nak masuk syurga ‘Adn?

Ar Ra’du

Ar Ra’du: Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Robb mereka, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, menolak keburukan dengan kebaikan, mereka itulah bagi mereka kesudahan yang baik. (22) iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuki bersama orang-orang yang soleh dari kalangan bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka , sementara Malaikat-malaikat masuk ke tempat mereka dari semua pintu (23) sambil mengucapkan ‘Salaamun ‘alaikum bimaa sobartum’ (kesejahteraan atas kalian kerana kesabaran kalian), maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (24)

Salaamun ‘alaikum bimaa sobartum. Kesejahteraan atas kalian dengan apa yang kalian sabar terhadapnya. Kesejahteraan itu berupa syurga ‘Adn. Ah, megah dan mewah sekali ganjaran kesejahteraannya. Ya, sepadan dengan pengorbanan kesabaran yang telah dilaksanakan dengan penuh rasa penahanan dari melanggar syariat Allah, dari mengikut godaan nafsu hawa dan dari mengalah kepada desakan syaitan laknatullah. Sabar. Amat besar perjuangan dan pengorbanan itu. Tidak mudah untuk sabar dalam hidup mengharapkan keredhaan Ilahi. Sabar dengan segala ujian-Nya. Sabar dalam mendirikan solat dengan penuh komitmen, konsisten, khusyuk, menepati waktu, berjemaah. Sabar dalam menginfaqkan harta yang sangat disayangi, harta yang diperoleh dengan susah payah jerih perih pengorbanan dalam pekerjaan. Sabar dalam menginfaqkan harta yang memangnya sedikit ataupun banyak. Sabar dalam menginfaqkan harta tatkala dituduh menunjuk-nunjuk. Sabar menginfaqkan harta tatkala syaitan berusaha keras memesongkan niat, menghadirkan riak dan ujub. Sabar dalam kesusahan menginfaqkan harta secara sembunyi-sembunyi. Sabar dalam menolak keburukan dengan kebaikan. Sabar menerima kata-kata cacian, hamunan, makian, nesta. Sabar dimarahi, malah dibalaskan dengan kemaafan. Sabar itu tidak mudah tapi harganya mahal. Ganjarannya besar. Maka, sangatlah berbaloi untuk sabar. Kerana tukarannya adalah Jannah al Adn.

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    mkcik utum said,

    makcik bukan 100% setuju, tapi infiniti peratus. Dah lama makcik cari artikel macam ni. Syabas dapat menyampaikan idea anda dengan amat bernas sekali.

    • 2

      ayuhkitamaju said,

      salam mkcik utum, jika ada blog, boleh/silalah kongsi. boleh kutip-kutip manfaatnya. kalau tak ada, tak apa lah, terima kasih.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: