nikmat kurang, susah, sakit dan panas

Kekurangan akan mengingatkan kita kepada adanya nikmat kelebihan. Kekurangan akan mengingatkan kita kepada kesyukuran atas nikmat kelebihan yang pernah dan telah Allah kurniakan pada kita. Kesakitan akan mengingatkan kita kepada nikmat sihat. Kesakitan akan mengingatkan kita agar bersyukur atas nikmat kesihatan yang pernah dan telah Allah kurniakan pada kita. Kepanasan akan mengingatkan kita kepada nikmat kenyamanan. Kepanasan akan mengingatkan kita agar bersyukur atas nikmat kenyamanan yang pernah dan telah Allah kurniakan pada kita. Kesakitan dan kepanasan akan mengingatkan kita kepada kesakitan dan kepanasan azab api neraka. Peringatan inilah yang akan mendorong kita untuk bertaqwa kepada Allah, ber’amal soleh, menjauhkan diri daripada keingkaran (ma’ksiat) dan mungkar. Peringatan ini yang akan memotivasikan kita untuk terus setia dan teguh (tsabat) dalam kerja-kerja berorganisasi yang tersusun untuk terus menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah (antonim kepada: redha Allah) dan azab api neraka yang menyala-nyala, bahan bakarnya daripada manusia. Semoga manusia itu bukan kita, bukan ahli keluarga kita, bukan orang-orang yang bersama kita. Amin.

Kesimpulannya, kekurangan, kesakitan dan kepanasan adalah nikmat yang harus diredhai, malah disyukuri kerana kekurangan, kesakitan dan kepanasanlah yang menjadi peringatan kepada kita agar sentiasa bertaqwa kepada Allah.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    alfaruuq said,

    Setuju. Dengan sulit/susah/uijan mengajar kita untuk syukur dengan apa yang kita ada.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: