hutan dan orang-orang berkaitannya

penghargaan

berjalan atas jalan raya tidak susah sebab jalannya rata dan tiada halangan. tetapi berjalan di dalam hutan tidak demikian. jalannya sempit, penuh halangan seperti duri di kiri kanan jalan, bahkan atas dan bawah pun ada, halangan pokok tumbang, jalan yang curam dan licin, semak samun yang tebal, nyamuk, serangga berbahaya, dan banyak lagi halangan lain termasuk binatang buas, risiko tersesat, dan lain-lain.

banyak kegunaan harian kita berasal dari hutan atau tempat-tempat yang mirip hutan. ladang dan kebun adalah mirip hutan. pekebun dan peladang bekerja di kebun dan ladang yang biasanya dekat dengan hutan. bahan-bahan plastik yang kita pakai berasal dari getah yang ditoreh oleh pekebun getah di kebun getah  yang dekat dengan hutan. Buah-buahan dan sayuran yang kita makan berasal dari kebun buah atau ladang sayur yang dekat dengan hutan. Bangunan yang kita duduki dibina menggunakan juga kayu yang diambil dari balak hutan yang ditebang oleh pembalak dalam ladang balak di hutan. (Balak ada ladang? anda mesti kaji) Banyak benda-benda yang berasal dari hutan. Tongkat ali yang kita minum berasal dari hutan dan dikeluarkan oleh pencari akar kayu atau herba yang mencari di dalam hutan (pada asalnya) walaupun sekarang telah ditanam di ladang-ladang secara komersial. Madu yang kita minum untuk menjaga kesihatan diambil oleh pencari madu lebah atas pokok tinggi lebih tinggi dari bangunan dua tingkat di dalam hutan (asalnya) walaupun kini lebah madu telah diternak secara komersial di ladang lebah moden. Apapun, intinya, banyak benda yang kita gunakan berasal dari hutan dan telah diusahakan oleh seseorang untuk mengeluarkannya dari hutan hingga sampai kepada kita di kampung dan bandar. Maka, kita perlu memberi penghargaan kepada orang-orang yang telah berjasa kepada kita, yang telah bersusah payah walaupun pendapatan kecil sehingga kita dapat bersenang-linang di bandar dengan pendapatan yang besar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: