Kemahiran Komunikasi : Sangat Penting

Bercakap tidak mengenal noktah juga adalah cara komunikasi yang tidak bijak dalam mendirikan rumah tangga bahagia. Kita perlu sedar bahawa kita memang mempunyai banyak pandangan yang hendak disuarakan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita mestilah bijaksana dan berpada-pada. Kita perlu sedar bahawa tidak semua yang ingin kita cakapkan adalah penting. Kita mungkin ingin cakapkan banyak benda tapi tak semestinya semua benda itu adalah penting dan baik untuk keharmonian keluarga Islam kita. Oleh itu kita perlu bercakap perkara-perkara yang penting saja dahulu dalam pertemuan kita dengan pasangan hidup kita terutama dalam keterbatasan masa dan kesibukan kita. Kita perlu sedar bahawa tidak semua yang ingin kita cakapkan adalah diperlukan oleh pasangan kita. Oleh itu kita perlu menilai perkara yang hendak dikomunikasikan agar kita bercakap perkara yang benar-benar diperlukan oleh pasangan kita sahaja. Tidak ada guna kita sahaja gembira, berminat dan beria-ia dengan perkara yang kita cakapkan berjela-jela, sedang pasangan kita langsung tidak berminat dengan perkara yang kita perkatakan hingga dia hanya menadah telinga secara berpura-pura atau terpaksa-paksa . Malah, keterpaksaan dia mendengar boleh sebaliknya menjana kebencian kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina suka dan cinta dia kepada kita. Berhati-hatilah!

Kita juga perlu akur bahawa apabila kita bercakap dengan orang lain, baik dia pasangan hidup kita atau siapapun, sedarlah bahawa kita tidak mempunyai penjaga masa yang akan membunyikan loceng bagi menentukan giliran siapa untuk bercakap dan memberitahu bahawa giliran masa bercakap kita telah tamat. Berpada-padalah dengan percakapan kita terutama jika kita memang jenis suka bercakap. Janganlah membolot seluruh masa atau majoriti masa perbualan untuk giliran kita bercakap saja. Berilah masa yang seadilnya kepada pasangan percakapan kita untuk bercakap juga. Jika tidak, kita tidak akan berselisih lagi dengannya pada masa depan, kerana dia sangat benci untuk bertemu dan bercakap dengan kita, kerana kita adalah pembolot masa, pencakap banyak dan berbagai label yang boleh ditagkan kepada kita. Awaslah lebih-lebih lagi jika kita mengakui diri sebagai aktivis dakwah. Kita akan kehilangan prospek (target sasar dakwah).

Kita mungkin bukan jenis banyak bercakap, tapi kita mungkin jenis banyak mencelah. Tanyalah diri kita. Adakah kita dari jenis itu? Sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung hurainya, hinggakan tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga di tengah jalan, setiap kali kita mencelah, sebanyak sekian kali kita mencelah. Dia akan ternganga-nganga, terkontang-kanting tidak dapat menyempurnakan pandangan atau percakapannya. Perangai mencelah jenis ini bukanlah cara komunikasi yang baik. Memang tidak ada ketetapan mutlak tidak boleh mencelah, tetapi biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan, persetujuan, atau hal-hal sepatutnya yang menggembirakan tuan asal percakapan, bukan malah merampas gilirannya dan menimbulkan kebenciannya. Awaslah dengan diri kita.

Mengulang beritahu perkara yang sama boleh jadi berlaku dalam percakapan kita tanpa kita sedari atau dengan kita sedari dan sengaja kita buat. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik dengan sengaja mengulang-ulang beritahu perkara yang sama. Kita boleh jadi mengulang-ulang perkara yang sama kerana kita terlalu gembira dengannya, sukakannya atau kita terlalu obsess dengannya. Tujuan kita mengulang-ulang perkara sama juga boleh jadi supaya pendengar atau pasangan hidup kita yang kita bercakap dengannya mengambil serius atau tidak lupa kepada perkara itu. Tetapi, bagi sesetengah orang yang jenis cepat faham dan tidak suka pengulangan berulang kali, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang-ulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham atau tidak lupa. Pengulangan perkara sama yang berlebihan dalam percakapan dan kesilapan mentafsirkannya boleh membahawa keburukan dalam hubungan dan menimbulkan kebencian.

Demikian juga dengan pujian. Pujian adalah baik apabila kena tempat dan masanya. Tetapi pujian yang berlebih-lebihan dari segi ulangan perkataan pujiannya juga boleh menimbulkan salah tafsiran di pihak penerima pujian, sehingga menyebabkan tujuan pujian untuk menggembira dan merapatkan hubungan menjadi terbalik tanpa dipinta, iaitu mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan. Gaya dan bahasa percakapan kita boleh jadi lembut, sederhana dan kasar. Pernahkah kita perasankan pada diri kita gaya dan bahasa kategori manakah yang kita miliki?

Jika kita dibesarkan dalam keluarga yang keras, ganas, hiruk pikuk, porak peranda dan yang sama dengannya, kita kemungkinan bergaya dan bahasa kasar. Jika kita dibesarkan dalam keluarga yang lembut, penuh adab dan budi bahasa, aman damai, bahagia dan yang sama dengannya, kita kemungkinan bergaya dan bahasa lembut. Apabila kita bercakap dengan pasangan percakapan kita, kita perlu tahu gaya bahasa percakapannya. Sebaiknya, kita tidak boleh menggunakan gaya percakapan dan bahasa yang boleh mengguriskan perasaannya. Kita boleh berusaha menukar dan mengubah gaya bahasa percakapan kita, sekalipun ia mengambil masa dan memerlukan latihan.

Jika kita bercakap dengan orang yang kasar gaya bahasanya, sediakanlah hati kita untuk perkara-perkara yang mungkin mengguriskan hati kita. Jika dia bercakap dengan orang yang kasar gaya bahasanya, kita mungkin boleh bercakap kepadanya dengan gaya bahasa yang kasar asalkan ia tidak mengguriskan hatinya, tetapi adalah lebih baik kita bercakap dengannya dengan gaya bahasa sederhana agar terjauh dari mengguriskan hatinya kerana seseorang yang kasar gaya bahasa malah fizikalnya belum tentu berketahanan tinggi terhadap perkataan yang kasar, ganas, kurang adab dan senilai dengannya. Banyak orang yang kasar gaya bahasa malah fizikalnya tetapi sangat lembut hatinya. Dia senang sekali diguris oleh kata-kata yang kasar walaupun dia sendiri bercakap kasar.

Jika kita bercakap dengan orang yang lembut gaya bahasanya, sedang kita pula adalah orang yang lembut juga gaya bahasa percakapan, insyaAllah semua berjalan lancer. Tapi kalau kita adalah dari jenis yang kasar gaya bahasa percakapan, lebih baiklah kita belajar untuk melembut-lembutkannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: