan itu hadir banyak kelebihan dan keistimewaan. Pernikahan menghadirkan dalam diri rasa ketenangan sehingga kita merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak tercari-cari perkara lain yang hanya merosakkan dan menambah dosa. Pernikahan menghadirkan ketenangan yang menyebabkan kita rasa khusyuk dalam beribadat. Pernikahan menghadirkan semula rasa khusyuk yang selama ini hilang dari ibadat kita. Apakah lagi yang lebih mahal dari rasa khusyuk dan manis dalam beribadat? Pernikahan menghadirkan rasa taqwa kita kepada Allah. Pernikahan menghadirkan rasa cinta kepada Allah. Apakah lagi yang lebih mahal dari semua ini? Tidakkah kekhusyukan, ketaqwaan dan cintakan Allah itu menghantar kita ke syurga? Syurga yang kita mahu itu dicapai dengan bantuan pernikahan. Lalu apa lagi kita menunggu untuk menikah?

Menikah menghantar ke syurga itu berada di ufuk atas. Di ufuk bawah pula, menikah itu adalah keperluan. Keperluan itu hadir bersama masa. Keperluan untuk minum susu ibu itu hadir pada masa bayi, tapi tidak pada masa remaja atau dewasa atau tua renta. Keperluan untuk membersihkan diri semasa dan selepas kedatangan haid itu hadir pada wanita akil baligh pada masanya, bukan pada anak-anak perempuan kecil yang belum mumayyiz. Demikianlah keperluan pernikahan. Ia hadir kepada pemuda-pemudi pada masanya iaitu saat setelah mencapai akil baligh. Lalu apabila masa itu telah tiba, dan kemahuan dalam jiwa telah meronta-ronta meminta haknya, kenapa kita buat-buat tidak peduli saja? Padahal kita sendiri yang menginginkannya. Sangatlah zalim, kita mengabaikan keperluan diri kita. Berlakulah adil! Bernikahlah! Saat kita sudah siap sedia. Kalau belum siap sedia, persiapkanlah. Jangan peluk tubuh tengok dan lihat saja, kerana persiapan bukanlah rezeki yang datang bergolek. Persiapan adalah usaha yang dibuat oleh tulang empat kerat kita, beserta pancaindera.

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    fuza said,

    boleh x nak copy artikel ni?

  2. 2

    wanita said,

    SAYA ANTARA WANITA YANG TAKUT MELALUI ALAM PERKAHWINAN.UMUR TELAH MENJANGKAU 27 TAHUN TETAPI MASIH KINI BELUM BERPUNYA.ARTIKEL INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERIKAN MOTIVASI ,PANDUAN DAN NASIHAT KEPADA SAYA.TERIMA KASIH……..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: