problem -> solution : knee -> floor

alhamdulillah, sebuah rezeki datang bergolek kepada saya. ini kira bonuslah, sebab mengikut peraturan sebab dan akibat, default setting-nya rezeki tidak akan datang tanpa usaha, dengan izin Allah. rezeki yang saya maksudkan ialah sebuah kata-kata bijaksana yang boleh diamalkan bermula sekarang dalam hidup kita iaitu “the distance between a problem and its solution is just like the distance of a knee to the floor”.

maksudnya, masalah dan penyelesaiannya ni dekat je, macam dekatnya lutut dengan lantai. tapi seriously sepaking, jauh juga jarak lutut dan lantai tu. tapi, kalau kita fikir-fikir dengan bijak, jarak lutut dengan lantai tu boleh jadi sangat dekat, sebab kita boleh gerakkan lutut. yang tersangat dekat ialah tak ada jarak, kerana lutut mencecah lantai (ie masa sujud).

ringkasnya, penyelesaian kepada masalah tu ialah dengan bersujud kepada Allah. tak bermakna tak perlukan usaha, kerana default setting telah mengatakan bahawa usaha mestilah ada. cuma usaha saja tidak cukup. untuk menyempurnakan, kena ada SUJUD. sujud tu maksudnya termasuk semualah; solat, doa, zikir, dsb. ntum lebih tahu. Allah ‘aklam.

moga bermanfaat. ayuh ‘AMALKAN!

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    meen said,

    Sesuatu yang cukup mudah telah Allah sediakan, tapi tetap payah untuk manusia laksanakan. Kita lebih segera memohon sesama makhluk, bila dalam kebuntuan juga, baru mencari Dia yang Maha Kuasa…. Mudah2an mendapat taufiq dan hidayahNya, ameen.

  2. 2

    alfaruuq said,

    Yup setuju. Kdg2 kita terlalu menumpu aspek teknikal dalam meletakkan kayu ukur kejayaan atau kegagalan. Progrm kurang berjaya kerana PA system rosak, nota peserta tak ada, makanan tak cukup, kewangan terhad etc. Perkara2 ni memang perlu diambil berat. Tapi apa yg lebih penting untuk ditanyakan bila program gagal adlah, pengarah program buat qiyam tak semalam? AJK baca ma’thurat ke tidak? AJK dah solat taubat ke belum? Masih ada lagi yang buat dosa besar dan membiasakan dosa kecil ke dikalangan kita ni ke? Wallahua’alam.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: